Tuesday, 23 July 2013

BAKLAVA

Selamat pagi teman2 semua. Pastinya dah bersahurkan. Masa berjalan begitu pantas sekali sampai tak terkejar. Mana umah masih tonggang pecah ribut taufan hehehe then kuih muih masih dalam process baju lagi adoiiiyaaiiii sabo jerr laaa huhu. Takpe2 putri dah set timing siap buat jadual supaya putri tak last minit buat semua2 benda. Kalau bole seminggu b4 raya nak goyang pinggul jerr muahahaha. Yerr laa kan dah berapa tahun lepas2 tu asyik last minit jerr...cik hubby asyik sound jerr laa huhuhu. InsyaAllah putri BOLE!!! wah semangat gitu seyy ngee. Anyway ari ni putri nak share resepi yg sekian lama berzaman berjanggut putri dok simpan resepi ni tau huhu. Baklava ni ada org tu buat sejak tahun 2010 lagi by Linda Oon kalau tak silap tapi sayangnya belom ada yg buat feed back pasal manisan dari Turki ni. Makanan ni katanya manisan org2 Turki tapi sekarang dah terkenal dibeberapa negara. Kalau tengok kat YT mmg melambak2 mat2 saleh ni buat siap dengan stepnya sekali tau. Tak susah pun nak buat bahan pun senang jerr dapat. Hanya yg mahalnya kulit fillo ni dan juga kekacangnya. Kacang tu terpulang pada masing2 nak letak apa pun bole tak semestinya ikot resepi tau. Tau jerr laa putri ni suka pada BADAM jerr. Kacang lain very the pantang tunggu lepas hari muahahahaha asal bole jerr tau mak ni huhu. Anyway manisan ni adoiiyaiii manis semanis senyuman mak ni haa kalau makan semut dok merayap kat mulut mak tau hehehe tapi keseluruhannya semua blend together so just nice laa. Lagi pun mak kat sini kan dah try dulu so dah adjust mana2 yg patut. Kira cam potong ikan dah buang sisik potong ekor buang janggut buang misai hahaha. Seriously makanan ni kalau beli mmg terangkat harga dia. Bole bengkok leher kalau dengar harga dia tau...tu baru dengar lom bayar kalau bayar naik menggigil tangan siap bye2 kat duit tu lagi wahahahaha. So apa kata u aollss semua try buat sendiri for the family. Mmg berbaloi puas makan kalau buat sendiri tau. Ok laa apa kata kita lihat resepinya ek...Jom jom...

P.S Putri buat separuh dari adunan asal so boleh dapat dalam 20-24 kepingan kecil.


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 20-24 KEPING) 

- 100 GM BAKED ALMONDS DITUMBUK KASAR2
- 100 GM BAKED CASHEWS DITUMBUK KASAR
- 30 GM GULA KASTOR

- ½ SUDU KECIL CINNAMON POWDER
- 180 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DISEJUKKAN
- 1 KOTAK FILLO PASTRY OF 375 GM GUNA SEPARUH

*** PUTRI GUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN SIZE 7" BAGI MEMUDAHKAN KITA TUK KLUARKAN BAKLAVA NI. KACANG PULA SEBAIKNYA GUNAKAN KACANG YG SUDAH SEDIA DIBAKAR KALAU MENTAH KENA BAKAR SENDIRI DAN HASILNYA KURANG RANGUP KALAU TAK PANDAI BAKAR. ***

SIRAP BAKLAVA

- 100 ML AIR
- 60 GM GULA KASTOR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 50 ML MADU


CONTOH PAKET YG PUTRI GUNAKAN




CARA2 BAKLAVA

1. SATUKAN KEKACANG, GULA DAN CINNAMON GAUL RATA. KETEPIKAN.

2. LOYANG LOOSE BASE TIN DISAPU DENGAN BUTTER CAIR. BAHAGIAN LUAR LOYANG DIBALUT DENGAN ALIMINIUM FOIL(BUTTER TU AKAN MELELEH KLUAR DARI LOYANG SO PUTRI ALAS/BALUT DENGAN ALIMINIUMU FOIL). UKUR FILLO PASTRY BESAR MANA YG HENDAK DIGUNAKAN DAN POTONG MENGIKOT SIZE LOYANG. SELEBIHNYA DISIMPAN.

3. AMBIL SEHELAI FILLO DAN LETAK DALAM LOYANG SERTA SAPUKAN BUTTER CAIR KESELURUHAN KULIT FILLO SEPERTI DALAM GAMBAR. ULANGI SEBANYAK 8 KEPING. SETIAP KEPINGAN HARUS DISAPU BUTTER CAIR.

4. PASTIKAN SETIAP KALI FILLO DIAMBIL SATU PERSATU, FILLO YG LAIN DITUTUP DENGAN TUALA KERING TUK MENGELAKKAN FILLO DARIPADA KERING DAN RAPUH.

5. SETELAH 8 KEPING TABURKAN SEBAHAGIAN KEKACANG TADI DAN LETAK FILLO DIATASNYA SERTA SAPUKAN BUTTER CAIR PADA SETIAP KEPINGAN. SAMA JUGA ULANGI PROCESS MELETAK FILLO SEBANYAK 6-7 KEPING.

6. TABUR LAGI KEKACANG DAN LETAK FILLO TERAKHIR SEBANYAK 10 KEPING. JGN LUPA YERR SETIAP KEPINGAN HARUS DISAPU BUTTER. LAPISAN DAN KETINGGIAN TERPULANG PADA MASING2.

7. GUNAKAN PISAU YG TAJAM, POTONG BAKLAVA MENGIKOT SIZE YG ANDA INGINI.

8. BAKAR PADA SUHU 170C-180C SELAMA 45 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SEKIRANYA ADUNAN ATAS CEPAT GARENG DAN BERTUKAR WARNA SETELAH LEBIH SETENGAH JAM, TUTUP ADUNAN ATAS DENGAN ALIMINIUM FOIL.


9.SEMENTARA MENUNGGU BAKLAVA MASAK KITA BUAT SIRAP DIA. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA. DIDIHKAN SELAMA 10 MINIT DAN MATIKAN API. DIBIARKAN SEJUK. SIRAP HARUS KELIHATAN PEKAT. SEKIRANYA TERLALU PEKAT BOLE TAMBAH AIR BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

10. BAKLAVA YG TELAH MASAK DAN MASIH PANAS LAGI DISIRAM SIRAP DIATASNYA MENGGUNAKAN SUDU ATAU SENDUK. KETIKA MASIH PANAS JGN TUTUP BAKLAVA BAGI MENGELAKKANNYA DARIPADA SOGGY.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER BAKLAVA : LEANNE
SUMBER SIRAP : LINDA OON
OLAHAN : PUTERI MANJA







BAKLAVA YG MASIH PANAS DAN BELOM DISIRAM SIRAP.




BAKLAVA YG TELAH DISIRAM SIRAP KELIHATAN BERKILAT. WALAUPUN DAH SIRAM SIRAP BAKLAVA TETAP CRISPY TAU.









FOR THIS RECIPE


8 comments:

  1. Assalamualaikum Putri...
    nape kejam sangat ni....terliur tau!
    apa2 pun memang mengancam baklava ko ni,ijin ambik resepi ya,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...hi sayangg hehehe jgn lerr marah baklava putri suka nak posing2 tu yg kalau tengok lelama mmg nak cekut jerr tau hehehe...bole jerrr yang amik silakan...^_^

      Delete
    2. Puteri manja..yg fillo pastry tu slalo beli mn ye..sama x mcm utk buat puff..

      Delete
    3. Fillo pastry tidaj sama dengan puff biasa...kalau u beli kan kedai bakery better sbb barang2 camni banyak terjual kat sana...

      Delete
    4. Ok sis..tqvm..nnti sy cari..mmg namanya fillo pastry ke sis...or ada jenama lain...

      Delete
    5. yes sis mmg dia ada tulis cam tu...fillo pastry n atas tu ada gambar pastry yg putri katakan tadi bole tengok kat pic yerr...

      Delete
  2. salam,
    Rasa xsabar Noor nk buat n nk kongsikan kat blog Noor....
    xpernah makan, tp pernah tgk otai2 wat bznez....
    mohon share resepi yer sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...

      must try sbb kalau beli mmg mahal tau harga dia...rasa dia sangat unik dan yg best sekali fillo pastry ni tak lemau2 walau dah curah air gula tetap gareng malah dah 3 hari pun masih rangup tau...

      Delete