Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 30 October 2015

PUDING MANGO TUTTI FRUITI

Haiii laaa dugaan betul ari ni...dari tadi siang sampai laa ke malam hari camni. Betul2 terguris tau hati putri huhu. Anyway Tak laa separah mana pun cuma biasa laa kan...ada satu yg agak mengecewakan putri dimana awalnya putri dan sorg adik berhasrat nak adopt 3 ekor kucing yg sangat2 comel. Diperkenalkan melalui seorg rakan kepada seorg rakan lain. Kira tangan atas tangan laa nie. Dah tengok gambar ok n mula2 semuanya mcm indah gitu but then tetiba berubah pulak...katanya nak jual laa anak2 kucing tu dan bukan nak bagi. Waduhhh kalau nak jual pun cakap jerr terus terang awal2 kan tak yah last2 minit camni tetiba berubah seolah2 tak nak kasi. Kan senang kalau dia jujur daripada dia berdolak dalik dengan mcm2 alasan. For all u knoe kita bukan tak pernah jaga kucing kan so tak yah laa nak spell it out abt whether kita serious kerr tak kan. Like seriously cakap pada salah org camtu. Anyway last2 dapat tau mungkin ada harapan dapat 1 kitten plus yg satu lagi dimana diperkatakan kitten ni sakit. Sakit yg mcm mana tak sure laa pulak but then again mmg betul kata adik mak tu sbb dia dah sayang dia nak amik laa yg sakit tu juga....putri setuju sbb kami sama2 dah mula suka n sayang pada anak2 kucing tu pada pandangan pertama bila diperkenalkan kepada kita. Dia tunjuk gambar jerr terus dah suka tau. Guys kalau yg nie tak menjadi juga...kiranya korg kat luar sana yg punya banyak anak2 kucing nak bagi kita...buzz putri ek hehehe. Hopefully semuanya berjalan lancar seperti yg kita inginkan..inshaa Allah.
Oh well sori yerr terbabas kisah anak kucing lak huhu. Ni laa kalau perasaan sayang pada kucing2 mula datang mcm nie laa. Sejak ada pika hidup mak berubah sangat2 seolah lebih bahagia. Seriously kucing2 nie seperti penyeri dalam rumah kita tau...balik keje penat2 bila tengok kucing terus ilang rasa penat. Nak2 kalau kucing tu masih baby...omg I will definitely spend few hrs playing with them. Kadang tu sampai terbaring2 sebelah my kitten hehe. Arrgghhh sbb tu laa kalau ada kucing mmg masa putri akan selalu bersama dorg. Part2 gomol mengomol jgn cakap abis teruk my pika hokey hehehe. Oh yahhh kalau nak tau 2 of my loyang isi puding dijatuhkan oleh my pika tau...berkecaiiii mcm muntah budak jadinya hahaha. Nasib baik laa pika ni muka comel jerr kalau tak abis kena rotan tau....mak dok termenung kejap bila tengok puding mak jatuh huhuhu. Anyway rasa puding nie power ok gadungan manga dan susu mmg menepati tekak mak. Nak2 musim jerebu camni makan nie punyaaa laa lega. Mak tak suka time nak potong puding nie....dia bergoyang2 wobble laa pulak hahaha. Nak masukkan dalam piring dia punya gelek fuhhhh dengan mak2 sekali tergelek2 muahahaha yerr laa tu hehehe. Ok laa apa pun must try puding simple nie....sangat sedap dan mudah nak membuanya...jom tengok bahannya k...


BAHAN2NYA PUTRI GUNA 3 LOYANG PIE SIZE 5" INCI

LAPISAN MANGO
  • 1 PAKET PUDING MANGO
  • 500 ML AIR BIASA

LAPISAN SUSU
  • 1½ SUDU KECIL SERBUK AGAR2
  • 300 ML SUSU SEGAR
  • 70 GM GULA KASTOR
  • 260 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
LAIN2 BAHAN

BUAH2AN PILIHAN ANDA DAN DIHIRIS2. 
*** BAGI SERBUK PUDING MANGA...ANDA BOLE MEMASAKNYA MENGIKUT PERATURAN PADA KOTAK PAKET PUDING TERSEBUT YERR. ***



CARA2NYA2

1. MASAK LAPISAN PUDING MANGO TERDAHULU MENGIKUT PERATURAN PADA KOTAK TERSEBUT.

2. SETELAH MASAK TUANG ADUNAN KEDALAM BEKAS YG DISEDIAKAN. TUANG SETENGAH  DAN BIARKAN IA KERAS SEKETIKA.

3. MASAK PULAK LAPISAN SUSU. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI WHIPPING CREAM. MASAK ATAS API YG SEDERHANA KECIL SEHINGGA MINDIDIH DAN GULA LARUT. MATIKAN API DAN MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN KACAU RATA.

4. PASTIKAN LAPISAN PUDING MANGA SUDAH MULA MENGERAS. KALAU MASIH BELUM MEGERAS MASUKKAN SEBENTAR KEDALAM PETI SEJUK.

5. TUANG ADUNAN SUSU KEATAS PUDING MANGA DAN BIARKAN IA SEJUK SEDIKIT. BOLE LAA SUSUN BUAH2AN NIE DIATAS PUDING SUSU DAN SEJUKKAN SEPENUHNYA DIDALAM PETI SEJUK NON FREEZER.

SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA
SUMBER PUDING SUSU : AZLITA AZIZ


YG NIE KES CAMPAK2 TAK TERPIKIR YG LAIN AKAN BERKECAI HUA3. SO LEFT WITH THIS WAN...YG MANA YG SEMPURNA DAH TINGGAL KENANGAN DIKERJAKAN MY PIKA ADUHHHAIII.






FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...