Wednesday, 15 October 2014

RAINBOW TIGER SKIN SWISS ROLL

Sori guys telambat sikit masukkan nt3 ni...biasa laa banyak tanggungjawap yg perlu dibereskan....huhu. Anyway jgn lupa mencuba resepi tiger skin ni yerr. Mmg menarik tau masa kejadiannya. Putri siap tunggu depan oven nak tengok hasilnya hehehe. Dengan doa dan bacaan bismillah tak henti2 huhuhu...yerr laa kan takut gak tak menjadi tau...tup2 walaahhhhh terbaik wok!!!terkesima mak bila tiger skin tetiba muncul after 2 3 minit masuk dalam oven. cantik jerr dia timbul cam bentuk padang pasir pun ada...hahaha serious tak reti nak terangkan but ofcoz laammg cam bentuk tiger skin pun...ROARRR gitu u hehehehe. Yg lawaknya sapa yg lalu kat dapur jerr mula laa putri ROARRR!! kat org tu muahahahaha sajerr ikut mood tiger gitu LOL hahahaha. Oh well apa pun jom laa kita teropong dia punya resepi yerr...jom jom. Oppss lupa lakk putri ada buat 2 roll satu pakai cream satu lagi pakai nutella...biasa laa si budak ira tu kan suka coklat jerr...cam boss lak dia hahaha. Oklaa jom jom terokai resepinya...^_^


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG SIZE 9X12)

BAHAN2 SWISS ROLL
  • 3 BIJI TELUR GRED A
  • 50 GM GULA KASTOR
  • 40 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
  • ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 SUDU KECIL OVALETTE
  • 50 ML MINYAK/BUTTER


*** KALAU GUNA BUTTER CAIRKAN DAN SUKAT SEHINGGA 50 ML ***

BAHAN2 CREAM
  • 50 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 30 GM COKLAT PUTIH DICAIRKAN

BAHAN2 TIGER SKIN CAKE
  • 6 BIJI KUNING TELUR GRED A
  • 45 GM GULA ICING DIAYAK
  • 25 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK

*** TUK SAPUAN PADA KEK TIGER PUTRI GUNA JEM STRAWBERRY JER ***




CARA2NYA SWISS ROLL

1. SATUKAN SEMUA BAHAN DIATAS KECUALI MINYAK DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 3-5 MINIT.

2. MASUKKAN MINYAK DAN PUKUL LAGI 1-2 MINIT. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN SETIAP BAHAGIA DENGAN WARNA PILIHAN.

3. GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PARCHMENT. TUANGKAN ADUNAN BERSEBELAHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. RATAKAN.

4. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KLUARKAN DAN TERBALIKKAN ATAS TUALA KECIL. DIBIARKAN SEJUK SEKETIKA.

5. SETELAH SEJUK SAPU CREAM DAN GULUNG KEMAS. SIMPAN KEK DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).


CARA2 CREAM 

1. SENANG JERR PUKUL WHIPPING CRM SAMPAI BERTANDUK THEN MASUKKAN COKLAT PUTIH YG TELAH DICAIRKAN DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI. SIAP TUK DIGUNAKAN










CARA2 TIGER SKIN CAKE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT SEHINGGA ADUNAN MENJADI SEDIKIT PEKAT PUTIH.

2. GRISKAN LOYANG DAN TUANG ADUNAN KEDALAMNYA. RATAKAN ADUNAN DENGAN MENGGERKAKAN LOYANG KE KIRI DAN KE KANAN. BIAR ADUNAN LURUT DENGAN SENDIRINYA.

3. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 230C SELAMA 5-6 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK DIBIAR SEJUK DAN TERBALIKAN ATAS TUALA.


4. KEMASKAN TIGER KEK DENGAN MEMOTONG HUJUNG ATAS DAN BAWAH KEK.

5. SAPUKAN JEM ATAS TIGER SKIN KEK DAN LETAK RAINBOW ROLL TADI DIATASNYA. ROLL PERLAHAN2 DAN BALUT DENGAN CLING PLASTIK. SIMPAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA SEJAM SEBELUM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER SWISS ROLL : MAMAFAMI
SUMBER TIGER SKIN  : MANDY


































FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. Assalamualaikum sis.. Saya nak cuba buat tapi saya tak faham step no 5 selepas membuat tiger skinnya dan apabila nak letak kek rainbow roll di atas tiger skin tu...nak letak kek rainbow roll di tengah tengah tiger skin atau di hujung tiger skin?
    Kek rainbow yg letak di atas tiger skin ialah kek rainbow yg telah di roll diawal tadi atau tak perlu roll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...maafkan putri sbb lambat reply....kita perlu bakar rainbow kek tu dulu dan gulung serta ketepikan...kemudian kita bakar pula tiger skin kek dan bila dah masak kita sapu jem dan letak rainbow roll diatas tiger skin kek tu bahagian hujung bukan tengah yerr dan roll kemas2. Harap jawapan putri dapat membantu yerr...^__^

      Delete