Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 28 March 2014

KEK LAPIS COKLAT SURABAYA

Assalamualaikum...bertemu kita sekali lagi diruang ni. Lama tul laa putri tak bersiaran. Biasa laa mana tak sihat lagi dan banyak urusan yg perlu diselesaikan. Then mak putri lak tak sihat tu yg bz memanjang jerr. Ditambah kan pulak dengan ot ditempat keje putri ni tu cam takde masa nak buat apa2 tau. Balik keje jerr dah penat lepak terus bobok hehehe. Anyway putri tak pernah lupa nak share resepi pada u aollss cuma buat amsa sekarang agak terhad laa sikit. Takpe laa janji ada tau hehehe.

Oh yerr putri nak cakap sikit ni ek. Actually bukan apa sajerr nak mengingatkan mereka2 yg masih muda ni terutama anak2 kita laa. Tak kira laa dorg tu dah besar panjang kerr dah tua kerr sebagai ibu kita berhak tegur dan menasihati anak2 kita tu agak tidak terpesong ke arah yg dilarang. BUDAK2 HINGUS ni biasa laa kan selalu suka ikutkan perasan kalau membuat sesuatu tindakkan sehingga MEMBODOHkan diri sendiri atas perkara yg bole MENDATANGKAN KEBENCIAN org. Sebesar mana sekali pun masalah yg datang atau menimpa kita KENA LAA PIKIR PANJANG agar apa yg bakal kita lakukan tu tidak MEMBURUKkan lagi keadaan dan MEMALUKAN diri sendiri. Ikut kan hati MATI ikutkan rasa BINASA. So istighfar laa banyak2 dan JGN IKUTKAN perasan. Jgn sesekali HILANG rasa HORMAT kita pada mereka yg lebih tua...hormati laa mereka dan kita tak rugi apa2 pun malahan mendapat PAHALA lagi. Jgn ingat tindakkan yg kita laku kan tu dan kira cukup HEBAT dan PUAS HATI!! tapi kita lupa terkadang tindakkan BODOH tu laa yg memburukkan lagi keadaan. So pls GROW UP n always beringat2 laa yerr. Apa pun PEACE yo!!!

Ok laa nak citer prihal kek pulak. Resepi kek lapis ni actually asalnya dorg tak melapis tau...putri jerr pandai2 buat lapis hehehe tapi menjadi jugak laa. The best lapis wooo...tak bermasalah pun cuma tu laa...berjam2 tunggu dia masak hehehe. Kalau ikutkan resepi ni dia buat sebuku2 dan dilapiskan dengan jem. Kalau tengok kat google mmg rata2 semua buat gitu cuma putri jerr kot memandai jerr lapiskan berlapis2 huhuhu. Oh well putri rasa buat cuma ni lebih berbaloi kot. Lagi pun I LUV KEK LAPIS tu pasal buat versi putri tu hehehe. Satu lagi segala cara2 adalah dari cara putri sendiri. Atas pengalaman baking so bole laa juga memandai2 gitu hehehe. Apa pun yg pastinya kek ni pasti mengikut citarasa anda. Kalau tak mengikut kita rotan sama dia ek wahahaha. Ok laa jom kita intai apa bahan2 yg diperlukan jom jom...




BAHAN2NHYA (MENGGUNAKAN LOYANG 6 INCI)

A
- 3 BIJI PUTIH TELUR

B
- 5 BIJI KUNING TELUR
- 80 GM GULA KASTOR
- 50 GM TEPUNG HONGKONG
- 20 GM TEPUNG SUSU
- 100 ML MINYAK MASAK ATAU MENTEGA
- 1 SUDU KECIL OVELETTE ATAU SPONGE GEL
- 1 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS

C
- 1 SUDU KECIL SERBUK KOKO
- 1 SUDU KECIL COKLAT PASTE/EMULCO





CARA2NYA

1. PUKUL BAHAN A HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN KETEPIKAN

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 B DAN PUKUL HINGGA PEKAT KEMBANG. TAK PERLU TERLALU LAMA 2-3 MINIT SAHAJERR.

3 SETELAH BAHAN B SEBATI MASUKKAN SUKU BAHAN A KEDALAM B DAN GAUL KAUP BALIK DENGAN SENDUK ATAU SPATULA HINGGA RATA.

4. KEMUDIAN BAKI BAHAN A DIMASUKKAN KESEMUANYA SEKALI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA ADUNAN SEBATI DAN SEKATA. PASTIKAN ADUNAN TIDAK BERKETUL2 (LUMPS). GAUL SATU ARAH PERLAHAN2 HINGGA PUTIH TELUR TADI SEKATA DENGAN BAHAN B.

5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU BAHAGIAN DIBIAR WARNA ASAL DAN SATU LAGI LETAK BAHAN C DAN GAUL HINGGA RATA.

6. PANASKAN OVEN PADA SUHU 200C. LOYANG DIGRIS DAN DIALAS PARCHMENT PAPER. LETAK 3 SUDU BESAR WARNA ASAL DAN RATAKAN. LAPISAN PERTAMA BAKAR SELAMA 8-10 MINIT MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH.

7. LAPISAN SETERUSNYA MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJERR. HANYA LAPISAN PERTAMA MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. PLS TAKE NOTE YERR. SETIAP LAPISAN DIBAKAR SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : RESEPI ASAL CITARASAWAN YG DIPETIK DARI KEK LAPIS SURABAYA
OLAHAN : PUTERI MANJA













THIS RECIPE

4 comments:

  1. Suke tengok lapisan kek nie...kemas ;)

    ReplyDelete
  2. Salam,nk tanya,yg resepi biskut milo yg akak update tu.brp biji akn terhasil ble ikut resepi akak ye?Barakallahufeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...alamakkk dearr akak tak ingat laa berapa dapat mungkin lebih dari 60 keping kot...try buat sikit dearr then u will know verapa banyak...let me know kalau dah buat...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...