Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 4 June 2014

RAINBOW CREPE CAKE

Salam buat semua teman2 yg disayangi. Lama betul putri tak masukkan N3 kat blog putri ni kan. Yerr laa bz sikit sbb putri menjaga mak yg baru sajerr abis operation cataract. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mak semakin membaik. Zaman sekarang ni serba canggih dah tak payah nak tunggu lama tuk berpantang. Tak mcm dulu sampai sebulan baru bole mandi....fuhhh dah nak ikut badak n lembu punya rasmi tak payah mandi muahahaha. Sib baik laa semuanya ok tu yg dapat buat crepe ni. Teringin sangat nak buat dari ari tu lagi so terlaksana jua hasrat ku ini. Mmg best rainbow crepe kali ni sbbnya dia berwarna warni so dia mcm kasi mood makan naik gitu hahahaha. Yerr laa kan kalau plain jerr mmg tak menarik nak memakannya. Sedangkan kajian menunjukkan sebilangan warna memainkan peranan dalam membuat nafsu makan kita meningkat....yerr kerrr?? yerr laa tu kot hahahaha. Anyway mmg ada betulnya kalau kita pikir2kan...bila sesuatu tu nampak dah menarik tu yg buat kita nak merasa dan nak tau cam mana rasanya kan. Haa oleh itu mulai saat ni semua masakkan kita warna warnikan ek ngeee. Ok laa u aollss jom laa try buat crepe rainbow ni dan kalau makan tu ingat laa mak kat sini yerr...jom kerr dapur putri jom jom.



BAHAN2 MILLE CREPE
  • 140 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
  • 20 GM TEPUNG JAGUNG
  • 80 GM GULA KASTOR
  • 500 ML SUSU SEGAR
  • 30 GM BUTTER CAIR/MINYAK
  • 4 BIJI TELUR
  • SECUBIT GARAM
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA

*** PERHATIAN YERR KALAU NAK BUAT SETINGGI YG PUTRI BUAT KENA LAA DOUBLEKAN ADUNANNYA. PUTRI BUAT DOUBLE DAN SATU WARNA DAPAT 7 KEPING. ***


BAHAN2 SNOW WHITE CHOCOLATE CREAM 
  • 200 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY(MANIS PUNYA)
  • 80 GM WHITE CHOCOLATE DICAIRKAN 

*** BAHAN2 KREM PUN SAMA YERR KALAU BUAT CREPE DOUBLE MAKA KREM PUN KENA LAA DOUBLEKAN. ***



CARA2 CREPE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2  CREPE DALAM BLENDER DAN BLEND SELAMA 1-2 MINIT. 

2. KLUARKAN DAN PERAP DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA 30 MINIT. 

3. KLUARKAN DARI PETI SEJUK DAN BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 4 BAHAGIAN. WARNAKAN SETIAP SATU BAHAGIAN DENGAN WARNA PILIHAN ANDA DAN BOLE LAA MULA MEMASAKNYA.

4. PANASKAN KUALI LEPER MON STICK DAN RATAKAN SEDIKIT MINYAK MENGGUNAKAN BRUSH TAHAN PANAS DISEKELINGNYA.

5. MASUKKAN 1 SENDUK ADUNAN CREPE KEDLM KUALI DAN RATAKAN DENGAN MELENGGANGKANNYA KELILING KUALI.

6. BILA TEPI2 ADUNAN KELIHATAN BERTUKAR WARNA, CEPAT2 ANGKAT DAN KIKIS TEPI2NYA DENGAN SUDIP. DENGAN MENGGUNAKAN JARI TARIK SEDIKIT SAHAJERR TEPINYA DAN LANGSUNG TERBALIKKANNYA DIATAS PINGGAN. JGN TARIK BANYAK2 NANTI ADUNAN AKAN MUDAH KOYAK. BIAR DIA JATUH SENDIRI ATAS PINGGAN.

7. SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN DALAM KUALI PASTIKAN KUALI DI OLESKAN SEDIKIT MINYAK. BUAT SEHINGGA HABIS DAN SEJUKKAN

8. PASTIKAN CREPE BETUL2 SEJUK SEPENUHNYA BARU BOLE MULA MELAPIS CREPE DENGAN SNOW WHITE COKLAT KREM. PUTRI SAPU NIPIS SETIAP LAPISAN. SEKIRA SUKA SAPU TEBAL SEDIKIT MAKA LEBIHKAN SIKIT MASA MEMBUAT KREMNYA.



CARA2 SNOW WHITE CHOCOLATE CREAM

1. CAIRKAN COKLAT DAN KETEPIKAN. PUTRI GUNA MICROWAVE TUK CAIRKAN PUTIH COKLAT....LEBIH CEPAT DAN MUDAH.

2. PUKUL WHIPPING CREAM HINGGA BERTANDUK DAN MASUKKAN COKLAT PUTIH. PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA SEBATI BERSATU.

3. MASUKKAN SEBENTAR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA 20 MINIT SEBELUM MENGGUNAKANNYA.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN: PUTERI MANJA
















FOR THIS RECIPE 


4 comments:

  1. mak aiiii punya lah mengancam crepe ni...nak mkn pun syg...sngt shantek

    ReplyDelete
    Replies
    1. thks dearr...tu laa mmg nak makan pun sayang tapi makan juga laa hehehe...

      Delete
  2. Replies
    1. bukan sajerr nampak sedap tapi mmg terbaik rasa dia tau hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...