Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 27 March 2013

PUDING ARORA

Salam sejahtera semua....masak apa agaknya ptg ni yer. Putri kan smlm ada cuba buat cucur udang masyaAllah punya laa sedap mak oiiii...haaa yang tu kita kena tunggu ek sbb putri nak share resepi puding smlm. Actually tka susah pun sbb guna bahan serbuk agak2. Inspirasi dari Chef Lee yg menggabungkan kek dengan puding. Putri rasa kalau buat cam ni sesuai tuk gubahan majlis. Kalau nak makan gitu pun ok jerr. Untuk membasah tekak diwaktu musim panas ptg cam ni kan. Bagi putri laa kan kalau nak lagi sedap dahagian dalam tu pun letak laici atau logan mmg power terbaik beb. Yg letak kek ni kang budak2 tak reti lak nak makan kan...ni tuk lawa bole laaa hehehe. Lawa tu cantik ek bukan lawak tau muahahahaha. Oklaa jom kita tinjau2 apakah bahan2 yg perlu kita ada tuk buat puding arora ni...jom laa jgn terhengeh2 lakk. Pakai kain batik tu elok2 ek kang terburai abis free show kang hahaha ok laa jom jom...


BAHAN2NYA (GUNAKAN LOYANG 7')

- 2 PAKET SERBUK AGAR2 PUTIH(SEPAKET 10GM)
- 1 TIN BUAH PEACH
- 2 LITER AIR
- 400 GM GULA PASIR
- 4 KEPING KEK (APA2 JENIS KEK PUN BOLE) ATAU 1 TIN BUAH LONGAN
- SEDIKIT PEWARNA PINK



CARA2NYA


1. ASINGKAN AIR DAN BUAH2 DALAM TIN. KITA HANYA GUNAKAN BUAHNYA SAHAJERR.

2. MASAK SERBUK AGAK2 DENGAN AIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH DAN GULANYA LARUT. MATIKAN API.

3. SUKAT LEBIH KURANG 14 SENDUK AIR AGAR2 TADI KEDALAM SEBUAH MANGKUK DAN LETAKKAN WARNA PINK KEDALAMNYA. LEBIHANNYA DIBIAR WARNA PUTIH.

4. SEDIAKAN LOYANG DAN SUKAT WARNA PUTIH SEBANYAK 4 SENDUK DAN SUSUN BUAH PEACH MENGIKOT KREATIVITI ANDA. SEJUKKAN AGAR2 DALAM PETI SEJUK SELAMA 3-4 MINIT.

5. KLUARKAN DAN MASUKKAN LAGI 6 SENDUK WARNA PUTIH KEDALAM LOYANG TADI DAN SEJUKKAN SEMULA.

6. KEMUDIAN MASUKKAN PULA WARNA PINK SEBANYAK 7 SENDUK DAN SEJUKKAN SEBENTAR. SETELAH SEDIKIT KERAS DIPERMUKAAN SUSUN KEK ATAU LONGAN DIATASNYA. SIRAM LEBIHAN WARNA PINK DIATASNYA DAN KERASKAN SEBENTAR DALAM PETI SEJUK LEBIH KURANG 3-4 MINIT.

7. KLUARKAN DAN SIRAM PULA LEBIHAN WARNA PUTIH DIATASNYA DAN DIBIARKAN SEJUK DILUAR SEBELUM DIMASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK. SIAP TUK DIHIDANG


SELAMAT MENCUBA!!!


*** KALAU MENGGUNAKAN KEK SIRAM AIR DENGAN MENGGUNAKAN SUDU SEDIKIT DEMI SEDIKIT SUPAYA KEK TIDAK HANCUR. ***


INSPIRASI : CHEF LEE
OLAHAN : PUTERI MANJA



 

2 comments:

  1. salam putri,
    alahai sedapnya..sesuai dgn wktu skrg nie..panas..rasa sejuk jew kt tekak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam my dearr....a'ar kan lega jerr makan ni time panas2 cam ni kan...^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...