Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 26 September 2012

OPERA CAKE

Assalamualaikum teman2 ku yg disayangi. Dah tak sabo2 nampaknya nak mencuba kek tersedap ni ek hehehe. Ni ikot tekak putri mmg dap maut laa tapi tak maut pun huhuhu. Kek ni lama dah putri aim wooo...tak kena2 pada masanya. Bila tengok resepi baca...aduhhh cam susah jerr...alaaa tangguh lagi. Then putri jln2 kat CWP dan ternampak kek ni ada terjual kat Coffee Bean laaa. Masa tu pun kebetulan putri belek2 menu kat album masa tunggu order. Wahhh teruja....tapi masih tak cuba lagi. Kebetulan pulak besday anak putri so putri amik kesempatan ni tuk mencuba laa. So port mana yg putri pilih tuk bahan rujukkan....tak lain tak bukan blog ita laa mana lagi kan hehehe. Ita dearr thks for sharing the recipe. Putri mohon letak kat blog putri tau. Mula plan nak letak step by step pictures tapi kan teruja sangat2 terus buat tak ingat nak amik pic pun hehehe....sori guys. Apapun not to wori ok senang jerr nak menyiapkan kek ni. Story mory line dia jerr panjang menjela2 cam kek indulgence dulu tu...padahal senang yah ampunnn mak suka suka sangat...wahahahah over lak. Ni kan kononnya ibarat citer yg berbelit2 tapi sebenarnya pasal kek jerr story dia tu. Tak tau laa sbb nak kasi semua org paham tu yg story kena detail sikit kot tu yg panjang. Yg pasti bila part satukan semua bahan2...baru laa putri paham...cam tu kisahnya...wat a story seyyy letih baca muahahahahha. Oklaaa tak mau banyak story kang ada yg kata sama jerr cam kek panjang2 lakk cakap huhuhu. Ayuh guys....bersedia untuk perangg...jom kerr dapur putri.





BAHAN2 KEK

BAHAN A

200 GM SERBUK ALMOND
100 GM GULA KASTOR
6 BIJI TELUR
60 GM TEPUNG GANDUM – DIAYAK
50 GM BUTTER - DI CAIRKAN


BAHAN B 


115 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN DALAM 3 BIJI
50 GM GULA KASTOR


***SEDIAKAN 2 LOYANG KEK 4 SEGI BERUKURAN 20 X 20CM. PUTRI GUNA LOYANG 7”. SAPU LOYANG DENGAN SEDIKIT BUTTER DAN ALAS DENGAN BAKING PAPER. KETEPIKAN.



CARA2NYA

1. DARI BAHAN A, SATUKAN SERBUK BADAM,CASTER SUGAR DAN 3 BIJI TELUR DAHULU. LAGI 3 KETEPIKAN DULU. 


2. PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 7-8 MINIT. KACAU SEKALI SEKALA DENGAN SPATULA SUPAYA BAHAGIAN DASAR DAN TEPI BERGAUL SEMPURNA.

3. TAMBAHKAN TELUR YANG LAGI 3 BIJI TADI. MASUKKAN 1 PERSATU SAMBIL TERUS MEMUKUL SELAMA 7-8 MINIT LAGI.

4. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN DARI BAHAN A TADI DAN CAMPURKAN DALAM BUTTER YANG TELAH DI CAIRKAN. KACAU2 SEDIKIT DAN KETEPIKAN.

5. TAMBAHKAN PULA TEPUNG YANG TELAH DIAYAK KE DALAM BAKI ADUNAN A TADI. KACAU ADUNAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN BERGAUL SEMPURNA DAN KETEPIKAN.

6. BAHAN B PULA. DALAM BEKAS LAIN, PUTAR PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. TAMBAHKAN GULA CASTOR DAN TERUS PUTAR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN KAKU DAN BERKILAT.

7. AMBIL ¼ DARI ADUNAN PUTIH TELUR DAN CAMPURKAN KE DALAM ADUNAN A. KACAU MENGGUNAKAN SPATULA DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. MASUKKAN BAKI ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN SEKATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN PULA BUTTER KE DALAM ADUNAN TADI. KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. JGN TERLEBIH KACAU EK AGAK2 LAA TAKOT ADUNAN MENDAK NANTI.

9. PANASKAN OVEN PADA SUHU 200C. BILA NAK MASUKKAN KEK TURUNKAN SUHU PADA 175C.

10. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN YANG SAMA BANYAK. TUANG ADUNAN DALAM 2 LOYANG YANG TELAH DI SEDIAKAN DAN BAKAR KEK DENGAN SUHU 175C SELAMA 20 MINIT ATAU SEHINGGA KEK MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SEKARANG KITA SEDIAKAN  MOCHA BUTTERCREAM


MOCHA BUTTERCREAM

100 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN 3 BIJI
200 GM GULA KASTER
300 GM UNSALTED BUTTER - POTONG KIUB
½ SUDU BESAR MOCHA PASTE(SUSAH NAK JUMPA SO PUTRI PAKAI LERR APA YG ADA)
1 SUDU TEH COFFEE OIL - KALAU TAKDE BOLE GUNA COFFEE ESEN ATAU COFFEE PASTE


CARA2NYA

1. SATUKAN PUTIH TELUR DAN GULA DALAM SATU BEKAS BESAR.
DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER PANASKAN TELUR DAN GULA SEHINGGA GULA LARUT. API KECIL LAA K…JGN SAMPAI TELUR TERMASAK LAK. BILA GULA DAH LARUT MATIKAN API, ANGKAT DAN TERUS PUKUL ADUNAN PUTIH TELUR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN JADI BERKILAT DAN KENTAL. KETEPIKAN.

2. PUKUL BUTTER SAMPAI LEMBUT, TAMBAHKAN MOCHA PASTE DAN COFFEE OIL. PUTAR HINGGA IA BERGAUL RATA.

3. KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TELUR KE DALAM ADUNAN MOCHA DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA RATA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG. KETEPIKAN.



***KITA SEDIAKAN PULA CHOCOLATE GANACHE***


CHOCOLATE GANACHE

200 GM COKLAT GELAP KOMPAUN - DI DIDADU
200 GM COKLAT SUSU KOMPAUN - DI DADU
75 GM BUTTER
250 ML FRESH CREAM(PUTRI GUNA WHIPPING CREAM)


CARA2NYA

PANASKAN WHIPPING CREAM SAMPAI HAMPIR MENDIDIH, MATIKAN API DAN KETEPIKAN. MASUKKAN COKLAT DAN BUTTER…KACAU SEHINGGA COKLAT LARUT. KETEPIKAN.




*** KITA SEDIAKAN COFFEE SYRUP***

BANCUHKAN 100 ML AIR PANAS KEDALAM KOPI SEGERA. PUTRI GUNA 3 IN 1 WHITE COFFEE WITH HAZELNUT FLAVOUR. U AOLSS BOLE GUNA APA2 KOPI SEGERA YG ADA LAA OK.



SEKARANG KITA MULAKAN PROCESS MELAPIS KEK.


KEK YG TELAH SEJUK TADI DIPOTONG KEPADA 2 BAHAGIAN SETIAP SATU LOYANG. MENJADIKAN SEMUANYA KEPADA 4 KEPING.


1. AMBIL SEKEPING KEK DAN SAPU COFFEE SYRUP DIATAS KEK(TAK PERLU SAMPAI BASAH KEKNYA) KEMUDIAN PAIPKAN MOCHA BUTTERCREAM DIATASNYA.

2. LETAK SEKEPING KEK DIATAS BUTTERCREAM TADI DAN SAPU COFFEE SYRUP LAGI DAN TUANGKAN PULA ½ COKLAT GANACHE DIATASNYA. RATAKAN DENGAN SEMPURNA.

3. LETAKAN SEKEPING LAGI KEK DIATAS COKLAT GANACHE DAN SAPU COFFEE SYRUP LAGI DIATAS KEK DAN PAIPKAN MOCHA BUTTERCREAM DIATASNYA.

4. LETAKKAN KEK TERAKHIR DAN SAPUKAN COFFE SYRUP DIATASNYA. MASUKKAN KEK KEDLM PETI SEJUK NOT FREEZER TAU...BIARKAN KERAS SEDIKIT SELAMA 45 MINIT.

5. AKHIR SEKALI PANASKAN LEBIHAN COKLAT GANACHE TADI DAN SIRAM KE ATAS KEK. MASUKKAN SEMULA KEDALAM ESBOK TUK BEBERAPA JAM DAN SEDIA TUK DIHIDANG.


*** PUTRI ATURKAN SINGKAT MENGIKOT APA YG TERTULIS DIATAS YERR***


1. KEK
2. SAPU COFFEE SYRUP
3. MOCHA BUTTER CREAM
4. KEK
5. SAPU COFFEE SYRUP
6. COKLAT GANACHE
7. KEK
8. SAPU COFFEE SYRUP
9. MOCHA BUTTER CREAM
10. KEK
11. SAPU COFFEE SYRUP
12. COKLAT GANACHE


SELAMAT MENCUBA!!!!


FOR THIS RECIPE

6 comments:

  1. sedapnya kek nih...rajin nya wat kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda Syuhada....sangat2 sedap...cer laa buat....mesti tak nyesal tau hehehe

      Delete
  2. alahai...pening juga nak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah cayang...senang jerr nak paham..story tu lebih sikit...ni putri dah buat yg terbaik tuk kasi kawan2 semua paham...kena buat satu persatu dulu...apa yg putri buat mula2...tulis resepi kek satu page...then salin lak resepi cream satu page lain....then salin ganache...lastly kopi syrup tu...tu jerr takde susah pun...

      Delete
  3. Yg mocca buttercream tu putih telur tu klu xmasak xleh ke? Teringin la nak buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg resepi kek opera tu cam ni dearr...kalau tak masak bole kot cer try..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...