Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 3 March 2014

BREAD CONES

Salam buat teman2 semua. Masih menanti kah kamu disana? masih ek..alaaa laa laa sori yerr baru ari ni sempat nak masukkan resepi dan step2nya. Bukan apa seperti yg semua ketahui sbb buat roti cones ni laa putri dok rehat berhari2 sbb patah pinggang dibuatnya hehehe. Isshhh cekik darah betul laa benda ni ingatkan mcm senang jerr buat tau...tengok gambo2 dorg mmg cam best senang jerr...haa bila buat makkkk oiiiii baru tau SUSAHNYAAA hahaha. Mmg TENSION STRESS tahan gaban dibuatnya tau...seriously lalink semua mak ek hampir2 sipi2 lagi dah nak GIVE UP!!!!! Masa mula2 start bancuh semua bahan best jerr semua berjalan lancar but then bila time nak LILITKAN dia....ya AMPUNNNNNN awat degilll nak mampuihh doh ni muahahahaha. Sbb 1st time kot jadinya BEREJAM2 mak dok LILILT dan LILIT dia. Dah tu nak terburai laa pulakkk...tengah2 lilit lagi dia melorot cantik jerr...chutttttttt...cam pakai seluar LONGGAR gitu laaa hahahaha. Ishhhh sbb tu laaa mak sampai sakit pinggang dibuatnya....derita bebenor tau hahahaha. Tak abis lagi kat situ tau...dah lilit2 sampai atas dan betul2kan dia...ok laa lega sikit...tau2 bila dia kembang naik aduhhhh satu lagi mala petaka datang wahahahahaha. Dia nak terbukak laaa pulak pastu kejap2 melorot...adoiiiyyyaaaiiiii. Tu yg mak dok tekan2 dia...tepuk2 lagi...picit2kan dia dah mcm nak buat CPR laaa pulak...muahahahahaha. Last kali mak tiup2 sembur kat roti tu cam fuhhhhh zam2 alaaa kazam LOL LOL hahahaha apa jerr laa mak ni tau huhu....dok berdoa biar masa bakar nanti dia tak terburai....dalam hati siap cakap..."tolong laa tolongg laa dan nak kojol ni..." wahahahaha. Haiii laaa camni punya merana hidup mak tau hehehe tapi alhamdulillah masa bakar dia tak buat hal...semua menjadi walaupun tak secantik mana kan kannnn. Cuma cam mak cakap ari tu mak mesti nak try lagi buat benda ni terutama part lilit tu...nak pastikan ianya tak laa sesusah mana pun...perlu latihan JASMANI DAN ROHANI hahahahaha walaupun katanya. Apa pun yg pastinya resepi roti ni sangat2 terbaik...dah dua hari pun roti tetap lembut....guyss korg try lerr buat...tak yah takot2 dengan statement skemah mak ni hahahaha...sapa tau kot2 korg buat ok kannn. Kalau terjadi cam mak...tak yah gusar ikut jerr jejak mak buat...picit2 tekan2 buat cpr muahahahaha kannn. Yg penting menjadi u hehehe. Ok laa jom berlari kerr umah putri kita tengok bahan2 dia yerr...jom jom....





BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 8 CONES)

A
- 100 ML AIR
- 100 ML SUSU SEGAR

B
- 20 GM MINYAK SAYUR
- 50 GM GULA KASTOR
-1 SUDU KECIL RATA GARAM

C
- 1 BIJI TELUR GRED A DIPUKUL SEDIKIT DGN GARFU
- 120 GM TEPUNG ROTI
- 2 SUDU KECIL YEAST KERING

D
- 300 GM TEPUNG ROTI

EGG WASH
- 1 BIJI TELUR + 1 SUDU BESAR SUSU SEGAR DIPUKUL RATA DGN GARFU



*** ACUAN CONES SEBAIKNYA TAK PERLU SAPU MARGERIN SBB NANTI SUSAH NAK LILITKAN...DIA AKAN MUDAH MELOROT SBB LICIN. KITA SAPUKAN MARGERIN PADA ROTI YG TELAH DI ROLLKAN NANTI. INGAT YERR SETELAH DOH NAIK DAN DIBAHAGIKAN DOH HENDAKLAH SENTIASA DITUTUP DENGAN KAIN LEMBAB SUPAYA DOH TIDAK KERING. ***



CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN A DAN MASAK ATAS API SEHINGGA MENDIDIH. MATIKAN API DAN SEJUKKAN SEKETIKA.

2. SETELAH SEJUK SEKETIKA MASUKKAN BAHAN B DAN KACAU DENGAN SENDUK HINGGA GULA LARUT.

3. MASUKKAN PULA BAHAN C DAN KACAU HINGGA RATA. REHATKAN SELAMA 5-7 MINIT.

4. TAMBAHKAN PULA BAHAN D SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA ABIS DAN ULI DENGAN MIXER MENGGUNAKAN PENGULI ROTI SEPERTI DALAM GAMBAR. PUKUL SEHINGGA SEMUA BAHAN TERGAUL RATA.

5. SETELAH RATA GUNAKAN TANGAN DAN ULI SEHINGGA ADUNAN MENJADI DOH LEMBUT.

6. TUANGKAN 1 SUDU BESAR MINYAK KEDALAM DOH DAN RATAKAN SEKELILING DOH.

7. TUTUP DOH DENGAN PLASTIK CLING DAN PERAP SELAMA 1 JAM ATAU SEHINGGA DOH NAIK.

8. KLUARKAN DOH DAN TUMBUK2 TUK KLUARKAN ANGIN.

9. BAHAGIKAN DOH KEPADA 2 BAHAGIAN DAN POTONG2 DOH KEPADA 8 BAHAGIAN SAMA RATA. NAK GUNA TIMBANG PUN BOLE.

10. AMBIL SATU DOH DAN ROLL DOH SEPANJANG LEBIH KURANG 16 INCI. LEPER2KAN DOH DAN SAPU DENGAN SEDIKIT MARGERIN DIATASNYA DAN LILIT PADA ACUAN CONES SEPERTI DALAM GAMBAR.

11. BUAT SEHINGGA HABIS DAN PERAP SEKETIKA. SETIAP KALI CONES NAIK BENTUKKAN CONES DENGAN RAPI SUPAYA CONE TIDAK RENGGANG.

12. SAPUKAN EEG WASH DAN BAKAR CONES DENGAN SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. INTINYA ANDA BOLE LETAKKAN APA SAHAJERR SEPERTI CREAM CUSTARD KERR TUNA KERR SARDIN KERR TERPULANG YERR.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : ELLIE
OLAHAN : PUTERI MANJA



SETELAH SUSU+AIR DIMASAK DAN TELAH SEJUK SEDIKIT, MASUKKAN BAHAN B DAN KACAU RATA.

KEMUDIAN MASUKKAN PULA BAHAN C DAN KACAU RATA.





REHATKAN SELAMA 5-7 MINIT.

MASUKKAN BAHAN D SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

MENGGUNAKAN MIXER PENGULI ROTI..PUTAR SEHINGGA SEMUA TEPUNG TERGAUL RATA.

KEMUDIAN GUNAKAN TANGAN DAN ULI ADUNAN SEHINGGA MENJADI DOH LEMBUT.

 MASUKKAN 1 SUDU BESAR MINYAK DAN RATAKAN SEKELILING DOH.

TUTUP DENGAN PLASTIK CLING DAN PERAP SELAMA 1 JAM ATAU SEHINGGA DOH NAIK.

SETELAH NAIK KLUARKAN DAN TUMBUK2 TUK BUANG ANGINNYA.

BAHAGIKAN DOH

POTONG KEPADA 8 BAHAGIAN. SETIAP KALI BUAT SATU PERSATU DOH PASTIKAN DOH YG LAIN DITUTUP DENGAN KAIN LEMBAB SUPAYA DOH TIDAK KERING.

ROLL DOH SEPANJANG LEBIH KURANG 16 INCI DAN TEKAN BAGI LEPER SEDIKIT DOH. SAPU SEDIKIT MARGERIN DI PERMUKAN DOH DAN LILIT PADA ACUAN CONE.

INGAT YERR ACUAN TIDAK PERLU DIGRIS SBB ADUNAN ROTI TELAH DISAPU MARGRIN SEBELUM DILILIT.

BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. 









FOR THIS RECIPE

6 comments:

  1. salam puteri..

    oh..baru saya tau macam tu pula buat bread cones ni ya..nampak sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali dearr...

      Oh yess cam ni laa caranya...mmg terbaik cuma kena banyak practice laa hehehe ni pun dah sabar sehabis mungkin tau hehehe...anyway roti ni sangat2 sedap u can try dearr...

      Delete
  2. Rajinnya....
    Nampaknya wajib buat jgk nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try dearr jgn tka try hehehehe...rotinya lembut tau ^__^

      Delete
  3. Bestlah. Boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa mmg sedap roti ni makan dengan inti sardin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...