BEAST - 'BAD GIRL' (Official Music Video)

Monday, 25 November 2013

SRI PANDAN CHIFFON CAKE

Selamat mlm pada teman2 ku tercayang yg setia menantikan kehadiran resepi2 dari putri ni. Sori laa lambat sikit masukkan N3 ni. Tau jerr laa hujung minggu cam ni mmg nak mengadap lappy ni susah tul. Bila dah mlm cam ni haa baru laa bole masukkan...aman sikit dunia hehehe. Sebelum apa2 putri nak mengucapkan setinggi2 terimakasih buat teman2 putri yg telah mendoakan kesembuhan buat ayah putri. Terimakasih yerr atas doa2 kalian semua. Moga Allah sahajerr yg dapat membalas segala kebaikkan anda. Alhamdulillah ayah putri dah pulih sedikit. Walaupun belum lagi 100% pulih sepenuhnya tapi ayah dah bole bangun dan selera makan makin bertambah. Mmg sangat2 mujarap laa saranan2 dari teman2 fb putri....kalau u aollss semua tak bagi pendapat dan nasihat mmg tak tau laa putri apa nak buat dengan sakit ayah tu. Sakit demam denggi mmg takde ubatnya. Atas saranan teman2 fb banyak yg menasihatkan agar putri cuba buat SUP KETAM dan minum AIR 100 PLUS. Lepas dapat tau mlm tu juga bilang mak putri dan esoknya mak buatkan sup ketam tuk ayah. Biasa laa sang ayah nak isteri dia laa masak tuk dia kalau putri masak kang dia tak mau makan lak hehehehe. So mak buat tumis air tuk lauk ketam tu, Kalau rebus cam tu mmg loya sikit laa so kena tumis2 sikit biar nak minum pun ada selera. Sbbnya pesakit2 demam denggi ni semua tekak mereka loya sampai tka bole nak makan apa2. Anyway lat sehari jerr minum sup ketam platelet terus naik. Masuk 3 hari minum sup dan minum air 100 plus terus naik lagi. Sampai laa hari ni dekat 1 minggu minum sup dan 100 plus tu yg buat ayah putri makin pulih....syukur alhamdulillah. Lega sikit...berkat doa kluarga dan kawan2 semua ayah pulih kembali...amin2. Then baru2 ni anak putri yg bongsu tu dapat result PSLE dia. Alhamdulillah lulus walaupun markah tak begitu memberangsangkan ira namun tetap bersyukur sbb lulus dalam semua mata pelajaran. Apa pun buat semua murid2 yg dah sedaya upaya buat yg terbaik...tahniah buat semua....all the best to them dan semoga dapat masuk sekolah yg diingini insyaAllah. Oppss terpanjang pulak story mak ni laa hehehe sori ek...

Ok tentang hal kek chiffon ni...fuhhhhlaaaammmakkkkk cam spring dahhh hahahaha. Mak tak reti nak sorok2 kata2 mak ni terhadap makanan yg sedap2 ni. Mak hembus jerr cakap apa yg bermain dalam kotak pikiran mak ni. Mmg ternyata kek chiffon ni sangat2 lembut dan enak bila makan...bak kata org tak yah kunyah duk kemam pun dah sedap muahahaha. Kalau duk kemam lama2 kang jadi sirih pulak dah kena tenyeh kiri kanan cam nyonya mansur daaa wahahahaha. Ekceli masuk ni dah 3 jenis chiffon putri try buat tu yg nama chiffon ni putri naikkan sikit pangkat dia kerr sri hahaha...apa jerr tau. Oh well hampir semua kek2 yg putri cuba mmg tip top...semuanya sedap. So u aollss semua bole laa try...pilih jerr mana nak otey. Kalau tak nak try mmg sah2 terliur laa nanti. Silap2 mimpi tiap2 malam kang hehehe. Oklaa bagi yg nak cuba...jom kita masuk kelas putri ek....jom jom..


BAHAN2NYA

A
- 6 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 30 GM GULA KASTOR
- 80 ML SANTAN
- 80 ML MINYAK MASAK
- 100 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
- 1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1½ SUDU KECIL PANDAN PASTE + SEDIKIT WARNA HIJAU

B
- 6 BIJI PUTIH TELUR GRED A
- 125 GM GULA KASTOR


***GUNAKAN LOYANG YG BERLUBANG DITENGAH2 (ANGEL CAKE TIN) DAN GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PAPER AT THE BOTTOM PART SAHAJERR. KALAU NAK LETAK KAT PAPER CUPS CAM PUTRI BUAT PUN BOLE SO TERPULANG LAA NAK BUAT YG MCM MANA OK. CUMA KALAU PAKAI TIN BAKAR LAMA SIKIT LAA DAN KALAU PAKAI PAPERCUP CUPCAKES BAKAR TAK LAMA LAA DALAM 12-15 MINIT CAM TU. TUK ADUNAN PULA BIASANYA PUTRI AKAN PUKUL BAHAN B TERDAHULU DAN GUNAKAN MIXER YG SAMA PUKUL PULA BAHAN A.***



CARA2NYA

1. BAHAN B, PUKUL PUTIH TELUR SAMPAI KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI SAMPAI GULA SEBATI DENGAN TELUR. KETEPIKAN.

2. GUNAKAN MIXER YG SAMA PUKUL PULAK BAHAN2 A SAMPAI KEMBANG PEKAT.

3. AMBIL SUKU DARI ADUNAN B (PUTIH TELUR) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK.

4. MASUKKAN SEMUA ADUNAN A KE DALAM ADUNAN B (PUTIH TELUR) DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA. HATI2 FOLD JGN SAMPAI ADUNAN TERCAIR PULAK.

5. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DIGRIS TADI DAN BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 50 MINIT. ATAU KALAU MENGGUNAKAN PAPERCUP CUPCAKES BAKAR SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. SETELAH MASAK CEPAT2 TERBALIKKAN ADUNAN DENGAN TIN2NYA DAN DIBIAR HINGGA SEJUK BARU TANGGALKAN TINNYA. SIAP TUK DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : SIS ZITA ALI
OLAHAN : PUTERI MANJA

BAHAN B, PUKUL PUTIH TELUR DULU SAMPAI KEMBANG BERTANDUK BARU MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI. KETEPIKAN.

GUNAKAN MIXER YG SAMA DAN PUKUL BAHAN2 A SAMPAI KEMBANG PEKAT.

CAM NI RUPA BILA DAH PUKUL BAHAN A.

THEN AMIK SUKU DARI ADUNAN B MASUKKAN PADA ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA.

NAMPAK KAN RATA DAN ADUNAN MASIH TETAP KEMBANG.

MASUKKAN SEMUA ADUNAN HIJAU KEDALAM ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA TAK BERBUKU2. HATI2 JGN SAMPAI TEROVER FOLD TAKUT DIA TERCAIR PULAK. 

CAMNI RUPA ADUNAN BILA DAH SEBATI SEMUANYA. MASUKKAN DALAM PIPPING BAG DAN BOLE PIPEKAN DALAM PAPER CUPS ATAU LANGSUNG TERUS MASUK DALAM LOYANG YG BERLUBANG TENGAH (ANGEL CAKE TIN)

BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 12-15 MINIT. KALAU GUNA LOYANG BAKAR SELAMA 50 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.













FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. Anonymous7:25 am

    wow very the green lah put3...I loike tau...thnx 4 sharing the recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2 hijau taman ku hehehe....thks dearr n sama2 kasih...selamat mencuba

      Delete
  2. Anonymous1:03 pm

    It's going to be finish of mine day, except before end I am reading this impressive post to improve my
    knowledge.

    Feel free to surf to my blog - buy soundcloud plays

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii there...thks again for ur comment...have u tried this recipe?? its the most soft and delicious...u should try...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...