Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Thursday, 18 September 2014

POTATO FRITTERS

Sejak dua menjak ni asyik tak berapa sihat jerr laa. Agaknya sbb jerebu kot sbb tu laa tekak ni mcm perit gitu. Anyway dalam tak sihat pun sempat lagi buat juadah tuk minum petang kami ari ni. Biasa laa banyak surf banyak pulak terjumpa makanan sedap2 yg terdapat dalam internet ni. Terlalu banyak cara2 yg berbeza yg mereka buat sampai naik pusing dan juling mata mak ni tau. Last2 mak gabungkan kedua2 resepi ni jadikannya mengikut citarasa mak. Walahhh hasilnya sangat puas hati dan pastinya kalau sesapa jua yg mencuba resepi ni mmg tak rugi beb. Dia punya kenyang mak oiii mcm makan tuk setahun pulak muahahahaha. Dahsyat kan...cam ni baru bole diet sbbnya bila dan makan potato fritters ni dalam 2-3 keping...dia punya kenyang fuhhhhh TERdapar mak kat tepi laut wahahahaha. Mmg kes kronik mak ni lalinkk oiii...ayat mak mmg selalu jerr laut hehehe. Anyway kalau nak merasanya esok pagi2 pi laa buat oteyyy. GERENTI siap mak chop kat dahi korg dengan lebel "TERLajak sedapnya" muahahahaha. So apa tunggu lagi jom laa terbang kerr istana putri...jom jom.




BAHAN2NYA (MENGHASILKAN LEBIH KURANG 10 KEPING POTATO FRITTERS)

  • 400 GM KENTANG DIPARUT
  • 60 GM TEPUNG GANDUM
  • 60 GM TEPUNG JAGUNG
  • ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
  • 1 SUDU KECIL GARAM @SECUKUP RASA
  • SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
  • 2-3 BATANG DAUN BAWANG DIHIRIS2
  • 1 BIJI TELUR DICOCOK SEDIKIT
  • 1 SUDU KECIL CILI FLAKES ATAU 1 BATANG CILI MERAH DI TUMBUK (OPTIONAL) (PUTRI TRY BUAT LAGI DAN LETAK CILI KASI PEDAS SIKIT MMG POWER)


*** TAKDE DAUN BAWANG BOLE JERR GUNA DAUN KUCAI ATAU DAUN SOP. YG KENTANG TU PUN SAMA YERR TAK SEMESTINYA 400 GM...KIRA SIKIT LEBIH KURANG TAU. ***






CARA2NYA

1. KUPAS KULIT KENTANG DAN PARUT KENTANG SERTA DIBASUH SEDIKIT. PERAHKAN KENTANG DAN BUANG AIRNYA.

2. SATUKAN SEMUA BAHAN KE DALAM KENTANG DAN GAUL RATA. GUNAKAN TANGAN JERR SUPAYA ADUNAN BERGAUL RATA.

3. PANASKAN MINYAK YG SEDERHANA BANYAK. JGN TERLALU DEEP SBB KITA NAK LEPERKAN DIA SIKIT LEBIH KURANG BENTUK MCM PANCAKE LAA.

4. SCOOP 1 SUDU BESAR ADUNAN DAN MASUKKAN KEDALAM MINYAK YG PANAS TADI. LEPERKAN SEDIKIT SEPERTI PANCAKE.

5. GORENG HINGGA GARENG KEKUNINGAN. ANGKAT DAN BOLE LAA DIHIDANG PANAS2 BERSAMA SOS PILIHAN. PUTRI SUKA MAKAN DENGAN KIMBALL THAI CHILLI SAUCE. BANCUH 3 SUDU BESAR SOS THAI KIMBALL DENGAN 2 SUDU BESAR AIR MASAK.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER GABUNGAN : STEPHANIE AND MICHELLE
OLAHAN : PUTERI MANJA
























FOR THIS RECIPE


4 comments:

  1. assalam put3, macam sedappp je akak copy resepi ya nak try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam akak ku....yes akak sangat sedap harus dicuba ni kak....silakan amik jerr kak noor...^__^

      Delete
  2. nampak sedap betul... ayu suke garing2 cmni,, nanti ade mase kene cube ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii ayu...makanan ni mmg sedap my dearr...akak pun mmg suka yg gareng2 cam ni....must try tau hehe ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...