Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 12 May 2015

BENOFFEE CUPCAKES

Ptg2 mcm ni mmg mata mengantuk yg amat sangat. Dari tadi tersangguk2 depan lappy ni. Adoiiiyaiii kalau putri tido ni kompem mlm jadi burung hantu payah tido....huhu. Jadinya mak tahan jerr mata ni sampai cukup waktu hehehe. Kalau dulu2...zaman jepun bole laa berjaga malam bagai kannn tapi sejak terlebih remajanya..ngeeee hahaha mak jadi lemah gemalai oteyyy hehehe. Alaa biasa laa kann kita kasi peluang dorg2 yg zaman sekarang lak ganti tempat kita yg dolu2 super power...kononnya muahahahahaha. Anyway nak citer sikit kisah kek kali nie....kalau tengok kek ni mmg mcm kek pisang tapi texture dan rasanya dia yg sangat2 beza. Tak reti nak story tang mana yg beza...apa kata anda buat dan nilai sendiri. Yg pasti kek ni manis dia sedang2 jerr...mungkin bergantung kepada pisang yg kita guna juga kot. Kalau yg masak gilerrss mmg manis kot....putri guna pisang del monte so mmg kurang manis dia tu berbanding pisang2 lain. Alaaa tak kisah laa nyahhh guna jerr pisang apa yg ada tak yah nak pikir2 ek hehehe. Kalau ikut resepi asal mmg banyak laa dapat cupcake nya tapi tu laa putri nak buat testing so kena laa bahagi dua dari resepi asal. Dari sukatan cawan putri tukar kepada gm. Senang sikit nak sukat tau...aduhhhaiiii bertungkus lumus perah otak main kira2 tau. Nasib baik laa menjadi...kalau tak majok setahun okeyyy hahahaha. Oklaa mak nak stop dulu sbb nak gi masak lak ngeee....korg belek2 laa resepi ek..kot2 terasa nak buat kerr kannn bole laa try. Jom belek resepinyaa..jom jom...


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN ANTARA 25-30 KEPING BERGANTUNG KEPADA SIZE CUPCAKES)

A
  • 390 GM TEPUNG KEK (PUTRI GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI)
  • 1 SUDU KECIL BAKING SODA
  • SECUBIT GARAM
B
  • ½ BUKU BUTTER (125GM)
  • 260 GM GULA KASTOR
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 2 BIJI TELUR
C
  • 120 ML BUTTERMILK (120ML SUSU SEGAR + 1 SUDU KECIL JUS LEMON/CUKA MASAK)
  • 1 CAWAN PISANG YG TELAH DILENYEK (250ML)

*** SEBAIKNYA GUNAKAN BUTTER YG SEDIA ADA GARAM SO TAK PERLU LETAK GARAM DALAM ADUNAN. PUTRI GUNAKAN BUAH LEMON UNTUK BUAT BUTTERMILK. RASANYA LEBIH ENAK DARI CUKA. PASTIKAN PISANG DILENYEK TERDAHULU SEBELUM DISUKAT. ***


BAHAN2 TOPPING
  • 150 ML WHIPING CREAM NON DAIRY
  • CARAMEL SYRUP (PUTRI TAK GUNAKAN SBB STOCK TAKDE)
  • 2 SUDU BESAR NUTELLA (OPTIONAL)

*** BAHAN TOPPING TERPULANG PADA MASING2 NAK GUNA YG MANA PUN BOLE. BAHAN UTAMA YG PERLU ADA YELAH W/CREAM. ***



CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 A DAN KETEPIKAN.

2. PUKUL BAHAN B KECUALI TELUR DENGAN KELAJUAN TINGGI SAMPAI ADUNAN SEBATI BERSATU.

3. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA RATA.

4. SELANG SELIKAN TEPUNG, BUTTERMILK DAN PISANG KEDALAM ADUNAN. BERMULA DENGAN TEPUNG. MASUKKAN 4 SUDU BESAR TEPUNG(KITA NAK ULANG SEBANYAK 4 KALI) DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN PALING RENDAH. TAK PERLU PUKUL LAMA JUST KASI DIA SEBATI BERSATU. PUKUL LAH SELAMA BEBERAPA SAAT SAHAJERR.

5. DI IKUTI DENGAN BUTTERMILK MASUK SEDIKIT DAHULU (KITA NAK ULANG SEBANYAK 3 KALI) DAN PUKUL PELAHAN HINGGA SEBATI. SAMA JUGA DIPUKUL BEBERAPA SAAT SAHAJERR. JGN TERLEBIH PUKUL.

6. KEMUDIAN MASUKKAN PULAK SEDIKIT PISANG LENYEK TADI. (SAMA JUGA KITA NAK ULANGI SEBANYAK 3 KALI). PUKUL PERLAHAN HINGGA SEBATI.

7. ULANGI LAGI DARI TEPUNG, BUTTERMILK DAN PISANG. DI AKHIRI DENGAN TEPUNG. PASTIKAN ANDA TIDAK TERLEBIH PUKUL ADUNAN.

8. SEDIAKAN KERTAS CUPCAKES DAN PIPEKAN ADUNAN KEDALAMNYA. SEKIRANYA ANDA MENGGUNAKAN TEPUNG NAIK SENDIRI, MASUKKAN HANYA SETENGAH ADUNAN KEDLM ACUAN. MANAKALA SEKIRANYA MENGGUNAKAN TEPUNG KEK BOLE LA MASUK LEBIH SEDIKIT.

9. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DISEJUKKAN SEBELUM MELETAK TOPPING.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : CHEF IZYAN MASTERCHEF
OLAHAN : PUTERIMANJA














FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. assalam putri..

    maaf lama tak jenguk sini..

    amboi nampak sedap dan yummy cupcakes tu..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam lalinkkk...sori lalinkk putri pun lama tak masuk n komen kat mana2...hope u sihat dearr..thks sbb dah selalu tegur putri...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...