Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Thursday, 19 March 2015

BAKLAVA ROLL

Aduhaiiii lama sangat tak update blog...bersarang dibuatnya hehehe. Putri ni bz memanjang jerr laa tu yg tak sempat2 nak update apa yg telah putri masak. En3 kali ni pun dah terlajak..sekian lama buat tapi tak masuk2 kat sini...anyway takde yg special pun just that kali ni putri try buat yg gulng. Resepi sama dengan yg baklava biasa tu cuma kali ni buat gulung punya. Untuk kerangupan yg lebih baik kena laa bakar lebih lama lebih gareng sampai kerr dalam. Apa pun bagi yg nak mencubanya bole laa try versi gulung camni yerr....Putri tak nak story banyak sbb ada satu lagi en3 yg nak dimasukkan dan yg pasti ada resepi2 baru yg putri dah cuba dan ingin nak share buat u aollss tau..nantikan yerr...putri kena buat satu2 dulu sebelum putri share yg lain...nantikan tau...muahhh3... for now jom laa try buat baklava gulung ni...sedappp u aollss ngee..




BAHAN2NYA
  • 1 PAKET FILLO PASTRY
  • 150 GM ALMOND NIBS DIBAKAR SELAMA 5-7 MINIT
  • 2 SUDU BESAR GULA KASTOR
  • ½ SUDU KECIL CINNAMON POWDER
  • 400 GM BUTTER DICAIRKAN


*** KACANG BOLE JERR GUNAKAN YG MANA ANDA SUKA. BAKED ALMOND YG TERSEDIA JUAL PUN BOLE DIGUNAKAN LANGSUNG TERUS DITUMBUK KASAR2. ***

BAHAN2 SIRAP
  • 150 ML AIR
  • 3 SUDU BESAR GULA KASTOR
  • 3 SUDU BESAR MADU
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA

CARA2NYA

1. SATUKAN KACANG ALMOND, GULA DAN SERBUK CINNAMON. GAUL RATA. KETEPIKAN

2. KEPINGAN FILLO PASTRY TAK PERLU DI ASINGKAN LANGSUNG TERUS SAPUKAN BUTTER CAIR DIATASNYA DAN TABURKAN SEDIKIT CAMPURAN KACANG ALMOND TADI.

3. GUNAKAN KAYU DAN GULUNG KEPINGAN PERTAMA. CONTOH CAMNA NAK ROLL BOLE LIHAT DI YT YERR.

4. SEKALI LAGI SAPUKAN BUTTER PADA KEPINGAN SETERUSNYA DAN TIDAK PERLU TABUR KACANG PADA LAPISAN KEDUA NI. LETAK ROLL PERTAMA TADI DIATASNYA DAN GULUNG LAGI. PEGANG KIRI DAN KANAN GULUNGAN DAN RENYUKKAN KETENGAH. SEKIRANYA ANDA MENGGUNAKAN LIDI SATAY, SEKEPING SAJERR DIGUNAKAN BAGI SETIAP ROLL.

5. POTONG ROLLS DAN SUSUN DALAM LOYANG YG TELAH DIGRISKAN SELURUHNYA. SAPUKAN LAGI BUTTER DIATAS SEMUA ROLL.

6. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 45 MINIT ATAU LEBIH BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SEKIRANYA ADUNAN ATAS CEPAT GARENG DAN BERTUKAR WARNA SETELAH LEBIH SETENGAH JAM, TUTUP ADUNAN ATAS DENGAN ALIMINIUM FOIL.

7. SEMENTARA MENUNGGU BAKLAVA MASAK, KITA BUAT SIRAPNYA. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA. DIDIHKAN SELAMA 10 MINIT DAN MATIKAN API. DIBIARKAN SEJUK. SIRAP HARUS KELIHATAN PEKAT.

8. BAKLAVA YG TELAH MASAK DAN MASIH PANAS LAGI DISIRAM SIRAP DIATASNYA MENGGUNAKAN SUDU ATAU SENDUK. DIBIARKAN BAKLAVA BEBERAPA JAM SEBELUM DITUTUP DAN DISIMPAN DALAM TUPPERWARE.

SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTRI MANJA







FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...