Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah sarapan kerr...putri lom lagi sarapan ni tau sbb nak masukkan resepi buat u aollss. Pagi2 ni haa dah ngadap lappy...sepatutnya smlm tapi kan tak sempat laa. Mana nak melayan raja dihati lagi kan hehehe. Biasa laa lagi pun sejak sekolah dah bermula ni kena laa tido awal sbb pagi2 dah kena bangun nak buat sarapan dan kerja2 rumah yg takkan pernah abisnya...huhu. So tu pasal laa nak masukkan apa2 entry kena tunggu masa sesuai...tapi tak laa tunggu lama...sehari jerr terbabas muahaha. Alaa lalink ku semua kan sangat baik hati setia menunggu putri dimana sajerr ek...yerr kerr tu hehe. Apa pun terimakasih banyak sbb tak putus2 menyokong putri. Dari awal pembukaan blog ni sampai laa hari ni teman2 semua tak pernah lupa nak visit blog putri...thks banget cayang ku semua. Haa kali ni putri nak share resepi biscotti pulak. Yup jenis cookies gak...tapi cookies ni kena bakar 2 kali. Pertama bakar lepas tu biarkan sejuk dan hiris2 then bakar lagi. Rasa dia punyaa laa ranggup dan mmg pastinya lazat...sesuai makan pada bila2 masa ok...tak yah tunggu raya pun bole makan hehe. Kacang yg digunakan pistachio so agak senang nak memotongnya. Putri ada buat kacang almond juga...yg tu nanti akan dishare selepas entry ni yerr. Almond agak keras sikit nak hiris kena hati2 tapi masih bole memotong dont wori cuma pisau harus tajam ok...guna pisau yg bergigi. Bukan gigi palsu kerr gigi betul ek muahahahahaha. Pisau pun ada yg bergigi gak. Agaknya pisau ni dah dewasa sbb tu ada gigi yg pisau lain tu pisau baby kot sbb takde gigi wahahaha apa jerr huhu. Oklaa sebelom putri melalut jauh ni jom laa kita layari bahtera menuju ke destinasi istana putri...haha. Jom jom...
BAHAN2NYA
- 60 GM BUTTER LEMBUT- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 200 GM GULA KASTOR
- 2 BIJI TELUR
- 260 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BICARBONATE OF SODA
- 110 GM ROASTED PISTACHIO POTONG KASAR2
- 120 GM DRIED CRANBERRIES
CARA2NYA
1. GRISKAN LOYANG.
2. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI. ADUNAN AGAK BERDERAI2 SIKIT.
3. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA SEBATI.
4. MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN PISTACHIO DAN CRANBERRIES...GAUL RATA. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.
5. BENTUKKAN ADUNAN SEPERTI LOG DIDALAM LOYANG. SIKIT LEBIH KURANG AGAK2 DALAM 2" TINGGI DAN 8" PANJANG. SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREZZER) SELAMA 20 MINIT.
6. KLUARKAN LOG DAN TABURKAN SEDIKIT GULA HALUS DIATAS LOG TADI DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.
7. ADUNAN DIBIARKAN SEJUK SENDIRI SELAMA 2-3 JAM.
8. GRISKAN LOYANG. DENGAN MENGGUNAKAN PISAU BERGIGI HIRIS2 ADUNAN YG TELAH SEJUK TADI. LEBIH KURANG 1CM LEBAR
9. BAKAR SEKALI LAGI PADA SUHU 160C SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA GARENG BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.
SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:
Post a Comment