Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 18 February 2014

THE ZON ALL SUITES TO DEWAN MERAK KAYANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman2. Ruangan kali ni beralih pula pada percutian putri pada hujung minggu lepas. Putri sekeluarga telah kerr KL untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan disana. Tarikh perkahwinan telah kami ketahui sejak awal beberapa bulan lagi so kita pun sempat laa booked Hotel dan booked Coach. Hotel pilihan kali ni adalah THE ZON ALL SUITES RESIDENCES. Bilik yg kami tempah 2 Bedroom Deluxe Suite - Dinning & Living Room With Kitchen plus sarapan pagi percuma tuk 4 org. Ruangan seluas 140sq-meter dan mempunyai 2 bilik tido berasingan dengan bilik air setiap satu. Fuhh selamat ada 2 bilik air tau tak laa berebut2 bila ada yg sakit perut kann kalau tak terpekik2 bercakaran dibuatnya muahahahaha bole gitu. Hidangan sarapan pagi bole tahan laa. Ada roti, kek, bubur, nasi lemak, nasi goreng lauk ayam, sosej, jagung, kentang dan ntah apa2 lagi laa hehehe. Anyway kami tido semalaman jerr kat hotel ni...rugi kan huhu. Apa nak buat lagi pun masing2 kena keje hari isninnya dan ira pun kena sekolah sbb ada peperiksaan so mmg tak bole laa nak stay lama kat KL. Kami pun tak dapat nak survey2 atau shopping2 around that area yg berdekatan dengan KLCC. Masa terlalu terhad buat kami...sampai Hotel pun dah ptg sangat dah nak siap2 kerr Majlis pulak. Nak siap2 pun kena awal2 maklum laaa ada 3 dara nak dihiaskan ni hehehe. Ni laa pertama kalinya kami kerr Majlis yg diadakan di DEWAN MERAK KAYANGAN. Setelah sekian lamanya tak jumpa sedara mara terutamanya dari KUANTAN...di majlis ni laa kami dapat berjumpa beramah mesra. Seronok tak terkata walaupun tak semua org Kuantan turun dan dapat laa bergambar sebagai kenangan. Ok laa jom kita tengok gambar2 di sekitar Hotel Zon dan gambar2 di sekitar Majlis Persandingan FIRDAUS DAN AZIDA. Buat Pengantin yg sama cantik sama jambuss mcm putri muahahaha terlebih sudah...gurau jerr...buat mereka SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..insyaAllah Amin2.














Living room...

Dining room...

Terselit sebelah dining table ada gerobok pingan mangkuk...



Ruangan dapur...

Bilik Kedua....



Ruangan menuju kerr bilik utama...

Bilik utama...



Tiga dara yg telah siap2 tuk kerr Majlis...hehe









Pelamin yg tersergam indah...



Apalah yg dibualkan mak mertua putri ni dengan kakaknya tu...lama mereka tak berjumpa tau.



Perkenalkan Bapak2 HANSEM...hehe

Yg ni dah kenal pun kann huhuhu...

Perkenalkan Ibu2 ANGGUN...awww!

Kaum Ibu2 Jelitawan...ngeee

Tiga mak dara dengan sang Gadis rupawan...

Flower Gerls yg main2 tabur bunga...laa mana pengantinnya...yaa adoiiii

Cantik berseri Pengantin kita ni...













Fuuyyoooo ramai nyaa atas tu...ni laa dia makcik pakcik sepupu sepipit sebelah Pengantin lelaki. Ada lagi yg tak masuk dalam gambar ni...kalau betul2 sampai kerr tangga jawapnya...

Alahaiii awat putri terselit belakang tu lak...salah pose ni hahahaha

Patut kena pakai bangku kecil kasi putri diri biar tinggi sikit kannn wahahaha...

 Glamor sekejap org snap2 tangkap gambar putri...huhuhu tak sangka I tau LOL hehe



Serba serbi semuanya baru
Atas pelamin duduk berpasangan
Ku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga bahagia kedua pasangan



SELAMAT PENGANTIN BARU FIRDAUS DAN AZIDA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...