Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 4 October 2013

PANDAN SWISS ROLL

Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan membaking. Lama tul laa putri ni tak buat apa2 kan. Oh well anak putri tengah exam laa tu yg tak dapat nak membaking dan share resepi. Nak masuk jengah fb dan blog pun takde mood tau huhuhu. Ni laa dia penangan peperiksaan kann. Yg nak exam anak bukan mak tapi mak pun turun memBZ kan diri dalam memberi didikkan terutama bila nak dekat2 exam ni. Anak punya laa rilek kodok jerr seyyy muahahahaha mak yg kanchong spider hehehe. Tak tau laa apasal ek bila anak nak exam jerr mak yg terlebih sudah risaunya kan kan kan. Yerr laa kan mana taknya risau takkan kita nak tengok anak kita kecundang kan..drop my water face u know wahahahaha. Apa2 pun nak yg terbaik laa dan moga anak kita masing2 berjaya dalam apa jua bidang yg diceburinya insyaAllah. 

Ok citer pasal kek pandan ni pulak yerr...jgn marah mak ek...mak kan suka nak story mory hehehe. Al kisah kek ni pulak seperti yg pernah mak kata...mak suka sangat dengan gabungan all in dia tu dan tak perlu asing2 tu yg mcm2 mak cuba try. Mak rasa laa resepi ni banyak kegunaannya bukan sajer kek gulung batik atau kek banji roll malah lain2 kek gulung kita bole buat dengan adanya resepi ni. Jgn takot tuk mencubanya. I really in LOVE dengan resepi ni. Thks to Mamafami atas resepi kek batiknya yg putri amik dan mencubanya. Mmg terbaik dari semua kek2 roll yg ada. Mudah dan tak banyak songeh atau remeh temeh. Haa tunggu apa lagi tunggu nak kena rotan kerr tu hehehehe...jom laa skodeng dapur putri. Jom jom...



BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 2 GULUNG 3X10 INCI)

- 3 BIJI TELUR
- 50 GM GULA KASTOR
- 40 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 1 SUDU KECIL TEPUNG SUSU DIAYAK
- 1 SUDU KECIL OVALETTE
- ½ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA

- 1 SUDU KECIL ESEN PANDAN
- SEDIKIT WARNA HIJAU
- 45 ML MINYAK MASAK

*** GUNAKAN LOYANG 14X10 INCI DAN GRIS SERTA ALAS DENGAN BAKING PARCHMENT. INGAT YERR TERLALU LAMA MEMBAKAR AKAN MEMBUAT KEK MUDAH PATAH ATAU RETAK BERJUTA HEHE. ***


BAHAN2 SNOW WHITE CHOCOLATE CREAM

- 80 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
- 50 GM CHOCOLATE PUTIH (COOKING CHOCOLATE)

CARA2NYA

1. CAIRKAN COKLAT PUTIH SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH CAIR KETEPIKAN.

2. PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN COKLAT PUTIH YG TELAH CAIR TADI KEDALAMNYA. PUKUL LAGI SEHINGGA SEBATI.


*** KALAU MEMASAK COKLAT PUTIH SECARA DOUBLE BOILER JGN MASAK TERLALU LAMA. JUST DIDIHKAN AIR TERDAHULU BARU LETAKKAN MANGKUK COKLAT DAN KACAU2 SELAMA 2-3 MINIT DAN ANGKAT. KETIKA NI COKLAT MASIH ADA YG BERKETUL2. TERUSKAN KACAU HINGGA COKLAT PUTIH CAIR SEPENUHNYA. ***


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA





CARA2 BUAT KEK

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 KECUALI MINYAK DAN PUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI KEMBANG PEKAT SELAMA 5-7 MINIT DENGAN KELAJUAN TINGGI.

2. SETELAH PEKAT MASUKKAN MINYAK MASAK TADI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA.

3. TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG YG TELAH DIGRIS DAN DI ALAS DENGAN PAPER TADI DAN RATAKAN.

4. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

5. SETELAH MASAK TERBALIKAN PADA KAIN SEPERTI DALAM GAMBAR. BAGI DUA DAN GULUNG DENGAN KAIN2 SEKALI. DI BIARKAN SEBENTAR DAN BUKA SEMULA GULUNGAN.

6. SAPUKAN KREM PADA KEK DAN GULUNG DENGAN KEMAS. BALUTKAN PLASTIK CLING DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA BEBERAPA JAM SEBELUM DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

8 comments:

  1. salam kek ni tahan lama ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...kalau letak dlm esbok lebih kurang seminggu laa

      Delete
  2. nampak jer dah terliur ni...nak try buat..thx sis

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumsalam put3...sgt detail resepi ni..tq ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello2 my frennn thks for dropping by...^__^..heyy c ya sooonnn hor...

      Delete
  4. Salam Put3, saya nak ucap terima kasih. Saya buat kek tapak kuda dari tunjuk ajar put3. Alhamdulillah jadi.
    Saya nak sangat bagi put3 something... Tapi tak tau macam mana nak hantar. Somwthing small, but a baker would appreciate. Hope u can contact me: ifah03@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii salam kembali dearr....alhamdulillah dah menjadi kek awak tahniah dearr Im hapi for u..ya Allah terimakasih laa dah ingat kat saya yg jauh nie...putri ikhlas berkongsi ilmu dearr n tak minta balasan tau so no worries ok...apa pun putri hargai sangat2 niat u dearr...I will email u ok...again terimakasih banyak atas ingatan mu...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...