Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Sunday, 29 June 2014

OREO BLUEBERRY YOGURT CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam RAMADHAN buat semua teman2 cayang. Wah diam tak diam dah masuk bulan puasa pula. Cepat betul masa berlalu...tahun ni mmg putri sangat2 bz. Nak share dan masukkan N3 mmg terhad masa putri laa. Hope teman2 semua paham laa situasi putri yg super bz ni...huhu. Sampai kan nak share resepi biskut pun tak sempat2....aduhhh. U guyss tak marah kan kan...kalau marah nanti kena lelong tau hehehe. Anyway sebelom putri nak menceritakan prihal kek blueberry ni...putri nak selitkan sedikit luahan hati seorg warga emas dalam ruangan kali ni. Jom kita baca sedikit kisahnya di sini...

"Dengar laa rintihan Tok Ngah, warga emas yg mempunyai lebih 20 org anak saudara (lelaki dan perempuan) yg disayangi. Tok Ngah bangga dengan kejayaan mereka yg telah menggenggam segulung ijazah dan ada yg sedang meniti menara gading. Alhamdulillah dalam kegembiraan melihat mereka semua, salah seorg daripada mereka telah mengguris hati Tok Ngah. Tak sangka pula dia sanggup memberitahu kawan2nya di internet dengan kekata "AKU TAK SUKA PABAK AKU NAK BAWAK MAK SEDARA AKU TU KE MAJLIS AKU NAK AMBIL SIJIL NANTI!!"....Rupanya dia cuma pura2 sayangkan Tok Ngah macam sepupu2nya yg lain. Sebak dan hancur hati Tok Ngah bila dapat tau apa yg telah diperkatakan. Fikirkan laa jika anda berada ditempat Tok Ngah, apa nak buat!"....kata2 dari warga emas ni terhenti hanya setakat itu sahajerr. Putri dapat mendengar setiap baris kata2nya dengan nada sebak menahan air matanya. Dia tak meneruskan berbualannya dan hanya setakat tu sajerr yg dia luahkan pada putri. Putri menghormatinya dan tidak bertanyakan apa2 sbb putri tau kalau putri tanya lebih banyak akan terjurai jua air mata yg ditahannya dari awal perbualan. Aduhaiiii teman2 semua...sama2 laa kita saling mengingati sesama sendiri yerr. Jgn pernah lupa diri mahu pun bangga diri...tak elok sikap cam tu. Jgn ingat kita dah terlalu pandai terlalu berjaya dan kita tak perlukan org2 tua ni. Tanpa doa mereka belum tentu kita bole berjaya sampai menara gading. Terutama sekali kalau kita pernah menerima bantuan dari org lain dan bila dah berjaya kita terus lupa asal usul masa kita susah dulu. Harap2 laa anak buah Tok Ngah sedar dan segera minta maaf padanya. Buat Tok Ngah...tabahkan hati kuatkan semangat menerima segala dugaan ini. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Ok laa kita berbalik kisah kek kita ni yerr....kek kali ni mmg patut kita cuba sbbnya kek kali ni putri kurangkan cheesenya dan letak yogurt serta coklat putih didalamnya...mmg terbaik. U guys kena cuba buat baru tau lazatnya sampai terpekik2 histeria tau muahahaha. Oh well kalau tak terpekik2 pun kompem menangis air mata darah tau hahaha. Must try tau...kalau tak sure mak bantai korg ek hehehe gurau jerr...anyway u aollss cuaca yg panas terik camni laa kalau buat kek ni mmg LAYAN beb. So apa lagi tunggu jom laa cuba buat....jom jom.




BAHAN2NYA GUNA LOYANG LOOSE BASE TIN 7"INCI

 BASE
  • 110 GM BISKUT OREO (DALAM 30 KEPING TANPA CREAM) DIKISAR HALUS
  •  60 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEPENUHNYA



FILLING


A
  •  1 SUDU BESAR GELATIN
  •  2 SUDU BESAR AIR 
  •  100 GM BLUEBERRY JAM (KALAU TAKDE BOLE JERR GUNA BLACKCURRANT JAM)
  • SETITIK DUA WARNA BLUEBERRY

B

  •  80 GM CREAM CHEESE
  •  1 SUDU BESAR GULA KASTOR
  •  40 GM WHIPPING CREAM (PUTRI GUNA NON DAIRY PUNYA)
  • 100 GM YOGURT BLUEBERRY
  • 70 GM COKAT PUTIH (DICAIRKAN..PUTRI GUNA MICROWAVE TUK CEPAT CAIRKAN COKLAT PUTIH)

C

  • 120 ML NON DAIRY WHIPPING CREAM



TOPPING

A
  • 1 SUDU BESAR GELATIN
  • 2 SUDU BESAR AIR

B

  • 80 GM BLACKCURRANT JAM (JGN GUNA JAM BLUEBERRY DLM TOPPING NANTI JAM BERKETUL2 DAN PERMUKAAN TOPPING TAK RATA)
  • 70 GM AIR 
  • SETITIK WARNA BLUEBERRY



CARA2 BASE

1. OREO DI BLENDER HINGGA HALUS DAN MASUKKAN BUTTER CAIR YG TELAH SEJUK TADI DAN GAUL HINGGA RATA.

2. MASUKKAN KERR DALAM LOYANG LOOSE BASE TIN DAN TEKAN2 OREO BIAR MAMPAT. 

3. BAKAR SELAMA 10 MINIT PADA SUHU 170C BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DIBIAR SEJUK SEDIKIT DAN MASUK DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER). OK NOW SEDIAKAN BAHAN2 LAIN.


CARA2 FILLING

1. BAHAN A MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIAR KAN IA LARUT SENDIRI SELAMA 5 MINIT. ADA SEDIKIT YG TAK LARUT JADI GUNAKAN SUDU DAN KACAU GELATIN HINGGA HANCUR. KETEPIKAN

2. JAM BLUEBERRY DAN PEWARNA DIMASAK SECARA DOUBLE BOILER (MACAM MASAK COKLAT CAIR) HINGGA JAM CAIR DAN AGAK BERKETUL2 SEDIKIT DISBBKAN ADA BUAH BLUEBERRY DALAM JAM TU...SO TAKPE BIARKAN JER. DAH CAIR MASUKKAN GELATIN TADI DAN KACAU2 IANYA HINGGA SEMPURNA BERSATU. MATIKAN API DAN DI BIAR SEJUK SEPENUHNYA.

3. BAHAN B CREAM CHEESE DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG BERKREM. MASUKKAN WHIPPING CREAM, YOGURT DAN COKLAT PUTIH. PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA TERGAUL RATA.


4. MASUKKAN BAHAN GELATIN YG TELAH SEJUK TADI KERR DALAM BAHAN B DAN PUKUL HINGGA RATA. KETEPIKAN.

5. DALAM BEKAS LAIN BAHAN C IAITU WHIPPING CREAM DI PUKUL HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

6. SATUKAN ADUNAN CHEESE TADI KEDALAM BAHAN C DAN PUKUL HINGGA SEMUA TERGAUL RATA. TAK PERLU LAMA2.

7. TUANG ADUNAN FILLING KE DALAM LOYANG OREO YG TELAH DISEJUK TADI. BEKU KAN SELAMA 10 MINIT DALAM FREEZER DAN KLUARKAN ADUNAN DARI FREEZER DAN MASUKKAN PULA KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).



CARA2 TOPPING

1. MASUKKAN GELATIN DALAM AIR DAN BIARKAN IANYA LARUT SENDIRI SELAMA 5 MINIT DAN KACAU2 IANYA HINGGA RATA.

2. BAHAN B, CAIRKAN JAM DULU SECARA DOUBLE BOILER, SETELAH JAM CAIR MASUKKAN AIR. KACAU2 IANYA DAN BIAR MASAK SEKETIKA.

3. MASUKKAN PULA GELATIN YG TELAH LARUT TADI KEDALAM BAHAN B DAN KACAU2 HINGGA RATA. MATIKAN API DAN DIBIARKAN SEJUK SELAMA 30 MINIT.

4. SETELAH SEJUK TUANGKAN ADUNAN TOPPING NI KEATAS CHEESECAKE YG TELAH KERAS SEDIKIT. TUANG PERLAHAN2.

5. BEKUKAN SELAMA 10 MINIT DALAM FREEZER. SETELAH 10 MINIT KELUARKAN DAN MASUKKAN PULAK KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) DAN SEJUKKAN SELAMA 4-5 JAM SEBELUM DIHIDANGKAN. MASA NAK KLUARKAN CHEESE KEK NI KIKIS TEPI LOYANG SEBELUM TOLAK KELUAR KEK NI YERR.


SELAMAT MENCUBA!!!

OALAHAN : PUERI MANJA









FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...