Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Friday, 11 March 2016

OREO RAINBOW CHOCO CHEESE CAKE

Assalamualaikum. Harap semua dalam keadaan sihat2 yerr. Agak lama juga putri tak membaking disbbkan pekerjaan putri. Susah juga nak curi masa bila dah kena kerja lebih masa nie. Balik keje jerr dah lepak macam katak yg terdampar wahahahaha. Seriously kalau dulu keje sikit masa jerr tak laa penat mana pun but now sejak dah muda2 nie huhu penat dia mcm angkat kayu balak hokey hahaha penat giler2 seyy. Sampai kan dapur ku jarang berasap...aduhhh!!!! tangan pun dah naik keras tau. Nasib baik skill masih utuh gitu...yerr laa tu hahaha. Oh well sekurang2nya putri masih disini tau. Terimakasih kepada yg sudi lagi melawat blog usang putri nie. Wah diam tak diam my blog dah masuk tahun kerr 4 laa bulan nie. Hapi besday Blog hehehe. Lebih kurang 300 lebih resepi yg telah putri kongsikan disini. Thks pada teman2 dan anda3 yg disana yg telah membuatkan blog nie masih bernyawa hingga sekarang. Tanpa anda tak bermakna page nie sbb tu laa mak sayang kamu semua tau walaupun kita tak kenal. Anyway sempena hari lahir putri yg kerr dot3 hahaha rahsia laa sangat kannn ngeee so sempat laa putri curi masa mencuba resepi terbaru nie. MasyaAllah....rasa mcm nak pitam laa pulak bila makan kek rainbow cheese nie tau hehehe. Mak citer bukan main2 tau betul punya serious lalinkkk semua mak dah berapa kali rebah dah tadi hahaha then bangun balik sambung makan then rebah balik muahahaha mcm kena wrestling lak rebah2 bahahahahaha tapi betul laa tu rebah sambil mulut mengunyah2...haa dapat tak bayangkan? apa!! tak dapat bayangkan...alamakkk wasted tau mak citer panjang lebar sampai kering air liur mak tau wahahahaha. Apa pun korg kena cuba juga2 resepi nie tau...kalau tak cuba mmg tak dapat laa korg nak rasa rebahnyaa tu wahahahaha...so try naa jgn tak pulak hehehe...ok jom kita intip sikit belakang tabir ek tengok apa yg kita perlukan...jom jom...
Oh yerr lupa nak khabarkan yg resepi kek tapak kuda putri ada masukkan vd didalam ruangan resepi tersebut. Inshaa Allah sapa tau dimasa2 akan dtg akan ada lebih banyak vd cara2 putri membuat kek dan mungkin kukis. Doakan yerr moga putri sihat dan bole vdkan mana yg termampu inshaa Allah.



BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN 8")

BASE OREO
  • 110 GM OREO (TANPA CREAM)
  • 60 GM BUTTER DICAIRKAN

FILLING (RAINBOW PART)
A
  • 3 SUDU BESAR AIR BIASA
  • 1 SUDU BESAR GELATIN
B
  • 150 GM CREAM CHEESE
  • 1 SUDU BESAR GULA KASTOR
  • 100 GM WHIPPING CREAM (NON DAIRY-YG MANIS)
  • 200 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY-YG MANIS)
  • 100 GM WHITE CHOCOLATE

TOPPING GANACHE
  • 100 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY-YG MANIS)
  • 200 GM DARK CHOCOLATE (DI HIRING2 KASAR2)
  • 1 SUDU BESAR BUTTER (OPTIONAL)

*** PERHATIAN YERR KEK NIE TIDAK BOLE DIBIARKAN DI LUAR KERANA IA AKAN MUDAH CAIR. DIMAKAN KEK NIE SEJUK2 BARU SEDAP. ***



CARA2NYA BASE OREO
1. OREO DI BLENDER HINGGA HALUS DAN MASUKKAN BUTTER CAIR YG TELAH SEJUK TADI DAN GAUL HINGGA RATA.

2. MASUKKAN KERR DALAM LOYANG LOOSE BASE TIN DAN TEKAN2 OREO BIAR MAMPAT.

3. BAKAR SELAMA 8-10 MINIT PADA SUHU 170C BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DIBIARKAN SEJUK. SEMENTARA TU KITA BUAT FILLINGNYA.

*** TAK BAKAR PUN BOLE TAPI BAKAR LEBIH SEDAP DAN HARUM BAU OREO NIE. ***

CARA2 FILLING RAINBOW 

1. BAHAN A MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIAR KAN IA LARUT SENDIRI SELAMA 5 MINIT. ADA SEDIKIT YG TAK LARUT JADI GUNAKAN SUDU DAN KACAU GELATIN HINGGA HANCUR. KETEPIKAN

2. BAHAN B PUKUL CREAM CHEESE  DAN GULA HINGGA SEBATI. MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN PUKUL LAGI. SATUKAN BAHAN A YG TELAH LARUT TADI KEDALAM BAHAN B NIE DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI. KETEPIKAN.

3. BAHAN C PUKUL WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG BERTANDUK. CAIRKAN COKLAT PUTIH DALAM MICROWAVE SELAMA BEBEAPA SAAT. KLUARKAN DARI MICROWV DAN KACAU RATA. MASUKKAN COKLAT CAIR NIE KE DALAM WHIPPING CREAM TADI DAN PUKUL HINGGA RATA BERSATU.

4. SATUKAN ADUNAN B DAN C. PUKUL HINGGA SEBATI BERSATU. 

5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 4 BAHAGIAN SAMA RATA. LETAKKAN WARNA PILIHAN PADA SETIAP BAHAGIAN. 

6. SELANG SELIKAN WARNA2 NIE KE ATAS OREO TADI MENGIKUT CREATIVITI MASING2 DAN GOYANG2KAN SIKIT LOYANG SUPAYA ADUNAN SEKATA/RATA MENGELILINGI LOYANG. SEJUKKAN DALAM PETI SEJUK (NON FREEZER) SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH.

CARA2 TOPPING GANACHE

1. PANASKAN WHIPPING ATAS DAPUR DENGAN API YG KECIL SEHINGGA MENDIDIH DITEPINYA. MATIKAN API DAN MASUKKAN POTONGAN COKLAT KEDALAMNYA. KACAU SEHINGGA COKLAT LARUT. DIABIARKAN SEJUK SELAMA 15-20 MINIT.

2. TUANG COKLAT GANACHE NIE KE ATAS FILLING RAINBOW YG TELAH SEJUK TADI DAN MASUKKAN KEMBALI KEDALAM PETI SEJUK. BIARKAN KEK NIE SEJUK SELAMA 2 JAM ATAU LEBIH SEBELUM DIPOTONG. INGAT YERR PANASKAN PISAU SEBELUM MEMOTONG KEK CHEESE NIE.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER DAN OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...