Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 11 April 2014

OREO STRAWBERRY CHEESECAKE

Aduhaiiii nak cepat2 masukkan resepi punnn terlewat gak lerr. Sorii yerr teman2 cayang...putri balik keje lambat laa tadi then kena masak tuk hidangan malam pulak tu yg tertunda sampai malam cam ni huhuhu. jgn marah haa nanti muka ronyok susah tau nak licinkan dah kena pakai iron gosok muka tu kannn hahahaha. Anyway lalink semua ni laa dia oreo strawberry cheesecake cara putri. Putri mmg tak suka cheese sangat...tapi cheese burger makan hehehe. Tak tau lerr napa tak makan ek....tapi kan kan kan...guess what...cheese kek kali ni berlainan sangat2...perhaps sbb ada gabungan whipping dalam tu kot dan sbb rasa strawberry tu yg buat kan cheese ni tak rasa cheese sangat tu yg makan tu. Sedapppppp kojol u aollsss....kalau tak try mmg merana badan duk kena sumpah gatai2 nanti ekekekeke. Haa apa lagi tunggu pi lerr buat sekaranggg juga oteyy. Bagi peminat cheesecake....ni laa cheese kek yg lain dari yg lain...siap ada topping yg sangat2 sempurna rasa dan rupanya. Kat luar takde jual pinky2 cam ni tau hehehe so buat sendiri ek....GERENTI PUAS HATI!!!...tak puas hati lu jumpa gua one corner kita slow talk haa muahahaha. Otey laa apa2 pun jom try resepi terbaik ni....jom jom.


Jgn tak buat tau...kang meleleh air liur tu bole buat mandi kang hehehehe...selamat mencuba!!!


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN 7 INCI)

BASE

- 110 GM BISKUT OREO (DALAM 30 KEPING TANPA CREAM) DIKISAR HALUS
- 60 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DIBIAR SEJUKKAN SEPENUHNYA


FILLING


A
- 1 SUDU BESAR GELATIN
- 2 SUDU BESAR AIR
- 100 GM JEM STRAWBERRY

B
- 150 GM CREAM CHEESE
- 2 SUDU BESAR GULA
- 40 GM WHIPPING CREAM (PUTRI GUNA NON DAIRY PUNYA)
- SETITIK DUA STRAWBERRY PASTE ATAU PINK COLOR

C
- 150 ML NON DAIRY WHIPPING CREAM


TOPPING

A
- 1 SUDU KECIL GELATIN
- 2 SUDU BESAR AIR

B
- 80 GM JEM STRAWBERRY
- 50 GM AIR
- 2 SUDU KECIL WARNA MERAH





CARA2 BASE

1. OREO DI BLENDER HINGGA HALUS DAN MASUKKAN BUTTER CAIR YG TELAH SEJUK TADI DAN GAUL HINGGA RATA.

2. MASUKKAN KERR DALAM LOYANG LOOSE BASE TIN DAN TEKAN2 OREO BIAR MAMPAT.

3. BAKAR SELAMA 10 MINIT PADA SUHU 170C BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DIBIAR SEJUK SEDIKIT DAN MASUK DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER). OK NOW SEDIAKAN BAHAN2 LAIN.


CARA2 FILLING

1. BAHAN A MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIAR KAN IA LARUT SELAMA 5 MINIT. ADA SEDIKIT YG TAK LARUT JADI GUNAKAN SUDU DAN KACAU GELATIN HINGGA HANCUR SEPERTI DALAM GAMBAR. KETEPIKAN

2. STRAWBERRY DIMASAK SECARA DOUBLE BOILER (MACAM MASAK COKLAT CAIR) HINGGA CAIR DAN TIDAK BERKETUL2. MASUKKAN GELATIN TADI DAN KACAU2 IANYA HINGGA SEMPURNA BERSATU. MATIKAN API DAN DI BIAR SEJUK SEPENUHNYA.

3. BAHAN B CHEESE CREAM DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG BERKREM. MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN STRAWBERRY PASTE, PUKUL LAGI HINGGA RATA. 

4. MASUKKAN BAHAN GELATIN YG TELAH SEJUK TADI KERR DALAM BAHAN B DAN PUKUL HINGGA RATA. KETEPIKAN.

5. DALAM BEKAS LAIN BAHAN C DI PUKUL HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

6. SATUKAN ADUNAN CHEESE TADI KEDALAM BAHAN C DAN PUKUL HINGGA SEMUA TERGAUL RATA.

7. TUANG ADUNAN FILLING KE DALAM LOYANG OREO YG TELAH DISEJUK TADI. BEKU KAN SELAMA 10 MINIT DALAM FREEZER DAN KLUARKAN ADUNAN DARI FREEZER DAN MASUKKAN PULAK KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).


CARA2 TOPPING

1. MASUKKAN GELATIN DALAM AIR DAN BIAR SELAMA 5 MINIT DAN KACAU2 IANYA HINGGA RATA.

2. SATUKAN BAHAN2 B DAN MASAK SECARA DOUBLE BOILER JUGA HINGGA STRAWBERRY LARUT DAN TIDAK BERKETUL2.

3. MASUKKAN GELATIN KEDALAM BAHAN B YG TELAH LARUT TADI DAN KACAU2 HINGGA RATA. MATIKAN API DAN DIBIARKAN SEJUK SELAMA 30 MINIT.

4. SETELAH SEJUK TUANGKAN ADUNAN TOPPING NI KEATAS CHEESECAKE YG TELAH KERAS SEDIKIT. TUANG PERLAHAN2.

5. BEKUKAN SELAMA 7 MINIT DALAM FREEZER. SETELAH 7 MINIT KELUARKAN DAN MASUKKAN PULAK KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) DAN SEJUKKAN SELAMA 4 JAM SEBELUM DIHIDANGKAN. MASA NAK KLUARKAN CHEESE KEK NI KIKIS TEPI LOYANG SEBELUM TOLAK KELUAR KEK NI.


SELAMAT MENCUBA!!!

INSPIRASI DARI : VIVIAN
OLAHAN : PUTERI MANJA

















PASTIKAN ADUNAN TETAP PEKAT BERKREM.


















FOR THIS RECIPE


4 comments:

  1. Ya Allah terliurnya tngk cic kek ni...thks for sharing dear....blog U mmg terbaik laa I loike

    ReplyDelete
    Replies
    1. thks sis dan sama2 kasih juga...^__^ jgn lupa mencubanya...

      Delete
  2. sis u r the best tau...tak lokek ilmu...teruskan usaha mu sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dearr akan ku teruskan usaha ini...thks for support my dearr...
      ReplyDelete

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...