[MV] BOYFRIEND(보이프렌드) _ WITCH

Saturday, 12 April 2014

HOMEMADE PIZZA BAGUETTE

Selamat berhujung minggu buat semua teman2 cayang. Pagi tadi putri sarapan pizza baguette. Mmg puas hati laa buat sendiri. Kalau beli sekeping cam ni jerr dah mahal gilerr so buat sendiri lagi berbaloi tau tapi kena rajin laa. Nampak cam mudah tapi kena penuh focus nak buat ni. Sbb ruangan yg kecil tak mudah laa bagi kita nak tabur sesuka hati cam kita buat pizza bulat tu. Yg tu senang jerr tabur campak2 pun bole kannn tapi lain pulak prihal baguette ni. Kita kena susun bahan2 tu dengan teliti dan tabur mozarella cheese dengan hati2 kalau tak abis lerr berterabur kat dulang. Then kena position kan roti ni elok2 tau jgn sampai roti goyang2 kerrr gelek2 tau hahaha...bukan apa sbbnay putri dah terkena abis TERBALIK SAMPAN mak tau muahahaha. Dah perasan some of my french bread tak stable tapi degil nak guna gak then tengah2 susun dia tergolek laa pulakkk...kira cam capsized gitu laaa kann hehehe. Fuhhhh terus naik darah mak tau bila dia capsized cam tu wahahaha. Yerr laa kan dah penat2 buat terus terbalik...apa seyyy. So hati2 yerr pilih bahagian yg tak mudah terbalik atau pun tekan2 sikit supaya dia stable. Apa2 pun buat dengan penuh kasih sayang tau...kalau tak hilang seria baguette ni huhuhu. Oklaa jom kita terjah bahan2 yg nak digunakan. Bagi yg nak try buat baguette sendiri cam putri haa bole laa cuba resepi ni yerr...bagi yg nak senang beli jerr roti french yg dah sedia ada tu tinggal nak bubuh inti jerr. Haa jom laa buat pizza baguette masa family semua ada umah terutamanya pada hujung minggu cam ni. Jom buat...^_^


BAHAN BAGUETTES

- 1 CAWAN AIR SUAM
- 2 SUDU BESAR PENUH MINYAK SAYUR/MINYAK MASAK
- 1 SUDU KECIL GARAM HALUS
- 3 CAWAN TEPUNG ROTI
- 2 SUDU BESAR GULA PASIR
- 1 PACKET DRY YEAST


TUK SAPUAN PADA ATAS ROTI

- 1 BIJI PITIH TELUR
- 1 SUDU BESAR AIR SEJUK

NAK TENGOK MCM MANA HASIL BAGUETTE@ROTI FRENCH YG PERNAH PUTRI BUAT DULU...BOLE LAA KLIK SINI...YG LATEST PUNYA TAK BANYAK GAMBAR ALMAKLUM ADA PANJANG ADA PENDEK HEHEHE

CARA2NYA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN MENGIKOT TURUTAN BAHAN2 DIATAS KEDALAM BM(BREADMAKER). ONKAN TUNGGU SIAP. SEMENTARA TU SAPUKAN SEDIKIT BUTTER SEKELILING MANGKUK.

DOH YG TELAH SIAP KLUARKAN DAN MASUKKAN KEDALAM MANGKUK TADI DAN GOLEK2 KAN SEKELILING MANGKUK. DIBIARKAN ½ JAM.

2 TAKDE BM TAKPE JGN GUSAR…KITA PAKAI TANGAN ULI LERR SAMPAI SEMUANYA MENJADI LEMBUT DAN ELASTIK. KEMUADIAN BIAR DIA NAIK 2 KALI GANDA. TUTUP DOH DENGAN TUALA BASAH ATAU GUNA PLASTIK CLING WRAP PUN BOLE.

3. DOH YG TELAH NAIK DI BAHAGI KEPADA 3-4 BAHAGI DAN DIBENTUKKAN SEPERTI ROTI PERANCIS (FRENCE LOAF). AMBIL PISAU TAJAM BELAH2KAN BAHAGIAN ATAS ROTI SECARA MENGIRING. PERAP LAGI SELAMA 20-30 MINIT.

4. AKHIR SEKALI KOCOK PUTIH TELUR DENGAN AIR SEJUK DAN SAPUKAN DIATAS ROTI. BAKAR PADA SUHU 190C SELAMA 25-30 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SIAP TUK DIHIDANG.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : DEANNA NAIVAR
OLAHAN PUTERI MANJA



BAHAN2 INTINYA

- 300 GM DAGING CINCANG
½ TIN SLICED MUSHROOMS
- 1 BIJI TOMATO DIPOTONG DADU KECIL
½ BIJI RED PEPPER (LADA MERAH YG BESAR) DIPOTONG DADU KECIL
½ PAKET PEPPERONI DIBELAH DUA
SEDIKIT DAUN SOP DIHIRIS HALUS
- 1 PAKET KECIL SHREDDED MOZZARELLA CHEESE
½ BOTOL CILI SOS MAGGIE BRAND
½ BOTOL TOMATO SOS MAGGIE BRAND



CARA2NYA

1. DAGING CINCANG DIMASAK TERDAHULU DENGAN MENUMIS SEDIKIT CHILI PASTE DAN REMPAH KARI. LETAK SEDIKIT GARAM DAN MASUKKAN DAGING CINCANG. DIKACAU2 SEHINGGA AIR DAGING KERING DAN DAGINGNYA MASAK.

2. SOS CILI DAN SOS TOMATO DISATUKAN. GAUL RATA. BUBUH 2 SUDU BESAR SOS CAMPURAN NI KEATAS ROTI FRENCH YG TELAH DIBELAH DUA DAN RATAKAN. TABUR DAGING CINCANG TADI.

3. KEMUDIAN SUSUN PEPPERONI DAN MUSHROOMS. TABURKAN TOMATO, CILI PEPPER DAN DAUN SOP. AKHIR SEKALI TABURKAN MOZZARELLA CHEESE DIATASNYA.

4. BAKAR ROTI PADA SUHU 200C SELAMA 15-20 MINIT DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJA JUGA BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SIAP TUK DIHIDANG PANAS2.

*** DALAM BANYAK2 SOS...SOS YG SANGAT SESUAI TUK PIZZA ADALAH DARI BRAND MAGGIE. DAH PERNAH CUBA BEBERAPA SOS LAIN DAN SANGAT TIDAK SESUAI TUK PIZZA. HANYA SATU BRAND NI SAHAJERR YG MEMBUAT PIZZA LEBIH TERASA BERBANDING YG LAIN. ***

SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. ya ALLAH sedapnya put3....nak try lah esok..thx atas resepi awak put3

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tauuu mmg sedappp tip top U hehehe selamat mencuba!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...