Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 19 May 2014

ALMOND SALTED CARAMEL MILLE CREPE

Salam buat teman semua. Sori laa putri tak sempat nak update NT3 ni sampai laa ari ni. Maklumlaa kurang sihat. Anyway bagi yg nak mencuba resepi ni bole laa mencubanya yerr. Tak laa perfect cam yg terjual dikedai tu kannn huhu. Lagi pun putri tak pernah rasa benda ni setakat dapat info dari kawan2 ttg adanya terjual benda ni. Kat sini mmg laa takde jual benda ni. Tak tau laa dia sapu apa kan pada setiap crepe. Putri lak gunakan 100 peratus caramel so mmg laa berair cam banjir gitu muahahaha. Oh well nak sapu benda lain mmg tak klik laa dah nama pun salted caramel so kita guna jerr laa caramel kan. Korg perlu tau satu jerr...mmg TERLAJAK SEDAP otey hahaha ayat sapo laa tu hehehe. Putri dah sedaya upaya mengubah cara2 memasak caramel ni. Payah gak nak dapatkan suhu caramel ni...kalau keras sikit jerr payah nak sapu pada crepe so putri agak2 laa buat ikut cita rasa putri ni. Apa yg best caramel ni mmg dah cukup lazat dan sedap sangat2 rasa dia...cuma tu laa tak bole nak keraskan dia. So kalau dia berair ditepi2 tu biasa laa...nama pun caramel kann hehehe. Dnt wori bole simpan dalam peti sejuk dan dia tetap tak keras tau. Ok laa jom kita jeling resepinya ek jom jom...




BAHAN2 MILLE CREPE
  • 140 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
  • 20 GM TEPUNG JAGUNG
  • 80 GM GULA KASTOR
  • 500 ML SUSU SEGAR
  • 30 GM BUTTER CAIR/MINYAK
  • 4 BIJI TELUR
  • SECUBIT GARAM
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA

BAHAN2 CARAMEL
A
  • 270 GM GULA PASIR
  • 80 ML AIR
  • 300 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 100 GM BUTTER DIPOTONG2
  • ½ SUDU KECIL GARAM
B
  • 100 ML AIR MASAK
C
  • 60 GM BADAM HIRIS DIBAKAR SELAMA 5 MINIT

*** BUTTER TAK PERLU TUNGGU LEMBUT JUST POTONG2 KAN DADU DAN KETEPIKAN. ***



CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2  CREPE DALAM BLENDER DAN BLEND SELAMA 1-2 MINIT. 

2. KLUARKAN DAN PERAP DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA 30 MINIT.

3. SEMANTARA TU KITA BUAT CARAMEL.

4. SATUKAN BAHAN2 A KEDLM PERIUK NON STICK DAN KACAU ATAS API YG SEDERHANA BESAR SEHINGGA BERBUIH2 DAN GULA BERTUKAR WARNA KECOKLATAN SELAMA 8-10 MINIT.

5. MASTIKAN API DAN MASUKKAN BUTTER DAN GARAM. KACAU CEPAT SEHINGGA ADUNAN SEBATI DAN MENJADI PEKAT. KETEPIKAN.

6. KITA BUAT MILLE CREPE KITA PULAK.

7. PANASKAN KUALI LEPER MON STICK DAN RATAKAN SEDIKIT MINYAK MENGGUNAKAN BRUSH TAHAN PANAS DISEKELINGNYA.

8. MASUKKAN 1 SENDUK ADUNAN CREPE KEDLM KUALI DAN RATAKAN DENGAN MELENGGANGKANNYA KELILING KUALI.

9. BILA TEPI2 ADUNAN KELIHATAN BERTUKAR WARNA, CEPAT2 ANGKAT DAN KIKIS TEPI2NYA DENGAN SUDIP. DENGAN MENGGUNAKAN JARI TARIK SEDIKIT SAHAJERR TEPINYA DAN LANGSUNG TERBALIKKANNYA DIATAS PINGGAN. JGN TARIK BANYAK2 NANTI ADUNAN AKAN MUDAH KOYAK. BIAR DIA JATUH SENDIRI ATAS PINGGAN.

10. SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN DALAM KUALI PASTIKAN KUALI DI OLESKAN SEDIKIT MINYAK. BUAT SEHINGGA HABIS.

11. BERBALIK KEPADA ADUNAN CARAMEL YG KETIKA INI SUDAH MULAI MENGERAS.

12. TAMBAHKAN 100 ML AIR MASAK KEDLM PERIUK CARAMEL TADI DAN KACAU ATAS API SEDERHANA BESAR SEHINGGA CARAMEL CAIR SEMULA SELAMA 3-5 MINIT. AGAK2 DAH CAIR BOLE MATIKAN API TAK PERLU TUNGGU LAMA2.

13. PLS TAKE NOTE YERR ADUNAN AKAN BERAIR DI SEKELING CREPE SO SEDIAKAN LOYANG DAN JARING. BOLE LAA MULA SAPU CARAMEL DIATAS CREPE SELAPIS DEMI SELAPIS SEHINGGA HABIS.  

14. LAPISAN TERAKHIR MASUKKAN KACANG BADAM KEDLM LEBIHAN CARAMEL TADI DAN GAUL RATA. SAPUKAN BADAM TADI DIATAS CREPE. MASUKKAN ADUNAN DALAM FREEZER SELAMA 30 MINIT DAN KLUARKAN SIMPAN PULA DALAM PETI SEJUK BIASA(NOT FREEZER) SELAMA 1-2 JAM. BOLE LAA DIHIDANGKAN

*** PUTRI MENGGUNAKAN 100 PERATUS GULA CARAMEL TUK MELAPISKAN CREPE. U GUYS BOLE JERR GUNAKAN BAHAN LAIN BAGI MELAPISKANNYA. YG PASTI ADUNAN CARAMEL TIDAK BOLE KERAS SBB NANTI PAYAH NAK SAPU ATAS CREPE. *** 


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER CREPE : AZLITA AZIZ
 OLAHAN : PUTERI MANJA





















FOR THIS RECIPE


8 comments:

  1. menggodanya caramel crepe tu..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr ni putri buat lagi crepe tapi crepe rainbow lak hehehe...

      Delete
  2. perghhh.. baru haritu try crepe yg biasa punyaa... kalau dah kreatif tu.. semua boleh jadi kan..
    teen top!!!!!! feveret2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe my dearr ayat u buat putri tergelak tau hehehe teentop babe jgn main2 tau hehehe...crepe ni bole pelbagaikan...mmg terbaik laa...kali ni putri try buat rainbow lak...

      Delete
  3. alahai....meleleh2 kuah mille crepe tu Manja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasal dearrr kalau filling dia pekat tak bole sapu kat crepe keras sudah so kalau guna caramel sepenuhnya mmg gitu lalinkkk dia banjir sudah hehehe...tapi lepas u masuk peti sejuk dia agak stable sikit...pastikan caramel dah betul2 kering sikit dari banjirnyaa hehehe...kalau tak u kena guna caramel bahagian atas jerr laa then dalam tu u pakai lain pun bole...ni putri guna sepenuhnya caramel so mmg meleleh2 but I likeee hehehe....

      Delete
  4. selalu teringin nak merasa mille crepe ni. nanti bila2 nak singgah klcc la try testtt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena rasa sbb crepe ni sangat2 sedap tau...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...