Sunday, 10 March 2013

SWISS CHOCO MOUSSE CAKE

Salam hujung minggu pada teman2 semua. Hujung2 minggu cam ni bersantai bersama keluarga mmg seronok kan. Nak2 bila cik hubby kata tak yah masak sayang kita makan luar jerr...Fuuhhhh laju mak KIAH jawap...yerr laa bang ikot suka abg laa..ingat nak masak tadi (action jerr tu cakap...wahahaha). Tau dah dalam hati mesti kata Fuhhh selamat tak yah pening2 pikir nak masak apa kan kan tau dah dalam hati tu duk berkata tak mau ngaku jerr muahahaha. Alaa putri pun ada juga rasa macam tu...rasa macam nak masak kerr taknak masak ek...hehehe....tapi kan jarang2 tau dapat rasa Off dari memasak ni memandangkan dalam umah ni semua tak berapa gemar nak makan luar. Soalnya mereka tak tau nak beli makan apa kat kedai tu. Sanggup makan simple2 cam lauk singgang kerr lauk tumis air dari makan makanan kedai katanya...walaupun hahaha. Sbb tu bila ada kesempatan cam ni...jgn lepaskan u aolls masa ni laa kita dapat berbual panjang ngan anak2 dan hubby. Jalan2 window2..belek2 and touching2 the barang2 kan kan hehehe. Apa pun setiap hujung minggu adalah hari yg putri nanti2kan. Bila monday jerr LEMAU tapi bila friday tetiba jiwa bergelora bersemangat maut dibuatnya cam hyper laa pulak jadinya ekekeke. 

Ok hari ni putri nak share cara nak buat corak semangka tu pada u aolls. Inspirasi dari teman putri yg bernama Zita Ali tu yg terhasil corak tembikai tu. Tak susah mana pun nak membuatnya...senang jerr. Resepinya sama jerr putri gunakan resepi yg sedia ada. Seperti biasa putri tetap memilih resepi yg senang di adun dan tak cerewet. Putri masih gunakan resepi seperti membuat Dealova cake. Sama juga kalau nak buat swiss roll kita gunakan resepi ni sbb utamanya kek ni sangat2 tak cerewet...lembut dan sedap. Kalau ada setengah2 kek tu kena asingkan putihnya dan kuningnya kan tapi kek ni mudah all in gitu hehehe. Ok tak perlu risau sbbnya putri akan masukkan sekali resepinya tuk ruangan disini. Jom laa apa yg duk ternga ngah lagi tu kang masuk dik lipas terbang baru tau hahaha.


*** Yg bakal putri share hanya corak luarannya sahajerr manakala dalamnya anda bole memilih jenis2 kek atau mousse pilihan anda. Kalau nak letak ais krem sepenuhnya pun bole terpulang. Yg putri buat hanya kek biasa yg diwarnakan. 

BAHAN2 KEK 

- 70 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
- 3 BIJI TELUR GRED A
- 60 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
- 2 SUDU KECIL OVALETTE 
- 60 ML MINYAK SAYURAN/MINYAK JAGUNG 
- PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING
- SEDIKIT COKLAT PASTE (UNTUK DIHIASA MENJADIKAN BIJI SEMANGKA)


BAHAN2
CHOCOLATE MOUSSE FILLING

- 100 ML WHIPPING KREM NON DAIRY
- 1 SUDU KECIL GELATINE
- 50 ML AIR
- 70 GM COKLAT
- 1 BIJI PUTIH TELUR GRED A
- 1 SUDU BESAR GULA KASTOR 




CARA-CARA KEK

1. SEPERTI BIASA, SEDIAKAN LOYANG SWISS ROLL(PUTRI GUNAKAN LOYANG YG SEDIA ADA SAHAJERR 10X10X1).  ALASKAN DENGAN BAKING PAPER. SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA.

2. SATUKAN KESEMUA BAHAN DI ATAS KECUALI MINYAK DAN PEWARNA DI DALAM MANGKUK DAN PUTAR HINGGA PEKAT LIKAT.

3. KEMUDIAN TUANGKAN MINYAK MASAK/MINYAK JAGUNG DAN KACAU SEBATI DENGAN SENDUK KAYU ATAU SPATULA.

4. ASINGKAN 2 SUDU BESAR PADA SETIAP MANGKUK (KITA PERLUKAN 3 MANGKUK) MANAKALA SELEBIHNYA DIBIARKAN PUTIH. LETAKKAN WARNA HIJAU, KUNING DAN MERAH PADA MANGKUK YG BERASINGAN TADI. 

5. KEMUDIAN LETAK SETIAP WARNA DALAM PIPING BAG BERASINGAN JUGA DAN BOLE MULA MENCORAK DIATAS LOYANG SEPERTI DALAM GAMBAR.

6. BAKAR CORAK SEMANGKA NI PADA SUHU 160C SELAMA 1-2 MINIT DAN KLUARKAN. SEJUKKAN SEBENTAR.

7. PAIPKAN WARNA PUTIH DIATAS CORAK TADI MENUTUPI SEMUA CORAK2NYA.

8. BAKAR SEMULA PADA SUHU 160C-170C SELAMA 10-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEM MASING2.

9. KLUARKAN DARI LOYANG DAN TERBALIKKAN. ANDA AKAN DAPAT MELIHAT CORAKNYA APABILA DITERBALIKKAN. POTONG MENGIKUT SIZE YG DIKEHENDAKI. MAAF PUTRI TERLUPA NAK SNAP GAMBAR SEMASA MEMOTONG KEK YG TELAH SIAP DIBAKAR.

10. SEPERTI DALAM GAMBAR ANDA BOLE MELIHAT SECARA RINGKAS BAGAIMANA PUTRI MENGHIASA KEK PUTRI. TIDAK SECARA KESELURUHANNYA ATAS SBB2 TERMISS NAK SNAP GAMBARNYA HUHUHU. AKAN TETAPI MASIH BOLE MEMBAYANGKAN STEP2 YG SEDIA ADA. 


*** PERHATIAN YERR SAPUAN PADA KEK PUTRI GUNAKAN COKLAT GANACHE. RESEPINYA BOLE KLIK SINI. BILA KEK DAH SIAP SEPENUHNYA AKHIR SEKALI BARU CORAKKAN BINTIK2 SEBAGAI BIJI SEMANGKA DENGAN MENGGUNAKAN COKLAT PASTE DAN TOOTHPICK. ***



DAH SEJUK KEK NI KITA POTONG IKUT SIZE YG KITA NAKKAN...PUTRI POTONG HAMPIR 3 INCI TINGGI IKOT SIZE RING CAKE YG PUTRI ADA.

CARA2 COKLAT MOUSSE FILLING

1. MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR....BIARKAN GELATIN LARUT DENGAN SENDIRINYA.

2. MASAK COKLAT SECARA DOUBLE BOILER SEHINGGA COKLAT CAIR.

3. SETELAH COKLAT CAIR...MASUKKAN GELATINE TADI KEDALAM COKLAT YG MASIH PANAS TADI DAN GAUL HINGGA RATA. KETEPIKAN.

4. PUKUL PUTIH TELUR HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK. MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI HINGGA ADUNAN MENJADI KILAT DAN BERTANDUK. BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH.

5. PUKUL PULA WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG BERTANDUK. SATUKAN BAHAN TELUR DAN COKLAT KEDALAM MANGKUK WHIPPING TADI DAN GAUL DENGAN KAEDAH KAUP BALIK...JGN SAMPAI ADUNAN CAIR OK...ADUNAN TETAP KEMBANG PEKAT CAM TU.....

6. SETELAH SIAP MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN DI ATAS KEK TADI. SEJUKKAN KEK BEBERAPA JAM SEBELUM MEMOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE

8 comments:

  1. perg...lawa giler...dan rasanya x sangup la nk buat....banyak beno kerenahnyer...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe thks dearr kejadian mmg menarik tapi kena ada kesabaran nak membuatnya mmg benar banyak yg nak kena buat tau hehehehe...

      Delete
  2. Mengancamnyeeee kek ni kakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thks my dearr...sesuatu yg tak mungkin kita dapat kat kedai tau so buat sendiri..kira sentuhan tersendiri gitu hehehe

      Delete
  3. Kak....lawa la sgtt!!!!
    -darling han

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darling thks dearr...u pun dah try kan kek ni lembut kan dearr...

      Delete
  4. Cantek kek ni kreatif sungguh.....Terliur tengok kek tu



    ReplyDelete
    Replies
    1. Thks for ur compliment my fren....try laa buat...

      Delete