Friday, 24 October 2014

CHOCOLATE BREAD FINGERS

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 cayang. Sebelum masuk sabtu minggu yg akan memBZ kan putri so dengan pantas laa putri masukkan NT3 kali ni. Dengan resepi yg sangat2 mudah ni hanya guna 3 bahan sahajerr dah membuat ku teruja nak mencubanya. Surf punya surf terjumpa laa wedsite yg menyajikan resepi mudah ni. Menurut adik kita ni dia dah banyak kali makan benda ni yg dia order melalui rakannya. So dia pun buat laa test nak tau benda ni diperbuat dari apa so nak dijadikan cerita dia telah mendapat tau bahawasanya benda yg dia selalu order tu diperbuat dari roti. Wah dengan senang hatinya dia pun terus membuatnya dan share kat blog dia apa2 bahan2 yg digunakan. Jadi terhasil laa jejari ni yg putri beri nama dari melayu kerr omputih CHOCOLATE BREAD FINGERS....sbb apa tukar nama kerr omputih sbb lebih menarik gitu hehehe. Anyway tak kira laa apa pun namanya yg pasti putri sangat berterimakasih pada adik nabila kita ni yg sudi nak sharekan resepi ni. Ada jugak putri perasan beberapa blog yg dah mencuba buat resepi ni tahun ni...mmg sedap u aollsss dah lerr senang maut kenyit mata jerr dah siap beb hehehe. Rasanya budak2 sekolah rendah pun bole buat tau. Yakin laa MAKANAN ni adalah YG TERLAZAT pernah putri rasa. So putri sangat2 rekomen resepi ni. Sangat sesuai jugak diabuat pada hari raya atau buat kudap2an. Laju jerr benda ni akan abis dimakan....silap2 baru celup anak2 dah berebut2 ngap yg tinggal hanya bayangan gurauan bercinta...muahahaha apa punya ayat dah huhu. Anyway takmau citer banyak walaupun telah terbanyak celoteh...ngee...kita imbas bahan2nya yerr...jom jom




BAHAN2NYA
  • 1 PAKET ROTI TOP 1 YG TINGGI TU ATAU HI 5 ATAU APA2 ROTI YG ADA (DISYORKAN ROTI YG TERSEBUT SBB LEBIH SEDAP)
  • NESTUM CEREAL
  • 500 GM OR MORE COOKING CHOCOLATE

***MULA PUTRI INGAT NAK PAKAI BADAM BUAT SALUT DIA TAPI BILA PUTRI BUAT PERBANDINGAN TERNYATA CUKUP HANYA MENGGUNAKAN NESTUM SBBNYA DAH SANGAT2 SEDAP DAN TERLAJAK LAZATNYA DARI BADAM SO TERUS PUTRI SIMPAN BADAM N GUNA NESTUM. APA2 PUN TERPULANG PADA TEKAK U AOLLS LAA YERR NGEEE ***

CARA2NYA

1. SEKEPING ROTI DIPOTONG 2 DAN HIRIS MEMANJANG (ANGGARAN DALAM 18 POTONGAN BAGI SEKEPING ROTI) BOLE LIHAT GAMBAR DIBAWAH NI.

2. SUSUN ROTI RAPAT2 DALAM LOYANG DAN BAKAR ROTI PADA SUHU 160C SELAMA 20-25 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

3. UNTUK KESEMPURNAAN DAN KERANGUPAN PADA ROTI TERBALIKKAN ROTI YG TELAH DIBAKAR DAN BAKAR LAGI 7-8 MINIT. JGN SAMPAI RENTUNG PULAK YERR. BILA DAH MASAK KLUARKAN DAN DISEJUKKAN.

4. CAIRKAN COKLAT SECARA DOUBLE BOILER ATAU LEBIH MUDAH CAIRKAN PAKAI MICROWAVE JERR LEBIH CEPAT HANYA 5-8 SAAT DENGAN KEPANASAN PALING TINGGI.

5. CELUPKAN ROTI YG TELAH DIBAKAR DAN DISEJUKKAN TADI KEDALAM COKLAT CAIR DAN GOLEKKAN DALAM NESTUM. WALAAAA SIAP SUDAH. SIMPAN DALAM KEDAP UDARA DAN INSYAALLAH BERTAHAN LEBIH LAMA SEKURANG2 2-3 MINGGU. TAPI YAKIN LAA SETELAH SIAP FINGERS NI GERENTI SEHARI DAH ABIS!!!


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : NABILA
OLAHAN : PUTERI MANJA




















FOR THIS RECIPE

Friday, 17 October 2014

JEMPUT2 PISANG PUTRI STYLE

Bila kita sebut sajerr pasal jemput2 pisang ramai pastinya kenal sangat2 apa kuih ni kan. Seperti yg putri tau dulu ada juga laa terjualnya potas. Potas ni kalau kat msia mmg ada banyak terjual dimana2. Sini dah tak jual lagi dah. Potas ni seringkali digunakan pada masakkan jemput2 pisang ni agar jemput2 ni naik bulat kembang dan tak kuncup2 gitu. So sebagai ganti banyak yg gunakan baking powder atau baking soda tuk menaikkan jemput2 ni. Hasilnya mmg serupa jerr seperti potas. Aduna tuk jemput2 pisang bergantung kepada kualiti pisang tu sendiri. Kalau pisang terover masak@benyek....kalau sebut tu be bunyi bawah oteyyy kalau bunyi atas be...beras camtu hahahaha so yg ni bunyi dia bibir bawah be...beca haa kannn LOL muahahaha....apa jerr huhuhu. Then kalau pisang terover masak ni dia akan mengeluarkan cecair yg banyak dari pisang yg kurang masaknya. Pisang yg kurang sikit masaknya agak kering dari yg terover masak. So sbb semuanya bergantung kepada pisang tu sendiri. Seperti yg putri tulis dalam cara2nya...setelah bancuh adunan test tengok apa yg kurang. Yg pasti adunan tak bole lembik sbb kalau lembik nanti minyak akan menyerap. Lebih tepung sikit pun tak perr sbb tu kita tambah gula supaya jemput2 bila dah masak sesuai dengan manis yg kita inginkan. Apa2 kita cuba jerr laa ek. Ok laa jom robek resepi hahaha jom jom.



BAHAN2NYA
  • 600 GM PISANG DILENYEK2
  • 3 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 3 SUDU BESAR TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
  • 300 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
  • 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
  • 2 SUDU BESAR AIR MASAK
  • SECUBIT GARAM

*** TEPUNG DAN AIR BERGANTUNG KEPADA ADUNANNYA NANTI BILA KITA DAH BANCUH SEMUANYA YERR...APA YG KURANG KITA TAMBAHKAN LAGI ***



CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS DAN KACAU RATA. ANDA BOLE TEST SEDIKIT DULU. MASUKKAN SEBIJI DUA ADUNAN KEDALAM KUALI DAN GORENG HINGGA KEKUNINGAN. THEN BILA DAH MASAK BOLE LIHAT DALAM TU LEMBIK ATAU SEBALIKNYA THEN KITA ADJUST LAA SAMADA NAK TAMBAH SIKIT LAGI TEPUNG ATAU PUN AIR YERR. SBBNYA ADUNAN BERGANTUNG KEPADA PISANG TU SENDIRI. KALAU JENIS PISANG YG MASAK SANGAT IA MENGELUARKAN CECAIR YG BANYAK SO JGN TAMBAH AIR. ADA PISANG AGAK KERING SEDIKIT SO KENA GUNA SEDIKIT AIR YERR. PASTIKAN ADUNAN TIDAK LEMBIK YERR SBB KALAU LEMBIK IA AKAN BERMINYAK DAN BERKEDUT2 BILA DAH DIMASAK. MMG KENA LEBIH TEPUNG TAPI AGAK2 LAA YERR.

2. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DENGAN API YG KECIL DULU BILA DAN MASUK BANYAK DALAM KUALI BOLE LAA BESARKAN APINYA SEDIKIT DAN SENTIASA MENGACAU ADUNAN DALAM KUALI PANAS SUPAYA PISANGNYA MASAK DENGAN RATA. PISANG KALAU DAH BULAT2 AGAK SUKAR NAK TERBALIKNYA SO KENA LAA SENTIASA MENGACAUNYA KETIKA MASAK SUPAYA MASAKNYA SEKATA.

3. MASUKKAN ADUNAN MENGGUNAKAN HUJUNG JARI. JGN GUNA SUDU NANTI PISANG TAK JADI BULAT ALA2 BOM NANTI. GUNA HUJUNG JARI TUK MASUKKAN PISANGNYA. BAGI PUTRI SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN PUTRI AKAN BASAHKAN SEDIKIT JARI2 NI THEN RENJIS2 SIKIT BARU CELUP KER DALAM ADUNAN TUK BULAT2KAN LALU MASUK DALAM KUALI. API KECIL LAA DULU KALAU TAK NANTI BARU MASUK 3-4 BIJI DAH HAGUS LAK HEHEHE. APA2 PUN PUTRI YAKIN U AOLLSS SEMUA TAU BAB2 MASAK PISANG BOM NI KAN CUMA RESEPINYA JERR BEZA SIKIT.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER DAN OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

Thursday, 16 October 2014

BONESTEAK PUTRI STYLE

Episode kali ni mak nak share resepi lauk yg mak buat masa raya haji kemarin. Jgn marah haaa sbb baru ni laa mak free nak type resepinya. Mak cukup suka cara masakkan cam ni tau. Mak tak ingat nama org yg share resepi ni sbb mak amik dari suria channel sikit masa dulu. Dah takde dah link suria resepi lama ni. Yg pasti banyak yg dah mak ubah mengikut selera tekak mak ni hehehe. Apa pun mak ucap terimakasih banyak2 kat org tu diatas resepi basic yg pernah disharekan di lelaman suria tu. Ikutkan resepi ni guna daging beefsteak tapi mak ubah tukar bonesteak. Makan dengan roti fuhhhhh berasap2 telinga dengan rasanya yg begitu hebat...wah hebat kerr ngeee. Tak banyak pic sbb semua dah kelaparan so snap sesikit terus serbu ngadap bonesteak ni. Anyway bagi yg nak mencubanya bole laa try resepi ni yerr...insyaAllah pasti akan sukakan hasilnya. Mak dah ratus kali masak lauk ni tau...hehe. Bonesteak mamak style ni mak tak berapa nak on sbb kena guna warna dalam lauk tu yg tak best. Kalau kek ok laa mmg guna banyak pewarna kalau lauk ni mak ada sikit cam hmmm hahahaha. Oh well selera masing2 kan. Kalau makan luar tu sesekali bole laa jugak tapi tak bole selalu oteyyy. Oklaa guyss apa tunggu lagi pi lerr amik pen kita salin resepinya ok...jom jom

BAHAN2NYA

A
  • 2 KG TULANG KAMBING
  • 5 INCI HALIA DI KETUK SEDIKIT
  • AIR YG PENUH MENUTUPI TULANG
  • 1 KEPING SUP BUNJUT 



*** PUTRI ADA TAMBAH ISI DAGING KAMBING SEKALI. REBUS TULANG SEJAM THEN MASUKKAN DAGING DAN REBUS LAGI SEJAM...SO TOTAL 2 JAM IN ALL.  ***



B
  • REMPAH BEEFSTEAK $2 (BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR)
  • 3 SUDU BESAR REMPAH KARI BABAS (BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR)
  • ½ BOTOL SOS CILI MAGGI
  • ½ BOTOL SOS TOMATO MAGGI
  • 3 SUDU BESAR KICAP MANIS
  • 3 SUDU BESAR KICAP MASIN
  • GARAM DAN GULA@SECUKUP RASA
  • SEDIKIT AIR JIKA PERLU

*** BOLE JERR KALAU NAK LETAK KENTANG, KOBIS CARROT DAN LAIN2 MENGIKUT SELERA MASING2.  SOS CILI GUNA BRAND MAGGI YERR LAIN BRAND MMG RASA PELIK SIKIT NANTI  ***


BAHAN2 TUMIS
  • 10 TANGKAI CILI KERING + 3 TANGKAI CILI PADI KERING
  • 4 BIJI BAWANG BESAR
  • 2 ULAS BAWANG KECIL
  • 5 ULAS BAWANG PUTIH
  • 1 INCI HALIA

*** SEMUA BAHAN2 TUMIS NI DIBLEND HALUS ***



CARA2NYA

1. REBUS BAHAN2 A TULANG DENGAN AIR YG MENUTUPI TULANG SELAMA 2 JAM. SEKIRANYA AIR KERING ATAU BERKURANGAN BOLE TAMBAH SEDIKIT TAPI JGN TERLALU BANYAK SBB NANTI KITA AKAN CURAH BAHAN2 TUMIS KEDALAM PERIUK REBUS NI.

2. TUMIS BAHAN2 YG TELAH DIBLEND HALUS TADI SEHINGGA GARENG DAN NAIK BAUNYA.

3. SETELAH GARENG CURAH KE DALAM REBUSAN TULANG TADI YG TELAH EMPUK DAN MASUKKAN BAHAN2 B.

4. DIDIHKAN SEHINGGA KUAH MENJADI PEKAT SEPERTI YG DIKEHENDAKI. SIAP TUK DIHIDANG.

SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : RESEPI DARI SURIA CHANNEL
OLAHAN : PUTERI MANJA





FOR THIS RECIPE


Wednesday, 15 October 2014

RAINBOW TIGER SKIN SWISS ROLL

Sori guys telambat sikit masukkan nt3 ni...biasa laa banyak tanggungjawap yg perlu dibereskan....huhu. Anyway jgn lupa mencuba resepi tiger skin ni yerr. Mmg menarik tau masa kejadiannya. Putri siap tunggu depan oven nak tengok hasilnya hehehe. Dengan doa dan bacaan bismillah tak henti2 huhuhu...yerr laa kan takut gak tak menjadi tau...tup2 walaahhhhh terbaik wok!!!terkesima mak bila tiger skin tetiba muncul after 2 3 minit masuk dalam oven. cantik jerr dia timbul cam bentuk padang pasir pun ada...hahaha serious tak reti nak terangkan but ofcoz laammg cam bentuk tiger skin pun...ROARRR gitu u hehehehe. Yg lawaknya sapa yg lalu kat dapur jerr mula laa putri ROARRR!! kat org tu muahahahaha sajerr ikut mood tiger gitu LOL hahahaha. Oh well apa pun jom laa kita teropong dia punya resepi yerr...jom jom. Oppss lupa lakk putri ada buat 2 roll satu pakai cream satu lagi pakai nutella...biasa laa si budak ira tu kan suka coklat jerr...cam boss lak dia hahaha. Oklaa jom jom terokai resepinya...^_^


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG SIZE 9X12)

BAHAN2 SWISS ROLL
  • 3 BIJI TELUR GRED A
  • 50 GM GULA KASTOR
  • 40 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
  • ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 SUDU KECIL OVALETTE
  • 50 ML MINYAK/BUTTER


*** KALAU GUNA BUTTER CAIRKAN DAN SUKAT SEHINGGA 50 ML ***

BAHAN2 CREAM
  • 50 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 30 GM COKLAT PUTIH DICAIRKAN

BAHAN2 TIGER SKIN CAKE
  • 6 BIJI KUNING TELUR GRED A
  • 45 GM GULA ICING DIAYAK
  • 25 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK

*** TUK SAPUAN PADA KEK TIGER PUTRI GUNA JEM STRAWBERRY JER ***




CARA2NYA SWISS ROLL

1. SATUKAN SEMUA BAHAN DIATAS KECUALI MINYAK DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 3-5 MINIT.

2. MASUKKAN MINYAK DAN PUKUL LAGI 1-2 MINIT. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN SETIAP BAHAGIA DENGAN WARNA PILIHAN.

3. GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PARCHMENT. TUANGKAN ADUNAN BERSEBELAHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. RATAKAN.

4. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KLUARKAN DAN TERBALIKKAN ATAS TUALA KECIL. DIBIARKAN SEJUK SEKETIKA.

5. SETELAH SEJUK SAPU CREAM DAN GULUNG KEMAS. SIMPAN KEK DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).


CARA2 CREAM 

1. SENANG JERR PUKUL WHIPPING CRM SAMPAI BERTANDUK THEN MASUKKAN COKLAT PUTIH YG TELAH DICAIRKAN DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI. SIAP TUK DIGUNAKAN










CARA2 TIGER SKIN CAKE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT SEHINGGA ADUNAN MENJADI SEDIKIT PEKAT PUTIH.

2. GRISKAN LOYANG DAN TUANG ADUNAN KEDALAMNYA. RATAKAN ADUNAN DENGAN MENGGERKAKAN LOYANG KE KIRI DAN KE KANAN. BIAR ADUNAN LURUT DENGAN SENDIRINYA.

3. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 230C SELAMA 5-6 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK DIBIAR SEJUK DAN TERBALIKAN ATAS TUALA.


4. KEMASKAN TIGER KEK DENGAN MEMOTONG HUJUNG ATAS DAN BAWAH KEK.

5. SAPUKAN JEM ATAS TIGER SKIN KEK DAN LETAK RAINBOW ROLL TADI DIATASNYA. ROLL PERLAHAN2 DAN BALUT DENGAN CLING PLASTIK. SIMPAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA SEJAM SEBELUM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER SWISS ROLL : MAMAFAMI
SUMBER TIGER SKIN  : MANDY


































FOR THIS RECIPE