Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday, 21 March 2016

FRENCH MACARONS 2016




Assalamualaikum bertemu sekali lagi diruangan blog putri nie. Seperti yg putri janjikan kelmarin....haa nie dia resepi serta vd MACARONS PUTRI STYLE. Haa tu dia siap buat vd lagi tau. Tu pun sbb ramai permintaan nak tengok mcm mana cara putri buat macarons. Sesungguhnya yerr putri mmg tak pro tau tapi setakat berkongsi ilmu bole laa tunjuk sikit2. Putri tau banyak yg teringin nak mencuba resepi macarons nie. Seperti yg kita ketahui mak aron nie mmg ada rewelnya semua bergantung pada cara kita mengendalikan adunan mak aron nie. Putri dah sedaya upaya cuba yg terbaik tuk memberi tip2 tapi semua tetap bergantung pada tangan kita masing2. Ingat tau jgn pernah rasa kecewa hanya kerana tidak menjadi. Kita kena berusaha beberapa kali untuk dapatkan hasil yg cemerlang. Putri pun tak terkecuali...pernah kecewa banyakkkkk kali tau tapi tetap tak putus asa. Putri tanamkan sifat "saya tahu saya bole lakukannya tapi saya harus berusaha lagi!!." Putri perbanyakkan membaca dan menonton setiap vd macarons yg berbeza2. Ternyata yg satu nie jerr laa yg telah membuat macarons putri semakin menjadi2 dan dengan itu putri ingin berkongsi segalanya tentang macarons nie kepada anda dengan sebaik mungkin...kiranya all out laa semua tenaga penat lelah semua putri gadai tau hehehehe. Harap2 dengan adanya tip2 dan VD macarons nie, dapat laa kiranya teman2 semua sudi nak mencuba resepi dari blog putri nie. Moga macarons anda juga menjadi2 seperti macarons putri....teruskan mencuba dan jgn pernah mengalah....kipidap otey!!!! jom kita semak hutan tuk dapatkan resepinya yerr hehehe...jom jom...






BAHAN2NYA
  • 180 GM GULA ISING (GULA SERBUK) DIAYAK
  • 110 GM SERBUK BADAM DIAYAK
  • 90 GM PUTIH TELUR YG SEJUK
  • 70 GM GULA KASTOR
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA


*** PERHATIAN YERR...PUTRI GUNAKAN PUTIH TELUR YG TELAH DISEJUKKAN(DISIMPAN) SELAMA BEBERAPA HARI DLM PETI SEJUK. PUTRI PERNAH CUBA BEBERAPA KALI GUNA TELUR PADA SUHU BILIK TAPI TIDAK MENJADI. SEMUA YG TERTULIS ADALAH MENGIKUT CARA PUTRI SENDIRI SETELAH DIUJI KAJI BERPULUH KALI.***















CARA2NYA

1. AYAK GULA ISING. DI IKUTI PULA DENGAN SERBUK BADAM. PASTIKAN TIADA GUMPALAN PADA SERBUK BADAM. SEKIRANYA ANDA BIMBANG AKAN BERKURANGNYA SEBUK BADAM DISBBKAN GUMPALAN TERSEBUT, SERBUK BADAM BOLE LAH DI AYAK TERDAHULU KEMUDIANNYA DITIMBANG.

2. KACAU RATA PADA KEDUA2 BAHAN AYAK TADI DAN KETEPIKAN.

3. DI DALAM MANGKUK PEMUKUL, PUKUL PUTIH TELUR DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 1-2 MINIT SEHINGGA KELIHATAN BERBUIH PEKAT.

4. MASUKKAN GULA KASTOR SAMBIL TERUS MEMUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 2-3 MINIT. PASTIKAN TELUR KEMBANG BERTANDUK DAN BILA DITERBALIKKAN TIDAK JATUH. ADUNAN KELIHATAN BERKILAT.

***PERINGATAN YERR JGN TERLEBIH MEMUKUL SEHINGGA MENGAKIBATKAN PUTIH TELUR MENJADI SEKETUL2. INI AKAN MEMBUAT PERMUKAAN MACARON AKAN RETAK SERIBU. HATI2 KETIKA MEMUKUL PUTIH TELUR.***

5. MASUKKAN PULA ESEN VANILA DAN PUKUL LAGI DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5 SAAT. ADUNAN MASIH LAGI KEMBANG BERTANDUK.

***BERGANTUNG KEPADA MIXER MASING2. KALAU YG BERKUASA RENDAH MUNGKIN PERLU MEMUKUL LEBIH LAMA SEDIKIT.***

6. MASUKKAN ADUNAN YG TELAH DIAYAK BERSAMA TADI KE DALAM PUTIH TELUR SEBANYAK 5 SUDU BESAR. KITA AKAN BUAT 3 KALI MASUK. 

7. GUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA DAN KAUP BALIK ADUNAN SELAMA LEBIH KURANG SEMINIT.

8. ULANG PROCESS YG SAMA SEHINGGA YG KE 3 KALI. BOLE LIHAT VD SEBAGAI RUJUKKAN. ADUNAN SAAT NI KELIHATAN SEPERTI LAVA.


9. ASINGKAN KEPADA 2 BAHAGIAN DAN WARNAKAN DENGAN WARNA PILIHAN MASING2 PADA KEDUA2 BAHAGIAN TADI(PUTRI GUNAKAN SERBUK PEWARNA).

10. KAUP BALIK BEBERAPA KALI SELAMA 1-2 MINIT SEHINGGA WARNA SEKATA. INGAT YERR JGN SAMPAI ADUNAN MENJADI TERLALU CAIR. BOLE LIHAT VD SEBAGAI RUJUKKAN.

11.  KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM PIPING BAG. KALAU NAK GUNA NOZZLE PUN BOLE YERR TERPULANG PADA MASING2.

12. PIPEKAN KE ATAS LOYANG YG TELAH DI ALAS DENGAN PARCHMENT PAPER. SIZE BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK MASING2. BOLE LAKARKAN PADA KERTAS MENGGUNAKAN DUIT SILING 50 SEN JIKA ANDA MAHU SEBAGAI PANDUAN.

13. HENTAKAN LOYANG BEBERAPA KALI DI ATAS MEJA BAGI MENGELUARKAN ANGIN DALAM ADUNAN. GUNAKAN PENGOREK GIGI (TOOTH PICK) BAGI MEMECAHKAN LEBIHAN ANGIN/BUIH YG TIMBUL.

*** SEKIRANYA ANDA LIHAT ADA BUIH YG TIMBUL DAN ANDA TIDAK MEMECAHKANNYA, BAHAGIAN YG BERBUIH AKAN BERLUBANG SELEPAS DIBAKAR. MACARONS ANDA AKAN KELIHATAN BERLUBANG BAGAI JERAWAT NANTI...HEHEHE.***

14. BIARKAN ADUNAN KERING SELAMA SEJAM. KALAU TIDAK KERING2 SELAMA LEBIH 2 JAM...NAMPAKNYA ADA KESILAPAN DALAM MEMBUAT MACARONS ANDA. 

*** BIASANYA 40 MINIT ADUNAN PUTRI AKAN KERING KESELURUHANNYA. BILA PEGANG ADUNAN TIDAK MELEKAT PADA JARI. BERMAKNA ADUNAN SEDIA UNTUK DIBAKAR. ***

15. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 150C SELAMA 15-18 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. (PUTRI BAKAR SELAMA 25 MINIT SBB MAHUKAN MACARON YG GARENG)

*** PERHATIAN YERR SEKIRANYA ANDA BAKAR LEBIH LAMA, WARNA MACARONS TIDAK AKAN KELIHATAN CANTIK TAPI TEXTURE NYA AKAN GARENG DAN SEKIRANYA ANDA KURANG MEMBAKAR LAMA, WARNA MACARON KELIHATAN CANTIK TAPI RASANYA PULA AGAK KENYAL (CHEWY)....JADI TERPULANG PADA PILIHAN MASING2 YERR. MINIT YG DISYORKAN ADALAH 15 MINIT. ***

16. SEJUKKAN ADUNAN SEBELUM MEMAIPKAN NUTELLA. ADUNAN BOLE TAHAN SELAMA LEBIH 2 BULAN DALAM BOTOL KEDAP UDARA. KALAU BOLE JGN SIMPAN TERLALU LAMA SBB RASANYA AKAN BERUBAH SEDIKIT.

SELAMAT MENCUBA !!!
CREDIT TO RAIZA NY
OLAHAN/DISUSUN SEMULA : PUTERI MANJA























FOR THIS RECIPE 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...