Tuesday, 10 April 2012

ROTI NAAN

FUHHH UJAN2 MAKAN NI MMG SODAPPP..TAK TAU LERR NAPA EK BILA UJAN JERR PERUT CAM AUTOMATIC KERONCONG MAUT MINTAK MAKANAN HEHEHEHE. SO TERBUAT LERR ROTI NAAN NI YOOO MAAANNN WA TKA TIPU LU ORG.....WA CAKAP MMG WAAA ANGKAT TANGAN SURRENDER BEB SBB SEDAP SANGAT HAHAHAHAAH...AYUH CUBA LAA TRY BUAT...TAK SURE SAPA YG MULA2 BUAT ROTI NAAN NI YG PASTI THKS BANGET PADA YG SUDI SHARE RESEPI NI...PUTRI DAPAT SUMBER NI DARI MUMMYHAMIM...THKS MUMMY MMG YUMMY PUNG TAU HEHEE...YUK YUK IKOT PUTRI KITA PI MENCANGKUL RESEPI WAHAHAHA....

ROTI NAAN

BAHAN-BAHAN ( 8 KEPING SEDERHANA BESAR )

• 375 G TEPUNG GANDUM
• 125 G TEPUNG NAIK SENDIRI
• 125ML PLAIN YOGURT (LOW FAT PUN BOLEH)
• 1 SUDU KECIL SERBUK YEAST ( RENDAM DALAM 250ML AIR SUAM)
• 1 SUDU BESAR BUTTER/MARGERIN (OLIVE OIL LG SEDAP)
• 1 SUDU BESAR GULA PASIR
• SEDIKIT GARAM


CARA-CARA

1. RENDAM TERLEBIH DULU YIS DIDALAM CAWAN BERISI AIR SUAM2 KUKU. TUNGGU SEHINGGA YIS TIMBUL.

2. SEMENTARA ITU, DI DALAM MANGKUK BERASINGAN. CAMPURKAN TEPUNG GANDUM, TEPUNG NAIK SENDIRI, GULA GARAM DAN BUTTER DAN DIGAUL RATA.

3. MASUKKAN YEAST(YG DIRENDAM TADI) DAN YOGURT, ULI SEHINGGA SEBATI DAN LEMBUT.(SEKIRANYA LEMBIK BOLE TAMBAH TEPUNG SIKIT BEGITU JUGA SEBALIKNYA..BOLE TAMBAH AIR JIKA PERLU)

4. ULI SEHINGGA AGAK LEMBUT, DAN BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 8.. BULAT2KAN UNTUK DIPERAM SEKETIKA (SAMPAI KEMBANG DAN GEBU)

5. CANAI LEPER, DAN BAKAR ATAS KUALI (PREFERABLE NON STICK PAN) LEPER TANPA MINYAK, API KECIK, TUNGGU SAMPAI KEMBONG2 SIKIT, BARU TERBALIKKAN.

6. UNTUK YG SUKA MAKAN CHEESE…NI CARA2 BUAT NAAN CHEESE…

7. UNTUK NAAN CHEESE:

8. SETELAH CANAI LEPER, TABURKAN CHEESE DAN GULA

9. CANAI ANOTHER NAAN AND TINDIHKAN DAN CANAI SEMULA. SIAP UNTUK DIBAKAR DIATAS DAPUR.

SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG SIMPLE DIKIR PUTRI.…HEHEHEHE

BAHAN2NYA

1KG DAGING- DIPOTONG DADU SEDERHANA BESAR
200 ML SANTAN PEKAT(PUTRI PAKAI SANTAN KOTAK KARA JERR HUHUHU)
200 ML SANTAN CAIR(PUTRID GUNA KOTAK SANTAN YG SAMA TUK DAPATKAN SANTAN CAIR TU)BOLE TAMBAH JIKA PERLU
100 ML AIR ASAM JAWA
1 SUDU BESAR GULA PASIR
5 SUDU BESAR REMPAH KARI DAGING
3 PACKET KERISIK(SAPA2 RAJIN BOLE ARR BUAT SENDIRI HEHE)
GARAM SECUKUPNYA
2 BATANG SERAI DITITIK
JIKA SUKA BOLE LETAK DAUN LIMAU

BAHAN2 KISAR

15 TANGKAI CILI KERING(BOLE KURANG ATAU TAMBAH JIKA MAHU)
2 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT HALIA
8 BATANG SERAI

CARA2NYA

TUMIS BAHAN2 KISAR SEHINGGA GARING DAN NAIK BAUNYA. MASUKKAN REMPAH KARI DAN KACAU RATA. BIAR SEHINGGA BAHAN2 GARING SEDIKIT. SETELAH GARING MASUKKAN DAGING DAN SANTAN CAIR. GAUL BAHAN2 DAN BIARKAN MENDIDIH SEKETIKA. SETELAH MENDIDIH MASUKKAN SANTAN PEKAT,AIR ASAM JAWA DAN GULA. KACAU RATA DAN BIAR SEHINGGA DAGING EMPUK.(KENA SELALU KACAU LAUK NI KALAU TAK NANTI HANGUS BAWAH DIA). SETELAH DAGING EMPUK MASUKKAN SERAI TITIK,DAUN LIMAU DAN KERISIK. KACAU RATA DAN MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA. MASAK SEHINGGA KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT….PASTIKAN SAMPAI PECAH MINYAK DALAM KUAH TU. SEDIA TUK DIHIDANG….SENANG JERR KAN HUHUHU.



4 comments:

  1. assalamualaikum Puteri,
    waahh ade roti naan la..minta halal resepi ye puteri..sedap lak nengok naan ni..bila senang boleh try

    ReplyDelete
  2. Iza Akma....W'salam dearr pastinya halal silakan..mmg dap tau try laa...^_^

    ReplyDelete
  3. kalo tak masukkan yogurt tu boleh ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. takot tak menjadi lak dearr...tapi bole try kalau nak....^_^

      Delete