Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 14 February 2014

KUIH BOM

Salam teman2 semua. Seperti biasa pagi2 cam ni baru laa line clear dan mudah bagi putri tuk nak sharekan resepi ni. Bercakap pasal kuih ni...ni laa pertama kali putri cuba membuatnya tau. Fuhhh mmg berbaloi mencubanya tak rugi pun tau. Tak tau laa kenapa banyak beza dari segi rasa yg kita beli dikedai tu. Yg kita buat ni lagi sedap joyah woiiii....mak tak tipu tau. Kalau mak tipu jadi la mak ni tipah tertipu kannn...hehehe. Seriously sangat2 sedap texture yg begitu lembut rangup diluar dan lembut didalamnya. Dah sejuk pun tetap power wa cakap lu....wa ek kalau cakap ini mcm ek wa sudah naik darah wooo...wa cakap banyak buih2 juga lu org buat dunno jerr ek muahahaha. Oh yerr sebelom terlupa...thks to alongroz yg sudi share resepi hebat ni pada kita semua. Makan seketul dua mmg tak cukup lagi2 tengah panas2 makan terangkat punggung jawapnya tau hehehe. Menu ni akan jadi santapan mak laa bila tiba posa nanti...siap ko mak buat banyak2 biar termuntah2 makan huhuhu. Ok lalinkk semua apa lagi tunggu resepi mudah jerr ni tinggal nak cari keledek jerr. Jom bawak cangkul kita gi cari keledek sekarang juga hehehe jom jom...


BAHAN2NYA ( MENGHASILKAN 26 BIJI )

- 180 GM SWEET POTATO DIREBUS DAN DITUMBUK HALUS
- 240 GM TEPUNG PULUT
- 40 GM TEPUNG GANDUM
- 80 GM GULA KASTOR
- ¼ SUDU KECIL GARAM

- 200 ML AIR
- 100 GM BIJAN TUK SALUT
- INTI SECUKUPNYA


*** INTI TERPULANG PADA MASING2 YERR...NAK LETAK KELAPA BOLE NAK LETAK KACANG HIJAU PUN BOLE. KALI NI PUTRI MENGGUNAKAN 1 TIN RED KIDNEY BEANS YG DITUMBUK KASAR. TAK PERLU TAMBAH APA2 GULA. SEDIA TUK DIGUNAKAN SERTA MERTA.***



CARA2NYA

1. SATUKAN KELEDEK YG TELAH DIREBUS DAN DITUMBUK LUMAT, TEPUNG, GULA DAN GARAM. RAMAS2 KAN ADUNAN SEHINGGA SEMUANYA RATA.

2. MASUKKAN AIR DAN ULI HINGGA ADUNAN MENJADI SATU DOH LEMBUT.

3. AMBIL SEDIKIT ADUNAN DAN BULAT2KAN IA. LETAK INTI DIDALAMNYA DAN BULAT2KAN HINGGA SEMPURNA.

4. GOLEKKAN ADUNAN YG BERISI INTI TADI PADA BIJAN. PASTIKAN KESELURUHAN BEBOLA TADI DISALUTI BIJAN SEPENUHNYA. BUAT HINGGA HABIS.

5. PANASKAN MINYAK YG PENUH DAN SEBELOM MENGGORENG PASTIKAN ANDA MEMBENTUK SEMULA BEBOLA DAN GORENG DENGAN API YG KECIL.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : ALONGROZ
OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE



2 comments:

  1. cantiknya bom sang putri ni macam sayangggg je nk makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thks kak noor...1st time putri cuba buat laa seronok pulak bila dia jadi bulat2 cam ni hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...