Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 4 January 2016

NASI ARAB

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016 buat semua yg masih mengingati putri disini. Wahh kalau dihitung2 dekat berbulan2 juga putri tak updatekan blog nie sampai naik bersarang huhu. Perhaps mood tak berapa nak best sejak akhir2 2015. Mana lagi nak kejarkan hal keje luar dan keje umah plus buat kuih tempahan lagi...ishhh bz kannn. Anyway bukan alasan tau tapi betul2 banyak sangat hal nak kena settle. Macam2 dah berlaku sejak beberapa bulan lepas. Hanya 1 kejadian yg tak mungkin putri bole lupakan sampai bila2. Sebahagian dari putri seperti hilang bersama2 dengan kisah tu...haiii laaa tetiba sebak lak bila ingat kisah tu huhu. Oh well perhaps ada hikmah disebalik kejadian yg putri lalui. Harapnya tahun 2016 nie akan memberi sinaran cahaya bahagia buat putri dan buat teman2 semua juga inshaa Allah sama2 kita doakan yerr.

Oklaa nak citer sikit pasal resepi hari nie. Beberapa minggu lepas putri dapat kiriman dari seorg teman FB yg mengirim rempah MENDI Spices nie. Mula2 mcm pelik sbb tak pernah jumpa rempah camni....huhu jgn marah ek mak terus terang cakap mmg jakun dan terpinga2 juga nak buat camna dengan rempah nie. So bila tanya tuan yg mengirim rempah nie dia kata bole buat mcm2 dengan rempah nie termasuk buat NASI ARAB! mak pun huh...nasi arab...waduhh tak pernah lagi mak makan nasi nie apatah lagi nak mencubanya...ishh biar betik ek bole kerr menjadi. At 1st mcm tak yakin but then sbb teringin sangat nak merasa nasi nie so putri pun redah laa kakak google n tanya tuan yg kirimkan rempah nie apa resepinya. Kalau u guys tengok kat lelaman internet...fuhh terdapat banyakkkkk pilihan...dari yg mudah sampai laa yg heavy duty punya bahan....wahh naik menanah mata baca resepi2 dorg semua. Macam2 jenis ada tinggal pilih jerr mana yg berkenan dihati. Buat putri ofcoz laa nak yg senang jerr ngee...alaa bukan tak tau nak pi cari bahan2 pelik mana laa mak nie pakar kannn. Almaklum pertama kali buat so kita buat yg senang dulu dan lain kali bole laa buat yg over to the max lak bahan dia kann. Kena org rajin kalau nak try yg to the max punya bahan. Berapa ketui jerr yg rajin kan...putri nie tergolong dalam kumpulan yg setengah2 wahahahaha...apa seyyy. Alaa tak kisah laa yg penting dalam masakkan tu kena guna rempah Mendi nie baru rasa dia ada umphh! satu lagi trick dia dorg masukkan ketulan arang dalam nasi yg telah dimasak nie. Arang tu kena bakar sampai jadi bara dan letak dalam aluminum foil dan dibubuh tengah2 nasi. Menurut kata teman putri tuang minyak sikit atas arang nie kasi dia berasap tebal then cepat2 tutup periuk dan guna tuala tutup pulak periuk tu kasi asap tu terperangkap dalam nasi....haaa baru betul nasi arab. Putri rasa kan kalau putri buat gitu gerenti lebih sedap nasi arab tu tau. Sedangkan tak letak arang dah sedap makan tanpa lauk. Kalau ikutkan org arab lauk dorg macam2 tau. Mak buat lauk ikut tekak mak n family jerr huhu. Tau jerr laa kalau masak yg pelik2 kang nanti org2 dlm umah nie tak makan pulak sedangkan nasi arab pun anak2 kata mcm nasi beriyani hahahaha hawauuu betul muahahaha tapi cik hubby komen kata sedappp n siap bertambah2 lagi. Oklahh apa kata kita tengok bahan2nya...tak susah pun cuma kena ada rempah mendi tu jerr. Jom laa cuba buat sendiri mmg berbaloi. Oh yerr sebelum terlupa thks to Mimi..Lydia dan Asrul diatas perkongsian resepi mereka. 




BAHAN2NYA

AIR REBUSAN AYAM 
  • 1 EKOR AYAM - POTONG 4 DAN DICUCI BERSIH
  • ½ SUDU KECIL LADA HITAM (BIJI) - CUCI BERSIH
  • 1 SUDU KECIL BIJI KETUMBAR - CUCI BERSIH DAN DITUMBUK KASAR
  • 1 KEPING SUP BUNJUT
  • 1 INCI HALIA - DIHIRIS KASAR
  • 2 BIJI BAWANG BESAR - DIBELAH 8
  • 1 SUDU BESAR REMPAH MENDI
  • 1 SUDU BESAR GARAM
  • 1.5 L AIR (BERGANTUNG KEPADA BANYAK MANA BERAS BASMATI DIGUNAKAN)

CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS KEDALAM PERIUK.

2. MASAK BAHAN2 DENGAN API SEDERHANA BESAR SELAMA 15-20 MINIT.

3. KLUARKAN AYAM DAN TOSKAN.

4. TAPIS PULA AIR REBUSAN AYAM TADI DAN KETEPIKAN. KITA AKAN GUNAKAN AIR REBUSAN NIE UNTUK MASAK NASI NANTI. 



AYAM PANGGANG

BAHAN2NYA
  • 3 INCI HALIA
  • 3 INCI KUNYIT HIDUP (KALAU TAKDE BOLE JERR GUNA KUNYIT SERBUK SEBANYAK 2 SUDU BESAR)
  • 1 SUDU BESAR JINTAN MANIS 
  • 1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
  • 2 SUDU BESAR BIJI KETUMBAR
  • 1 SUDU BESAR GARAM
  • 2 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 1 SUDU BESAR MADU
  • 1 BIJI BAWANG BESAR
  • 6 ULAS BAWANG PUTIH



CARA2NYA

1. BLEND SEMUA BAHAN2 HINGGA HALUS.

2. GAUL RATA BAHAN2 PADA AYAM YG TELAH DIREBUS TADI. PERAPKAN AYAM SELAMA 2-3 JAM.

3. SEDIAKAN LOYANG DAN LAPISKAN DENGAN ALUMINIUM FOIL. 

4. SUSUN AYAM DALAM LOYANG DAN SAPUKAN SEDIKIT OLIVE OIL. BAKAR PADA SUHU 220C SELAMA 20-30 MINIT ATAU SEHINGGA KEKUNINGAN BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



NASI ARAB

BAHAN2NYA
  • 5 CAWAN BERAS BASMATI DICUCI BERSIH
  • AIR REBUSAN AYAM TADI DISUKAT MENGIKUT ARAS BERAS YG DIGUNAKAN
  • SEDIKIT KACANG KAJUS YG TELAH DIGORENG ATAU DIPANGGANG (OPTIONAL)
BAHAN2 TUMIS
  • 2 BIJI BAWANG BESAR - BLEND HALUS
  • 4-5 ULAS BAWANG PUTIH - BLEND HALUS
  • ½ INCI HALIA (OPTIONAL) - BLEND HALUS
  • 1 BIJI BAWANG DIHIRIS2
  • 1 BATANG KAYU MANIS
  • 1 KETUL BUNGA LAWANG
  • 2 BIJI BUAH PELAGA
  • 2 BIJI BUNGA CENGKIH
  • 2 SUDU BESAR REMPAH MENDI
  • 2 SUDU BESAR MINYAK SAPI
  • 1 SUDU KECIL GARAM @ SECUKUP RASA


CARA2NYA

1. MASUKKAN BERAS YG TELAH DICUCI BERSIH KE DALAM PERIUK NASI DAN KETEPIKAN.

2. PANASKAN MINYAK SAPI DI DALAM KUALI DAN MASUKKAN KAYU MANIS, BUNGA LAWANG, CENGKIH DAN BUAH PELAGA. KACAU SAMPAI NAIK BAUNYA.

3. MASUKKAN PULA HIRISAN BAWANG DAN KACAU HINGGA BAWANG LAYU DAN BERTUKAR WARNA (JGN HANGUS EK),

4. MASUKKAN PULA BAHAN2 BLEND DAN KACAU HINGGA GARENG DAN NAIK BAUNYA.

5. AKHIR SEKALI MASUKKAN REMPAH MENDI DAN KACAU RATA HINGGA GARENG DAN NAIK BAUNYA. BUBUH GARAM SECUKUPNYA. BOLE MASUKKAN SEKALI GAJUS JIKA MAU.

6. MATIKAN API DAN TUANGKAN KEDALAM PERIUK NASI YG BERISI BERAS TADI BERSAMA2 DENGAN AIR REBUSAN AYAM.

7. ON KAN PERIUK NASI DAN TUNGGU HINGGA MASAK. SETELAH NASI MASAK GAUL HINGGA RATA. KALAU NAK BUBUH WARNA DALAM NASI PUN BOLE TERPULANG KEPADA MASING2. SIAP TUK DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : LYDIA HONEY, ASRUL , RMS BENHADRIA(MIMI)
OLAHAN : PUTERI MANJA









FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...