P.S Putri buat separuh dari adunan asal so boleh dapat dalam 20-24 kepingan kecil.
- 100 GM BAKED ALMONDS DITUMBUK KASAR2
- 100 GM BAKED CASHEWS DITUMBUK KASAR
- 30 GM GULA KASTOR
- ½ SUDU KECIL CINNAMON POWDER
- 180 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DISEJUKKAN
- 1 KOTAK FILLO PASTRY OF 375 GM GUNA SEPARUH
*** PUTRI GUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN SIZE 7" BAGI MEMUDAHKAN KITA TUK KLUARKAN BAKLAVA NI. KACANG PULA SEBAIKNYA GUNAKAN KACANG YG SUDAH SEDIA DIBAKAR KALAU MENTAH KENA BAKAR SENDIRI DAN HASILNYA KURANG RANGUP KALAU TAK PANDAI BAKAR. ***
SIRAP BAKLAVA
- 100 ML AIR
- 60 GM GULA KASTOR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 50 ML MADU
SIRAP BAKLAVA
- 100 ML AIR
- 60 GM GULA KASTOR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 50 ML MADU
1. SATUKAN KEKACANG, GULA DAN CINNAMON GAUL RATA. KETEPIKAN.
2. LOYANG LOOSE BASE TIN DISAPU DENGAN BUTTER CAIR. BAHAGIAN LUAR LOYANG DIBALUT DENGAN ALIMINIUM FOIL(BUTTER TU AKAN MELELEH KLUAR DARI LOYANG SO PUTRI ALAS/BALUT DENGAN ALIMINIUMU FOIL). UKUR FILLO PASTRY BESAR MANA YG HENDAK DIGUNAKAN DAN POTONG MENGIKOT SIZE LOYANG. SELEBIHNYA DISIMPAN.
3. AMBIL SEHELAI FILLO DAN LETAK DALAM LOYANG SERTA SAPUKAN BUTTER CAIR KESELURUHAN KULIT FILLO SEPERTI DALAM GAMBAR. ULANGI SEBANYAK 8 KEPING. SETIAP KEPINGAN HARUS DISAPU BUTTER CAIR.
4. PASTIKAN SETIAP KALI FILLO DIAMBIL SATU PERSATU, FILLO YG LAIN DITUTUP DENGAN TUALA KERING TUK MENGELAKKAN FILLO DARIPADA KERING DAN RAPUH.
5. SETELAH 8 KEPING TABURKAN SEBAHAGIAN KEKACANG TADI DAN LETAK FILLO DIATASNYA SERTA SAPUKAN BUTTER CAIR PADA SETIAP KEPINGAN. SAMA JUGA ULANGI PROCESS MELETAK FILLO SEBANYAK 6-7 KEPING.
6. TABUR LAGI KEKACANG DAN LETAK FILLO TERAKHIR SEBANYAK 10 KEPING. JGN LUPA YERR SETIAP KEPINGAN HARUS DISAPU BUTTER. LAPISAN DAN KETINGGIAN TERPULANG PADA MASING2.
7. GUNAKAN PISAU YG TAJAM, POTONG BAKLAVA MENGIKOT SIZE YG ANDA INGINI.
8. BAKAR PADA SUHU 170C-180C SELAMA 45 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SEKIRANYA ADUNAN ATAS CEPAT GARENG DAN BERTUKAR WARNA SETELAH LEBIH SETENGAH JAM, TUTUP ADUNAN ATAS DENGAN ALIMINIUM FOIL.
9.SEMENTARA MENUNGGU BAKLAVA MASAK KITA BUAT SIRAP DIA. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA. DIDIHKAN SELAMA 10 MINIT DAN MATIKAN API. DIBIARKAN SEJUK. SIRAP HARUS KELIHATAN PEKAT. SEKIRANYA TERLALU PEKAT BOLE TAMBAH AIR BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
10. BAKLAVA YG TELAH MASAK DAN MASIH PANAS LAGI DISIRAM SIRAP DIATASNYA MENGGUNAKAN SUDU ATAU SENDUK. KETIKA MASIH PANAS JGN TUTUP BAKLAVA BAGI MENGELAKKANNYA DARIPADA SOGGY.
SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER BAKLAVA : LEANNE
SUMBER SIRAP : LINDA OON
OLAHAN : PUTERI MANJA