Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Saturday, 13 September 2014

ALMOND CHOCOLATE HERSHEY

Aduhaiiii ada sahajerr halangan bila nak masukkan sesuatu N3 tau. Tu laa ni laa mesti ada jerr keje2 yg tak beres. Anyway maaf laa sbb hari ni baru sempat nak masukkan. Apa pun janji masuk kann kann hehe. Oh well sebelom tu nak BERI UCAPAN selamat hari lahir yg kerr 21 kepada anak dara putri si AIN. Wah dah besar panjang laa anak mama dah dapat kunci kebebasan lagi...yerr kerr?? yerr laaa tu hehehe apa pun mama doakan moga ain menjadi anak yg solehah dan berbakti kepada org tua dan mendapat keberkatan dariNya dalam apa jua yg dilakukan.

Ok laa nak citer sikit pasal cookies ni. Ada yg bertanya adakah cookies ni sama dengan cookies hershey kisses...jawapannya yes hampir sama cuma ada beberapa bahan yg diubah dan ditukar kepada bahan lain. Cookies ni kalau dah start makan mmg nak kunyah jerr terus. Bagi yg suka kacang mcm putri ni haa bole laa try buat cookies ni ok. Lagi pun raya Haji bakal menjelma so bole laa cookies ni buat raya sekali. Ok laa tak mau citer banyak kita terjah dapur putri otey....jom jom.




 BAHAN2NYA (MENGHASILAKAN 80-100 KEPING)

- 110 GM BUTTER
- 140 GM BROWN SUGAR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 BIJI TELUR GRED A
- 140 GM COKLAT HERSHEY DICAIRKAN SEKEJAP DALAM MICROWAVE 
- 100 GM PEANUT BUTTER (CREAMY OR CHUNCHY)
- 1 SUDU BESAR SERBUK BADAM
- 150 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 100 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG DIAYAK

- 200 GM ALMOND DICE/NIBS DIBAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 4-5 MINIT SAHAJERR DAN DISEJUKKAN.

***UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ADUNAN NI SANGAT2 LEMBUT DAN MOIST SO JGN GUNA TANGAN UNTUK MENGULI ADUNAN. SEBALIKNYA GUNAKAN MIXER DAN SPATULA. ***

CARA2NYA

1. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERSATU.

3. MASUKKAN PEANUT BUTTER, SERBUK BADAM DAN COKLAT HERSHEY YG TELAH DICAIRKAN TADI. PUKUL DENGAN KELAJUAN PERLAHAN HINGGA ADUNAN BERSATU.

4. SATUKAN SEMUA TEPUNG DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT. GAUL DENGAN SPATULA DAN JADIKAN SATU DOH LEMBUT.

5. PASTIKAN LOYANG DIALAS DENGAN BAKING PARCHMENT. BULAT2KAN ADUNAN DAN GOLEKKAN KEATAS BADAM DICE SEKELILINGNYA. KEPAL2 SEDIKIT BIAR BADAM LEKAT PADA ADUNAN DAN BULATKAN SEMULA SEPERTI DALAM GAMBAR. KEMUDIAN TEKAN SEDIKIT ADUNAN BIAR LEPER AGAR BISKUT LEBIH GARENG APABILA DIBAKAR.

6. BUAT HINGGA HABIS DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA























FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. Sedapnya biskut ni kaya dengan coklat dan badam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul dearr...makan pun tak henti2 tau hehehe ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...