Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 12 August 2015

NUTELLA CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan2 tersayang yg masih ingat pada diri ini. Isshhh lama sungguh putri tak post apa2 dalam blog ni. Naik berhabuk rumah ni tau...almaklum laa bz yg sesungguhnya kebelakangan ni. Tau jerr laa kann bulan posa mmg lemau bebenor. Mana nak masak kemas umah buat kuih laa jahit laa aduhaiii tak menang tangan dibuatnya. Jadual sentiasa penuh dengan mcm2 benda yg nak dilakukan seblum Hari Raya kelmarin. Ni dah nak dekat sebulan raya so agak free laa sikit....free kerr tu...freee laa sangatt!!! hahaha. Tu pun merajinkan diri kalau tak ishhh lagi lamaaaa laaa blog mak ni terbiar huhuhu. Apa pun terimakasih pada yg masih lagi selalu singgah bagi mendapatkan resepi2 yg hendak dicuba. Thks yerr sudi mencuba resepi2 dalam blog ni. Hari ni mak nak share satu lagi resepi dengan u aollss. Resepi ni mak dapat dari youtube...fuhh sekali tengok dia buat cam senang jerr cam cepat jerr then bila mak lak buat terkial2nya..awat tak siap2 lembab cam siput lak nie wahahaha. Ohhh rupanyaa lama tak panaskan enjin membaking camni laa jadinyaa cam terkapai2 terkial2 tersemput2 hahaha. Kann kann sapa suruh lama tak baking...kan dan keras tangan hua3. Wahhh korg suka laa tu tengok tangan mak keras ek hahahaha yerr laa....tau laa korg tu terrer mak ni sapa laa kannn ngeee...alaaahaii tetiba nak sentap laa pulak apa kes seyy.....buang laa jauh2 sentap ni tak kuasa mak tau nyampas lerr muahahaahha ishh tak bole angsss seyy. Oklaa berbalik pada kek ni...hmmm mak tak reti nak ungkapkan lebih panjang sbbnya mak mmg bukan peminat cheese tapi kan kan kannn....bila tengok si ira makan...ishh ishh ishhh SERIOUS ni mak khabar...dia makan sampai tak hingat dunia....masuk2 jerr telan...telan2 jerr masukk wahahahahaha. Korg kalau nak tau macamna rasa dia yg mcm nie (thumbs up) hehehe korg try laa baru tau okeyy. Haa tunggu apa lagi tu...jom laa kita intai bahan2 dia...jgn lupa bawak bakul tu bole terus singgah kedai beli bahan2nya ngee...jom jom




BAHANNYA (MENGGUNAKAN LOYANG 7" INCI)

A

  • 180 GM OREO COOKIES TANPA CREAM (DI BLEND HALUS)
  • 70 GM BUTTER DICAIRKAN
B
  • 250 GM CREAM CHEESE
  • 50 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 40 GM GULA KASTOR
  • 1 SUDU KECIL RATA TEPUNG JAGUNG
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 BIJI TELUR
C
  • 40 GM NUTELLA
  • 1 SUDU KECIL WHIPPING CREAM NON DAIRY
TOPPING
  • 100 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 100 GM NUTELLA
  • 100 GM COKLAT MASAK
  • 1 SUDU BESAR MADU (OPTIONAL)





CARANYA2

1. BAHAN A, BLEND OREO DAN MASUKKAN BUTTER CAIR. KACAU HINGGA SEBATI DAN MASUKKAN DALAM LOYANG. TEKAN2 OREO SUPAYA MAMPAT. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12 MINIT. ANGKAT DAN SEJUKKAN.

2.  BAHAN B, CREAM CHEESE DAN W/CREAM DIPUKUL HINGGA SEBATI. MASUKKAN GULA, TEPUNG JAGUNG DAN VANILA, PUKUL LAGI HINGGA SEBATI. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR DAN PUKUL HINGGA ADUNAN SEBATI BERSATU. ADUNAN DIBAHAGI 2. PASTIKAN 1 BAHAGIAN ADUNAN LEBIH SEDIKIT DARI YG SATU LAGI. KETEPIKAN YG LEBIH SEDIKIT TU.

3. MASUKKAN BAHAN2 C KE DALAM ADUNAN YG KURANG SEDIKIT DARI YG SATU LAGI. PUKUL ADUNAN HINGGA RATA. 

4. TUANG SEMUA ADUNAN PUTIH KEDALAM LOYANG OREO TADI DAN RATAKAN DENGAN SUDU.

5. PERLAHAN2 TUANG PULA SEMUA ADUNAN NUTELLA MENGGUNAKAN SUDU KE ATAS ADUNAN PUTIH DAN RATAKAN. (BILA DAH MASAK AKAN NAMPAK 2 LAYER, PUTIH DAN COKLAT) (PUTRI TUMPOK2KAN KEDUA2 WARNA NI SO TAK BERAPA NAMPAK LAYERNYA..SO KALAU BUAT SELAPIS PUTIH DAN COKLAT AKAN NAMPAK LEBIH MENARIK).

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 150C SELAMA 45 MINIT. SETELAH 45 MINIT MATIKAN API OVEN DAN BIARKAN ADUNAN DALAM OVEN SELAMA 1 JAM.

7. KLUARKAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEKETIKA. SEMENTARA TU KITA BUAT BAHAN TOPPING.

8. BAHAN TOPPING, MASAK W/CREAM ATAS API SEHINGGA BAHAGIAN TEPI PERIUK MENDIDIH KECIL. MATIKAN API DAN MASUKKAN KEDUA2 COKLAT KEDALAMNYA. KACAU2 BAHAN SEHINGGA COKLAT MASAK CAIR SEPENUHNYA DAN SEJUKKAN DALAM ESBOK SELAMA 10 MINIT.

9. TUANG TOPPING KEATAS CHEESE TADI DAN SEJUKKAN SEMALAMAN SEBELUM DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : YOUTUBE
OLAHAN : PUTERI MANJA
















FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. rasa nya mesti terangkat!

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat cheese mmg terangkat tau hehehe....oh thks yerr dah link kerr blog ibu bekerja...sama2 kasih...^__^

      Delete
  2. Salam Anja.....makan kek sorang2 ya...tak ajak kita...
    nampak sedap sangat kek itew....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hellooo my lalinkkk...I makan yg tang coklat atas tu jerr tau lain2 my gerl ngap sampai licinnn hehehe...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...