Friday, 10 October 2014

ROTI SOSEJ BUN MANIS

Selamat malam pada semua teman2 sayang. Ruangan kali ni putri mencuba buat bun lagi tapi kali ni putri guna kan resepi yg berbeza dan putri beri nama roti sosej bun manis. Kalau ikutkan resepi yg putri dapat (try surf nama mak qis cari punya cari dia punya resepi tak jumpa2 last2 masuk kat blog satu lagi baru laa jumpa. Ni laa dia kan masa dapat tak savekan ruangan tu...sbb tu lerr tka jumpa. Anyway sempat laa salinkan resepinya...kira dapat diselamatkan jugak laa selamat tang resepi jerr orgnya dah tercicir hehe. Apa pun thks pada kedua2 blog ni yg telah memberi pelbagai resepi yg best2. Aapa yg pasti mmg membuat putri tertarik. Cuma yg bezanya adalah nama resepi jerr dan beberapa bahan dan sukatan putri tukar mengikut selera putri gitu. Biasa laa mak ni kan kalau tak derhaka tak sah ngee...korg pun sama gak kannn kan hahaha. Oh well yg penting dengan membaca komen2 yg terdapat pada ruangan2 resepi sedikit sebanyak kita akan pelajari sesuatu. Ada komen yg putri baca menyatakan bahawa dengan meletakkan susu pekat manis akan menambahkan kelembutan pada roti kita dan putri telah mengikut apa yg diperkatakan. Ternyata mmg benar belaka roti ni sangat2 lembut pada waktu panas mahupun dah sejuk. Roti ni nampak segar jerr cam baru lepas mandi gitu muahahahaha dah mula dah kikiki. Alaa guys tak yah laa putri nak citer banyak..apa kata u aollss try buat gerenti senyum lebar punyaa. Jom teropong resepinya ek...jom jom.




BAHAN2NYA (MENHASILKAN LEBIH KURANG 16-18 BUN MINI)
  • 120 ML AIR 
  • 50 ML SUSU PEKAT MANIS
  • 110 ML SUSU SEGAR
  • 1 BIJI TELUR GRED B
  • 500 GM TEPUNG ROTI
  • 50 GM GULA KASTOR
  • 1 PAKET YEAST 
  • 30 GM MARGERIN
  • SECUBIT GARAM
  • 1 SUDU KECIL BREAD IMPROVER (OPTIONAL)

BAHAN LAIN
  • 16-18 BATANG SOSEJ YG KECIL
  • SEDIKIT MOZARELLA CHEESE 

UNTUK SAPUAN ATAS ROTI (FOR GLAZING)
  • SATU BIJI KUNING TELUR + 1 SUDU BESAR SUSU SEGAR (DIKOCOK/GAUL RATA)

*** GRISKAN BEBERAPA LOYANG. TAK PERLU LETAK BAKING PAPER YERR. FOR GLAZING TERPULANG NAK GUNA CARA APA PUN BOLE YERR. ***

CARA2NYA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM BM (BREADMAKER)MENGIKUT TURUTAN DARI ATAS KERR BAWAH.

2. TEKAN ON TUNGGU SIAP. KLUARKAN DOH DAN BAHAGIKAN KEPADA 40 GM SETIAP SATU. BIARKAN NAIK SELAMA 30 MINIT. SEKIRANYA TAKDE BM TAKPE JGN GUSAR. BOLE JERR ULI DENGAN TANGAN.

3. KALAU ULI TANGAN KENA LAA MASUKKAN BAHAN2 KERING TERDAHULU. GAUL RATA. KEMUDIAN BARU MASUKKAN BAHAN BASAH. ULI HINGGA LEMBUT DAN TAK MELEKAT PADA TANGAN. REHATKAN SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH.

4. KEMUDIAN BOLE LAA MEMBAHAGIKAN ADUNAN SEPERTI YG DISYORKAN ATAU IKUT BESAR KITA MAHU. REHAT KAN SELAMA 30 MINIT ATAU SEHINGGA DOH NAIK.

5. SAPUKAN EGG WASH ATAS ROTI YG TELAH NAIK. TEKANKAN SOSEJ DIATASNYA DAN TABUR SEDIKIT CHEESE.

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT ATAU LEBIH BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : MAK QIS 
RESEPI ASAL : DAILYDELICIOUS
OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

3 comments:

  1. alaaaa sedapnye...
    rase nak berguru je ng puteri tau...
    ayu kalau bab meroti ni mmg fail sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii ayu...alaa kak putri banyak main terjah jerr mana tak jadi buat sampai jadi hehehe...nak berguru eh aduhh akak mu sendiri masih belajar tau...tak pandia pun tapi bole laa sikit2 hehehe...dearr keep on trying n guna yeast yg terbaik dearr ^__^

      Delete
  2. Hii salam kenal kembali....thks alot dah sudi follow saya...insyaAllah saya pasti akan follow balik...^__^

    ReplyDelete