Tuesday, 26 February 2013

CHOCOLATE MARBLE CASTELLA


Aduhaiii seharian bz sangat2 sampai tak sempat nak masukkan resepi ni. Soriii sangat2 kat teman2 semua yg setia menanti tanpa jemu. Ni pun putri secepatnya cuba masukkan tau huhu. Ok nak citer sikit pasal kek ni....resepi kek ni dari Anncoo yg mana putri terjumpa masa melayari internet. Thks Ann for sharing the recipe. Kek ni texture dia sangat2 lembut bak tilam yg tebal BERspring tu hahaha. Betul ni teman2...mmg lembut gilerr arr kek ni sbbnya dia guna tepung roti instead of tepung kek atau tepung gandum. Sbb tu rasa dia kurang manis cam kek2 yg kita pernah buat. Dnt wori tetap ada rasa juga laa. Actually resepi yg ann tu buat adalah Matcha marble tapi putri olah jadi coklat huhu. Well matcha ni sejenis serbuk teh dari jepun kot. Tak pernah lagi terjumpa atau gi cari tu pasal tak bole nak share jenis powder tu. Putri rasa laa kan kek yg dia buat tu tentu rasanya more like a tea kinda of taste sbb guna serbuk teh tu. Tapi apa yg putri suka ttg kek ni ianya lain dari yg lain sbb guna tepung roti. Patut laa texture dia mak oiiii gebus cam tilam 20 inci tau muahahaha terlebih sudah. U guys kalau nak tau betui kerr tak cer try buat. Haa tunggu apa lagi...jom bongkar rahsianya yuk hehe jom jom...


BAHAN2NYA (GUNA LOYANG 7")

- 5 BIJI PUTIH TELUR GRED A
- 130 GM GULA KASTOR
- 5 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 100 GM TEPUNG ROTI
- 2 SUDU BESAR MADU DIBANCUH DENGAN 2 SUDU BESAR AIR PANAS
- 1 SUDU KECIL COKLAT PASTE
- 1 SUDU KECIL OVALETTE




CARA2NYA

*** LOYANG DI GRIS TERDAHULU DAN LETAK PARCHMENT PAPER ATAU BAKING PAPER. ***

1. PUKUL PUTIH TELUR HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

2. MASUKKAN GULA SEDIKIT2 DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

3. MASUKKAN PULA KUNING TELUR SEBIJI2 DAN PUKUL HINGGA KEMBANG PEKAT.

4. MASUKKAN PULA TEPUNG, OVALETTE DAN MADU PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA SEBATI. JGN TERLALU LAMA MEMUKUL HANYA SEMINIT ATAU KURANG SAJERR.

5. PASTIKAN ADUNAN TETAP GEBU DAN PEKAT. ASINGKAN 120 GM ADUNAN NI DAN LETAK COKLAT PASTE. SELEBIHNYA DIBIARKAN PUTIH.

6. MULAKAN PROCESS MEMBELANGKAN ADUNAN NI DENGAN MEMASUKKAN 4 SUDU BESAR WARNA PUTIH DAN 1 SUDU BESAR WARNA COKLAT...BUAT SAMPAI HABIS. NANTI HASILNYA WALAHHHH TIPIS DAN HALUS JERR JALUR COKLAT TU CER TRY.

7. BAKAR PADA SUHU 160C SELAMA 40-45 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

8. BILA DAH MASAK KLUARKAN DAN CEPAT2 TERBALIKKAN KEK TUK MENGELAK DIA DARIPADA MENGECUT. BIARKAN LOYANG BERSAMA KEK DIPOSISI TERBALIK. TUNGGU SEJUK BARU KELUARKAN DARI LOYANG DAN SEDIA TUK DIHIDANG.


*** P.S ANDA BOLE LIHAT KEK KELIHATAN LICIN DI BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH KEK. INI KERANA TEPUNG YG DIGUNAKAN. KALAU NAK GUNA PAKAI TEPUNG LAIN BOLE JUGA KOT TAPI HASILNYA AGAK BERBEZA SIKIT. ***

SELAMAT MENCUBA!!!









FOR THIS RECIPE

2 comments: