Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Thursday, 10 October 2013

DURIAN MOUSSE CAKE

Nasib baik laa internet hari ni baik2 jerr line dia. Smlm tu tenat betul sakitnya then dengar news katanya ada kebakaran berlaku tu yg worldwide internet down. Pagi tu tak tau laa ok kerr tak line sbb putri tak sempat nak masuk walhal mmg dah bercadang nak share resepi ni tapi ada tetamu lak yg dtg. My gerl si Ira bawak kawan2 dia datang rumah katanya dorg buat visit rumah kerr rumah masing2 sbb dah nak abis sekolah rendah. Kira cam salam perpisahan gitu huhu. Tu yg awal pagi2 lagi putri buat persiapan...ekceli mmg biasa pagi2 buta masak sbb abang n kakak bawak bekal. Then tengahari letih tak sempat gak bukan fb terus tido jap rehatkan badan tapi tak kejap pun lama rasanya rehat muahahaha. Then ard 4pm cam tu mula perasan cam internet takde connection. Ingatkan kena restart kotak mio tu so buat laa beberapa kali pun sama. Sampai kan kakak balik try masuk inrternet pun tak dapat then dia terbaca news katanya ada kebakaran. So tunggu punya tunggu punya tunggu on laa tv nak bukan astro mio lak line tenat so tengok laa hindustan...cheyyy boringgggnyaaaa. Tekan sana sini wahhh stressnyaa citer takde yg menarik. Last2 pi dapur goreng popcorn chicken makan dengan ira sambil meratap pilu sbb takde internet hahahahaha. Sampai jam 12am sangat bingit terus on suria channel dengar radio MJ12 lagi best. On kat tv jerr...mmg kalau jam 12am rancangan tamat tapi line radio lak masuk kat tv tu. So dapat laa dengar citer seram...tu pun 1 jerr citer cheyyyy!!!! dari jam 12 lagu jerr masuk then 12.20am start bercerita seram. Tengah best2 dengar ishhhh iklan lagu lak masuk potong steam tul laa hehehe..then sambung semula. Tak abis lagi citer tu iklannnn lagggggiiii...stresssnyaaaa!!!! bila mau game satu citer ni. Tengok jam dah dekat pukul 1am baru 1 citer nak abis dah tv lak zzzzzzzzzz channel lost!!! walau ehhhh apa seyyy. Nak pi hal bukan radio SEGAN laa pulak sbb gelap wahahahaha. Last2 tido suaaaa...kecewa tul laa. So tu laa alkisahnya citer smlm...tragedi tul kan hehehe. Sori tau sbb kena dengar citer sensasi mak ni dulu.

Ok pasal kek ni tak banyak mak nak cakap mmg texture kek ni lembut. Apa yg putri amati dah mula semua resepi mereka cuba praktikan all in maksudnya semua bahan disatukan. Dengan kaedah sebegini lebh memudahkan kita untuk membuatnya. Kalau dulu kek selalu buat perangai...bantat...mendap dan mcm2 lagi laaa. Putri tak terkecuali mmg pernah melalui saat2 sebegitu. Takpe bak kata org belajar dari kesilapan. Kalau tak buat silap mcm mana nak pandai kan. So dalam process pembelajaran mmg kita kena lalui semua2 tu tuk berjaya. So dalam hal kek ni insyaAllah menjadi. Kombinasi kek dengan mousse durian masyaAllah menikam kalbu tau hehehe. Bagai pinang dibelah dua bagai pengantin dua sejoli gitu ekekekeke ni ibarat jerr tuk menggambarkan rasa kek tu. Apa2 pun korg kena try...tak try mmg bukan sajerr rugi malah kempunan 25 keturunan tau hahahaha.Jom laa sediakan hp tinggal petik jerr gambo...tak yah tulis2...lambat tulis2...zaman sekarang semua petik gambo jerr. Jgn lupa petik gambo mak sekali tau hehehe jom jom....

BAHAN2 KEK (GUNAKAN 2 LOYANG BULAT 10"INCI)


- 5 BIJI TELUR YG SEJUK
- 100 GM GULA KASTOR
- 80 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 50 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU BESAR OVALETTE
- 1 SUDU BESAR ESEN VANILA
- 150 ML MINYAK MASAK ATAU BUTTER DICAIRKAN

CARA2 KEK

1. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI MINYAK DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT.

2. MASUKKAN MINYAK DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA.

3. LOYANG DIGRIS DAN LETAK PARCHMENT BAKING PAPER. TUANG ADUNAN DAN BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

4. SETELAH KEK MASAK KLUARKAN DAN TERBALIKKAN LOYANG. BIAR IANYA SEJUK SEPENUHNYA.

5. SEMENTARA KEK DIBIARKAN SEJUK KITA BUAT DURIAN MOUSSE NYA.


BAHAN2 DURIAN MOUSSE

A
- 3 BIJI KUNING TELUR
- 10 GM GULA KASTOR

B
- 170 ML SUSU SEGAR
- 90 GM GULA KASTOR

C
- 180 GM ISI DURIAN DIHANCUR2KAN

D
- 15 GM GELATINE POWDER
- 80 GM AIR SUAM

E
- 220 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY

CARA2 DURIAN MOUSSE

1. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA RATA.

2. SATUKAN BAHAN2 B KEDLM PERIUK DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA SEHINGGA MENDIDIH DAN GULANYA LARUT LALU MATIKAN API DAN KETEPIKAN.

3. MASUKKAN BAHAN A TADI KEDALAM BAHAN B DAN KACAU HINGGA RATA.

4. MASUKKAN PULA BAHAN C IAITU DURIAN DAN KACAU RATA.

5. MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR SUAM DAN KACAU RATA HINGGA GELATINE LARUT. KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM BAHAN2 YG TELAH DISATUKAN DIATAS. KACAU HINGGA RATA.

6. ADUNAN DISEJUKKAN DIATAS MANGKUK AIR ICE DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) LIHAT GAMBAR

***MANGKUK YG BAWAH TU ISI AIR SEJUK DAN LETAK BEBERAPA KETUL ICE DIDALAMNYA. KEMUDIAN LETAK MANGKUK MOUSSE DIATASNYA LALU SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEKETIKA. ***

7. PUKUL WHIPPING CREAM DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN ADUNAN MOUSSE YG SEJUK TADI KEDALAM KREM DAN PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA SEBATI. MASUKKAN ADUNAN KEDLM PIPING BAG.

8. SEDIAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN DAN MASUKKAN 1 KEK LALU PIPEKAN MOUSSE DIATASNYA.

9. MASUKKAN SATU LAGI KEK DAN TEKAN2 SEDIKIT BIAR MAMPAT. PIPEKAN MOUSSE LAGI DIATAS KEK KEDUA MEMENUHI LOYANG DAN RATAKAN SEPERTI DALAM GAMBAR.

10. SEJUKKAN KEK BEBERAPA JAM SEBELUM DIPOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BAKE KING RECIPE 
OLAHAN : PUTERI MANJA









FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. assalamualaikum puteri..

    wah, sedapmya durian mousse cake tu..best nih kalau dapat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam my dear...mmg fav ni lalinkk kalau makan tak ingat org tau hehehee

      Delete
  2. putih mulus durian lagi my all favourite...bole try nanti thnks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...