Seperti yg putri janjikan tadi siang maka terlaksana sudah hasrat hendak berkongsi resepi Choux Crquelin nie dengan teman2 semua. Putri sedaya upaya menghabiskan edit mengedit secepatnya supaya teman2 dapat mencubanya secepat yg bole. Actually kann mak baru balik keje tau tapi mak gagahkan diri tuk masukkan n3 kali nie. Lambat la sikit kann sbbnya mak kena stop mana nak masak...solat n makan malam lagi kannn then nak rehat lagi hahaha biasa laa sejak dah remaja nie semakin lemau dibuatnya tau ngee. Kali nie tak bole nak story banyak yerr apa pun kita rempuh jerr laa tengok resepi terus...jom jom!
P.S puff nie takde cream pun dah sedap sbb atas puff tu dah memberi perisa yg seimbang harap maklum hehe tapi mak tetap letak cream gak sbb mak suka yg penuh gituu ngee.
BAHAN2
BAHAN2
CARA2 MEMBUAT CRACKER CABBAGE
BAHAN2
CRACKER CABBAGE
- 40 GM BUTTER LEMBUT
- 50 GM BROWN SUGAR
- 50 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
CABBAGE (PUFF)
- 125 GM AIR
- 60 GM BUTTER LEMBUT
- SECUBIT GARAM
- SECUBIT GULA KASTOR
- 80 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
- 125 GM TELUR YG DIPUKUL SEDIKIT
1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN GAUL DENGAN HUJUNG JARI HINGGA MENJADI SATU DOH YG TIDAK MELEKAT PADA TANGAN. BOLE LIHAT GAMBAR.
2. MASUKKAN DOH DALAM PLASTIK DAN SIMPAN DALAM FREEZER SELAMA 5 MINIT.
3. KELUARKAN DOH DAN CANAI DOH NIPIS2 DIANTARA DUA KERTAS PARCHMENT SEPERTI DALAM GAMBAR.
4. GUNAKAN COOKIES CUTTER YG BULAT BERSIZE 3CM (1"INCI) DAN CETAK HINGGA ABIS. SEKIRANYA ADUNAN MULA LEMBIK MASUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SELAMA BEBERAPA MINIT DAN MULAKAN KEMBALI PROCESS CETAK SAMPAI HABIS.
5. SIMPAN ADUNAN YG TELAH DICETAK DALAM TUPPERWARE DAN SEJUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SEHINGGA TIBA WAKTU HENDAK MENGGUNAKANNYA.
1. SATUKAN AIR, BUTTER, GULA DAN GARAM DALAM PERIUK NON STICK DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA KECIL SEHINGGA BUTTER LARUT.
2. KECILKAN API DAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KACAU2 HINGGA MENJADI SATU DOH YG TAK MELEKAT PADA PERIUK SEPERTI DALAM GAMBAR.
3. MATIKAN API DAN KLUARKAN ADUNAN DARI PERIUK DAN MASUKKAN KE DALAM MANGKUK MIXER.
4. PUKUL SEBENTAR ADUNAN BAGI MENYEJUKKANNYA SEDIKIT.
5. AKHIR SEKALI MASUKKAN TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL HINGGA SEBATI BARSATU.
6. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEATAS LOYANG YG TELAH DIALAS PARCHMENT PAPER. PIPEKAN SEBESAR 1" INCI. BOLE LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKKAN.
7. KLUARKAN ADUNAN CRACKER DAN LETAK ATAS ADUNAN PUFF SEPERTI DALAM GAMBAR. TEKAN SEDIKIT SUPAYA MELEKAT.
8. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 25-30 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH ADUNAN KEPERANGAN MATIKAN API OVEN. TANPA MEMBUKA PINTU OVEN, BIARKAN ADUNAN DIDALAM OVEN SELAMA 10 MINIT LAGI SEBELUM MENGELUARKANNYA.
9. SETELAH 10 MINIT KLUARKAN ADUNAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEBELUM MENYIMPANNYA DALAM TUPPERWARE KEDAP UDARA. NAK TERUS MAKAN PUN BOLE MMG SEDAP!!! ULANGI PROCESS MEMBAKAR PUFF YG LAIN HINGGA ABIS SEPERTI WAKTU YG TELAH DISYORKAN.
10. SEKIRANYA HENDAK MENGGUNAKAN APA2 CREAM PASTIKAN ADUNAN BETUL2 SEJUK BARU LAH BOLE MASUKKAN CREAM. UNTUK RESEPI CREAM SILA KLIK SINI
SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : MAMAN
OLAHAN : PUTERI MANJA