Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Saturday, 12 September 2015

CHOCOLATE INDULGENCE IN A CUP/CONTAINER/JAR

Selamat malam dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 cayang. Maaf yerr lambat siki masukkan N3 ni. Bukan apa putri nak pastikan yg putri susun bahan2nya dengan betul dan bagi memudahkan kita untuk mencubanya. Smlm masa nak buat baru putri sedar yg susunan bagi setiap adunan mousse agak berserabut tu yg putri susun semula mengikut cara putri. Harap2 bole paham laa walaupun agak panjang citernya yerr. Biasa laa story line kena panjang supaya mana2 yg tak pernah buat bole laa cuba buat dengan lapang dada gitu...cheewaaahhh tetiba laa ayat lain mcm lak bunyi ngeee. Anyway dah naik penat mata ni ngadap lappy dengan pakai spec lagi adoiiiyaiii tersiksanya. Dulu kan kan kannn mak tak pernah pakai spec terang jerr nampak ayat2 kecil dalam lappy kerr hp kan tapi sejak dua menjak ni alaaaa NYAMPAS tahap gaban dah kena pakai lak spec...kira potek laa juga mata ni huhuhu. Kalau ikutkan tak pakai pun bole tapi rasa tak selesa bila nak focus pada satu2 ayat tu. Tak sure laa apasal ek kadang perlu pakai kadang tak perlu pakai...agaknya mata mak ni letih kot....aduhaaiii. Ok laa guys kalau korg nak try buat versi camni bole laa try ek....tak susah punnn...yg paling senangnya makannn wahahaha. Oh yerr sebelom putri terlupa ni haa putri nak buat pengumuman...mana2 kawan2 yg terbaca ruangan ni tau laa info2nya yerr....dalam masa lebih kurang 3 minggu lagi putri akan berangkat pegi makan angin kerr luar negara dan putri akan adakan peraduan suka suka teka. Pada hari tersebut nanti...ketika berada di lapangan terbang putri akan kemukaan soalan mudah dan setiap seorg hanya bole menjawap sekali sahajerr. Inshaa Allah 2 pemenang akan dapat souvenirs dan hadiah....haa u aollss jgn tak jawap ek..jawap yg tepat tau. Jgn risau soalan mudah jerr. Anyway kita suka2 main teka2 kannn dapat hadiah lagi so nantikan yerr....for now jomm tengok bahan2nya.







BAHAN2 KEK SPAN COKLAT ( PUTRI GUNA LOYANG 8"INCI)


A
  • 3 BIJI TELUR GRED A
  • 90 GM GULA KASTOR
  • 1 SUDU BESAR OVALETTE
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 100 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
  • ½ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
  • 1 SUDU BESAR SERBUK KOKO DIAYAK
B
  • 50 ML SUSU SEGAR
  • 1 SUDU KECIL COKLAT PASTE
C
  • 50 ML BUTTER/MINYAK MASAK


*** BAHAN2 AYAK BOLE DISATUKAN DAN AYAK BERSAMA. KALAU GUNA BUTTER PASTIKAN SETELAH CAIR SEJUKKAN DULU SEBELUM MENGGUNAKANNYA.***




CARA2NYA KEK SPAN COKLAT


1. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG DAN SEBATI BERSATU.

2. MASUKKAN BAHAN B DAN PUKUL LAGI

3. AKHIR SEKALI MASUKKAN BAHAN C DAN KAUP BALIK ADUNAN HINGGA RATA. KAUP BALIK PELAHAN2 YERR.

4. ALAS LOYANG DENGAN PARCHMENT PAPER DAN SAPU SEDIKIT BUTTER. MASUKKAN ADUNAN DALAM LOYANG SERTA RATAKAN DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 30 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. JGN SAMPAI HANGUS LAK YERR.

5. SETELAH MASAK CEPAT2 TERBALIKKAN KEK. DIBIARKAN SEJUK DAN DIPOTONG NIPIS KEPADA 3 LAPISAN. HATI2 KETIKA MEMOTONG TAKUT KEK PECAH. KEMUDIAN BOLE LAA POTONG LAGI MENGIKUT SIZE CUP YG HENDAK DIGUNAKAN.

SUMBER : RAHEL
OLAHAN : PUTERI MANJA


FILLING CHOCOLATE MOUSSE PUTIH

A
  • 50 ML AIR
  • 2 SUDU BESAR GELATIN
B
  • 200 GM COKLAT MASAK PUTIH
  • 2 BIJI KUNING TELUR GRED A (DIPUKUL SEDIKIT)
C
  • 2 BIJI PUTIH TELUR GRED A
  • 60 GM GULA KASTOR
D
  • 250 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY (YG ADA RASA MANIS)
E
  • 8 SUDU BESAR SUSU SEGAR (FRESH MILK)

CARA2NYA 

1. BAHAN A, MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIARKAN IANYA LARUT SEENDIRI. KETEPIKAN

2. BAHAN B, CAIRKAN COKLAT PUTIH SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH CAIR MASUKKAN KUNING TELUR DAN GELATIN TADI. KACAU RATA HINGGA SEMUANYA BERSATU. MATIKAN API DAN KETEPIKAN

3. BAHAN C, PUKUL PUTIH TELUR DAN MASUKKAN GULA. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN BILA DITERBALIKKAN MANGKUK ADUNAN TAK JATUH.

4. BAHAN D, PUKUL WHIPPING CRM HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

5. MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR DAN WHIPPING CRM KEDALAM COKLAT YG SEDIKIT PANAS TADI. KACAU KAUP BALIK PELAHAN2 SEHINGGA RATA BERSATU. JGN SAMPAI ADUNAN TERCAIR YERR.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PETI SEJUK (NON FREEZER) SELAMA 15 MINIT. 

7. KLUARKAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK DAN MASUKKAN SUSU SEGAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN DIGAUL KAUP BALIK PERLAHAN2 HINGGA RATA. 

8. MASUKKAN SEPARUH ADUNAN KE DALAM PIPING BAG(SEPARUH LAGI SIMPAN DALAM PETI SEJUK NON FREEZER) DAN PAIPKAN SIKIT KEDALAM BEKAS YG BERISI KEK SPAN TADI. BOLE LIHAT GAMBAR DIATAS.

9. SEJUKKAN LAPISAN COKLAT PUTIH NI SELAMA 30 MINIT. SEMENTARA TU BOLE BUAT COKLAT GANACHE.

*** PERHATIAN YERR SEBAHAGIAN ADUNAN MOUSSE YG KITA SIMPAN DALAM PETI SEJUK AKAN MENGERAS. JADI KETIKA NAK MENGGUNAKANNYA KEMBALI BOLE LAA TAMBAH 50 ML WHIIPING CRM YG TELAH DIPUKUL HINGGA BERTANDUK DAN GAUL PADA ADUNAN MOUSSE YG KERAS TADI. ***

BAHAN2 COKLAT GANACHE

  • 150 ML WHIPPING CRM (AGAIN PUTRI GUNA NON DAIRY)
  • 300 GM COKLAT MASAK HITAM (DARK CHOCOLATE ATAU MILK CHOCOLATE PUN BOLE)
  • 1 SUDU BESAR MADU

CARA2NYA 

1. MASAK WHIPPING CRM SECARA DOUBLE BOILER. BILA DAN PANAS W/CRM TU MASUKKAN COKLAT DAN MADU. KACAU SEHINGGA COKLAT CAIR SEPENUHNYA. MASTIKAN API DAN DIBIAR SEJUK SEKETIKA.

2. KLUARKAN ADUNAN TADI DARI PETI SEJUK DAN SUDUKAN GANACHE KEDALAMNYA. PELAHAN2 MASUKKAN GANACHE TU YERR DAN SEJUKKAN KEMBALI KEDALAM PETI SEJUK SELAMA 20-30 MINIT. GANACHE YG LEBIH TU BOLE MASUK DALAM PIPING BAG DAN BIARKAN PADA SUHU BILIK. JOM BUAT CHOCOLATE MOUSSE HITAM LAK.

*** SEKIRANYA GANACHE MULA MENGERAS BOLE JERR PANASKAN SEBENTAR DALAM MICROWAVE. TAK PERLU LAMA2 BEBERAPA SAAT DAH MEMADAI. ***


FILLING CHOCOLATE MOUSSE HITAM

A

  • 3 SUDU KECIL GELATIN
  • 50 ML AIR
B
  • 200 GM COKLAT MASAK HITAM (DARK CHOCOLATE)
  • 2 BIJI KUNING TELUR GRED A (DIPUKUL SEDIKIT)
C
  • 2 BIJI PUTIH TELUR GRED A
  • 60 GM GULA KASTOR
D
  • 250 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY YG MANIS)

 CARA2NYA

1. BAHAN A, MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIARKAN IANYA LARUT SEENDIRI. KETEPIKAN

2. BAHAN B, CAIRKAN COKLAT HITAM SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH CAIR MASUKKAN KUNING TELUR DAN GELATIN TADI. KACAU RATA HINGGA SEMUANYA BERSATU. MATIKAN API DAN KETEPIKAN

3. BAHAN C, PUKUL PUTIH TELUR DAN MASUKKAN GULA. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN BILA DITERBALIKKAN MANGKUK ADUNAN TAK JATUH. KETEPIKAN

4. BAHAN D, PUKUL WHIPPING CRM HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

5. MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR DAN WHIPPING CRM KEDALAM COKLAT YG SEDIKIT PANAS TADI. KACAU KAUP BALIK PELAHAN2 SEHINGGA RATA BERSATU. JGN SAMPAI ADUNAN TERCAIR YERR.

6. MASUKKAN SEPARUH ADUNAN KE DALAM PIPING BAG(SEPARUH LAGI SIMPAN DALAM PETI SEJUK) DAN PAIPKAN SIKIT KEDALAM BEKAS YG BERISI LAPISAN GANACHE. 

7. KEMUDIAN SEJUKKAN KEMBALI SELAMA 20-30 MINIT. DAN ULANG PROCESS PERTAMA TADI ATAU BUAT MENGIKUT CREATIVITI ANDA. 

*** PERHATIAN YERR SEBAHAGIAN ADUNAN MOUSSE YG KITA SIMPAN DALAM PETI SEJUK AKAN MENGERAS. JADI KETIKA NAK MENGGUNAKANNYA KEMBALI BOLE LAA TAMBAH 50 ML WHIIPING CRM YG TELAH DIPUKUL HINGGA BERTANDUK DAN GAUL PADA ADUNAN MOUSSE YG KERAS TADI. ***

SELAMAT MENCUBA !!!















FOR THIS RECIPE


2 comments:

  1. Gd idea lah put3...saya copy resepinya put3...thks many2 put3 atas prkongsiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thks alot dearr...bole jerr silakan...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...