Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Friday, 17 October 2014

JEMPUT2 PISANG PUTRI STYLE

Bila kita sebut sajerr pasal jemput2 pisang ramai pastinya kenal sangat2 apa kuih ni kan. Seperti yg putri tau dulu ada juga laa terjualnya potas. Potas ni kalau kat msia mmg ada banyak terjual dimana2. Sini dah tak jual lagi dah. Potas ni seringkali digunakan pada masakkan jemput2 pisang ni agar jemput2 ni naik bulat kembang dan tak kuncup2 gitu. So sebagai ganti banyak yg gunakan baking powder atau baking soda tuk menaikkan jemput2 ni. Hasilnya mmg serupa jerr seperti potas. Aduna tuk jemput2 pisang bergantung kepada kualiti pisang tu sendiri. Kalau pisang terover masak@benyek....kalau sebut tu be bunyi bawah oteyyy kalau bunyi atas be...beras camtu hahahaha so yg ni bunyi dia bibir bawah be...beca haa kannn LOL muahahaha....apa jerr huhuhu. Then kalau pisang terover masak ni dia akan mengeluarkan cecair yg banyak dari pisang yg kurang masaknya. Pisang yg kurang sikit masaknya agak kering dari yg terover masak. So sbb semuanya bergantung kepada pisang tu sendiri. Seperti yg putri tulis dalam cara2nya...setelah bancuh adunan test tengok apa yg kurang. Yg pasti adunan tak bole lembik sbb kalau lembik nanti minyak akan menyerap. Lebih tepung sikit pun tak perr sbb tu kita tambah gula supaya jemput2 bila dah masak sesuai dengan manis yg kita inginkan. Apa2 kita cuba jerr laa ek. Ok laa jom robek resepi hahaha jom jom.



BAHAN2NYA
  • 600 GM PISANG DILENYEK2
  • 3 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 3 SUDU BESAR TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
  • 300 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
  • 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
  • 2 SUDU BESAR AIR MASAK
  • SECUBIT GARAM

*** TEPUNG DAN AIR BERGANTUNG KEPADA ADUNANNYA NANTI BILA KITA DAH BANCUH SEMUANYA YERR...APA YG KURANG KITA TAMBAHKAN LAGI ***



CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS DAN KACAU RATA. ANDA BOLE TEST SEDIKIT DULU. MASUKKAN SEBIJI DUA ADUNAN KEDALAM KUALI DAN GORENG HINGGA KEKUNINGAN. THEN BILA DAH MASAK BOLE LIHAT DALAM TU LEMBIK ATAU SEBALIKNYA THEN KITA ADJUST LAA SAMADA NAK TAMBAH SIKIT LAGI TEPUNG ATAU PUN AIR YERR. SBBNYA ADUNAN BERGANTUNG KEPADA PISANG TU SENDIRI. KALAU JENIS PISANG YG MASAK SANGAT IA MENGELUARKAN CECAIR YG BANYAK SO JGN TAMBAH AIR. ADA PISANG AGAK KERING SEDIKIT SO KENA GUNA SEDIKIT AIR YERR. PASTIKAN ADUNAN TIDAK LEMBIK YERR SBB KALAU LEMBIK IA AKAN BERMINYAK DAN BERKEDUT2 BILA DAH DIMASAK. MMG KENA LEBIH TEPUNG TAPI AGAK2 LAA YERR.

2. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DENGAN API YG KECIL DULU BILA DAN MASUK BANYAK DALAM KUALI BOLE LAA BESARKAN APINYA SEDIKIT DAN SENTIASA MENGACAU ADUNAN DALAM KUALI PANAS SUPAYA PISANGNYA MASAK DENGAN RATA. PISANG KALAU DAH BULAT2 AGAK SUKAR NAK TERBALIKNYA SO KENA LAA SENTIASA MENGACAUNYA KETIKA MASAK SUPAYA MASAKNYA SEKATA.

3. MASUKKAN ADUNAN MENGGUNAKAN HUJUNG JARI. JGN GUNA SUDU NANTI PISANG TAK JADI BULAT ALA2 BOM NANTI. GUNA HUJUNG JARI TUK MASUKKAN PISANGNYA. BAGI PUTRI SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN PUTRI AKAN BASAHKAN SEDIKIT JARI2 NI THEN RENJIS2 SIKIT BARU CELUP KER DALAM ADUNAN TUK BULAT2KAN LALU MASUK DALAM KUALI. API KECIL LAA DULU KALAU TAK NANTI BARU MASUK 3-4 BIJI DAH HAGUS LAK HEHEHE. APA2 PUN PUTRI YAKIN U AOLLSS SEMUA TAU BAB2 MASAK PISANG BOM NI KAN CUMA RESEPINYA JERR BEZA SIKIT.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER DAN OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. sedap ni makan buat minum petang..sesuai sangat la putri..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betui3....mmg fav putri dari dulu sampai sekarang hehehe

      Delete
  2. salam kak puteri mayang dah wat cekodok resepi akak ni mmg gebu2 anak2 pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali my dearr...wah dah try ek,,terimakasih sudi cuba resepi dari blog akak ni....^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...