Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Thursday, 1 March 2012

CHOCOLATE MOUSSE BROWNIES



NI BUAT LAGI KEK....KAWANNYA BESDAY DIA ORDER...SO AMIK GAMBO LAGI....BIAR IN DETAIL SIKIT....^_^

CHOCOLATE MOUSSE BROWNIES.....SEDAP GILERRR MUST TRY!!!!!

THKS TO YANI DARI MYR ATAS RESEPI YG SANGAT2 LAZAT...


...

BAHAN-BAHAN ( LOYANG 7’’atau 8’’) ADUNAN NI PUTRI DAH DOUBLEKAN KADUNGANNYA SBB RESEPI ASAL TERLALU TIPIS TAK SEIMBANG NGAN MOUSSE TU....^_^

• BROWNIES
• 90G BUTTER
• 130G GULA HALUS
• 2 BIJI TELUR
• 100G TEPUNG GANDUM
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO


• CHOCOLATE MOUSSE
• 140G COKLAT MASAKAN
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200G WHIPPING CREAM
• 40G GULA HALUS

CARA-CARA

1. PENYEDIAAN BROWNIES. PUKUL BUTTER DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG/PUTIH.

2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR. PUKUL LAGI DALAM 3-4 MINIT.

3. AYAK TEPUNG, BAKING POWDER DAN SERBUK KOKO KE DALAM NO.2 TADI. KACAU RATA.

4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG. KEMUDIAN BAKAR DENGAN SUHU 190 DEGREE SELAMA 12-15 MINIT.

5. BILA DAH MASAK, KELUARKAN DARI OVEN DAN BIARKAN SEJUK.



6. PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT. AWAS!!.. JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. INI AKAN MENYEBABKAN GELATIN BERKETUL2 DAN X LARUT SEPENUHNYA.


7. CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).


8. BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK
COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.




9. PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.


10. DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BTK KRIM.


11. MASUKKAN NO.10 DAN NO.7 KE DALAM NO.9. KACAU PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. TUANGKAN ADUNAN INI KE DALAM LOYANG BROWNIES. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.


12. SEBELUM DIHIDANGKAN TU, BOLEH DIHIAS DENGAN SERBUK KOKO DIPERMUKAAN MOUSSE.


SELAMAT MENCUBA!!!



INSYAALLAH ADA MASA NANTI PUTRI CUBA LOADKAN STEP BY STEPNYA...






2 comments:

  1. assalam kak, nampak sedapla choc mousse brownies ni kak...nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  2. Nieza....W'salam dearr...kek ni sangat sedap dearr...u must try...kek no.1 dihati akak tau hehehe really u muts try....terbaik tau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...