Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Thursday, 13 March 2014

KARAMEL HOKKAIDO STRIPE

Salam sejahtera teman2 semua. Terimakasih sudi sungguh menantikan resepi2 dari blog putri ni. Putri ingat tadi ptg2 nak share resepi ni tapi sejak pagi lagi badan semua sakit2 sbb over work kot. Oh yah sejak dua menjak ni tempat keje putri tu ada masalah sikit so putri dah beberapa kali ot balik lambat kira longggg hrs gak laa. Kalau dulu keje seminggu sekali dua jerr so agak relax memanjang tapi akhir2 ni kena pulak bantu tempat keje tu yg terkejut kot sampai sakit2 badan. Cam lama tak keje longgg hrs jadi letih pulak huhuhu. Oh well ni kan rezeki dan putri pun nak membantu mana yg bole so keje laa setakan yg termampu. Lebih2 lagi dengan cuaca yg agak panas ni tu yg buat kesihatan terganggu sikit. Apa pun putri gagahkan diri dan teruskan usaha nak berkongsi ilmu buat semua teman2 putri. So jgn hentam atau marah putri yerr kalau lambat masukkan resepi. Bukan putri sengajerr nak lambat2kan tapi tu laa keadaan kadang2 tak mengizinkan. Apa pun putri tau teman2 semua sangat2 baik hati dan setia menanti walau selama mana pun kann kannn hehehe. Ok nak bercerita sikit ttg resepi kali ni. Putri gabungkan puding karamel dengan kek hokkaido ni...fuuuulaaammmakkkk mmg gerek sehhhh!!! apa yg best kek ni bila dah masak dia tak kempis dan tak melekat pada pinggan seperti mana kek karamel yg biasa tu. Bahagian kek selalunya melekat tapi yg ni tak melekat pun. Perhaps masak dengan baik kot huhu.Bole alih2kan dia bila2 masa lagi tau tapi bila dah lama terbiar terlentang bahagian kek dibawah, keknya akan melekat laa sbb dah lama terbiar tapi baru2 masak mmg tak melekat langsung. Anyway melekat tak melekat janji sedap nohh hehehe. Satu lagi putri gunakan loyang muffins dan bakar gunakan butane torch. Butane torch ni mcm lighter tapi ni yg gedabak besar punya. Tuk kegunaan masakkan dan sebagainya. Jgn pulak guna torch ni tuk hidupkan api rokok ek kang tak pasal2 terbalut jari tu kang hehehehe. Besau woo api dia...sekali tembak rentung rokok tu muahahahaha. Hati2 menggunakan torch ni yerr. Sesuatu yg baru dan harus dicuba. Ok laa jom kita terjun terus kerr resepi dan bahan2nya yer...jom jom.

MEMANDANGKAN PUTRI MENGGUNAKAN LOYANG MUFFIN SO SUKATAN KARAMEL DAN GULA HANGUS AGAK BERBEZA DARI ADUNAN ASAL YG MENGGUNAKAN LOYANG 7 INCI. SATU LAGI YERR PUTRI BUAT KARAMEL NI SBB ADA LEBIHAN KUNING TELUR. SO KALAU ADA BANYAK LEBIH KUNING TELUR BOLE LAA BUAT RESEPI NI DAN RESEPI KEK HOKKAIDO. KALAU BUAT MACARONS KAN ADA LEBIHAN KUNING TELUR SO BOLE LAA CUBA RESEPI NI YERR. KALAU TAKDE LOYANG MUFFINS GUNA MANGKUK ALIMINIUM FOIL PUN BOLE. KALAU NAK GUNA SELOYANG BESAR PUN BOLE KOT TAPI TAK SURE LAA HASILNYA CAMNA SAMADA JADI KERR TAK KERR HANGUS KERR KANN HUHUHU. APA YG PUTRI BUAT ITU YG PUTRI SHARE.


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG MUFFINS SEGI EMPAT/BULAT) MENGHASILKAN 10 KEPING KEK SIZE MUFFIN

BAHAN GULA HANGUS

- 1 SUDU KECIL GULA PASIR

CARA2NYA


MASUKKAN GULA DALAM SETIAP LOYANG MUFFINS DAN MASAK MENGGUNAKAN BUTANE TORCH (LIHAT GAMBAR DIBAWAH) SEHINGGA GULA LARUT DAN BERTUKAR WARNA. KETEPIKAN.

BAHAN KARAMEL

- 300 ML SUSU CAIR
- 5 BIJI KUNING TELUR
- 80 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 SUDU KECIL TEPUNG CUSTARD + 1 SUDU BESAR AIR MIX WELL(OPTIONAL YERR KALAU SUKA KARAMEL DIA MAMPAT BOLE LAA LETAK TEPUNG NI...PUTRI TAK GUNAKAN PUN)

CARA2NYA

SATUKAN SEMUA BAHAN2 KARAMEL DAN KACAU PERLAHAN2 HINGGA RATA. JGN SAMPAI BERBUIH2 OK. KEMUDIAN TAPIS ADUNAN NI. MASUKKAN LEBIH KURANG 50 ML ADUNAN KARAMEL KE DALAM SETIAP LOYANG MUFFINS YG ADA GULA HANGUS TADI. KETEPIKAN.

BAHAN2 HOKKAIDO STRIPE

A
- 3 BIJI PUTIH TELUR
- 50 GM GULA KASTOR
- SECUBIT CREAM OF TAR TAR

B
- 3 BIJI KUNING TELUR
- 80 ML MINYAK SAYUR/MASAK
- 80 ML SUSU SEGAR
- SECUBIT GARAM
- 100 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 120 GM PLAIN FLOUR ALL PURPOSE DIAYAK
- ¼ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK



CARA2NYA

1. BAHAN A PUKUL PUTIH TELUR DAN CREAM OF TAR TAR SEHINGGA SEPARUH KEMBANG. PELAHAN2 MASUKKAN GULA DAN PUKUL SAMPAI KEMBANG KILAT SERTA BERTANDUK. BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH. KETEPIKAN

2. SATUKAN SEMUA BAHAN B DAN PUKUL HINGGA RATA. TAK PERLU LAMA AGAK2 DAH SEBATI SEMUA BAHAN BOLE MATIKAN MIXER.

3. MASUK SUKU BAHAN A TADI KEDALAM BAHAN B DAN GAUL KAUP BALIK MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA HINGGA RATA.

4. KEMUDIAN MASUKKAN KESEMUA LEBIHAN BAHAN A KEDALAM BAHAN B DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. 1 BAHAGIAN DIBIAR PLAIN DAN 1 LAGI BAHAGIAN LETAK WARNA PINK/MERAH ATAU STRAWBERRY PASTE.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KE ATAS KARAMEL TADI BERSELANG SELI PLAIN DAN STRAWBERRY. BUAT HINGGA HABIS.

7. BAKAR ADUNAN SECARA BAIN MARIE ATAU WATERBATH. MASAK AIR HINGGA MENDIDIH DAN TUANG DALAM BEKAS BESAR YG BOLE MASUK OVEN DAN LETAK LOYANG MUFFINS DI ATAS LOYANG AIR PANAS TADI. LIHAT GAMBAR YERRR.

8. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 160C-170C SELAMA 20-25 MINIT MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. SETELAH 20-25 MINIT TUKAR PADA API BAWAH SAHAJERR DAN MASAK LAGI SELAMA 10 MINIT. PASTIKAN AIRNYA TAK KERING DALAM OVEN. KALAU KERING TAMBAH AIR PANAS LAGI.

SELAMAT MENCUBA!!!
RESEPI PUDING KARAMEL : MUNIRAH BAHAROM
OLAHAN : PUTERI MANJA


LOYANG MUFFINS SEGI EMPAT. SORI YERR TAK SEMPAT AMIK STEP BY STEPNYA SBB GHAIRAH SANGAT NAK MENCUBA RESEPI NI HUHU. LAGI PUN KALAU PUTRI NAK BUAT STEP2NYA KENA TUNGGU LAGI...ADUHH TAKPE LAA FOR NOW SIKIT LEBIH KURANG BOLA LAA U AOLLSS PAHAM YERR.

DAH LETAK GULA DALAM LOYANG MUFFINS DAN GUNA BUTANE TORCH NI DAN BAKAR LANGSUNG PADA GULA TADI. KALAU TAKDE BENDA NI ALAMAT KENA MASAK ATAS DAPUR LAA SATU2 LOBANG KENA CAIRKAN GULA TU YERR HUHU. TORCH NI LEBIH KURANG CAM LIGHTER YG DORG GUNA TUK MEROKOK...TAPI NI JENIS BESAU PUNYA MMG TAK SESUAI TUK HIDUPKAN API ROKOK SBB SEKALI TEMBAK SURE SEBATANG ROKOK HANGUSSS BEB HAHAHA. BIASANYA DORG GUNA NI TUK BUAT CREME BRULEE.

NI DIA CARA MASAK BAIN MARIE ATAU WATERBATH. AIR DALAM TU KENA PANAS YERR DAN BARU LETAK LOYANG MUFFIN ATASNYA. SO LOYANG BAWAH TU KENA LAA YG BESAR DAN MUAT DALAM OVEN. MASUKKAN LOYANG NI SEMUA DALAM OVEN DAN BAKAR PADA SUHU YG DISEBUTKAN.













FOR THIS RECIPE


4 comments:

  1. Tngk pn dah tau sedap....nmpk lembt mcm nak try la...thx 4 sharing the recipe sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mmg terbaik dearr nanti try ek ^__^ sama2 kasih dearr...

      Delete
  2. terbaik!!! pasti akan dicuba...thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem dearr...selamat mencuba...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...