Sunday, 27 October 2013

FLUFFY DOUGHNUTS WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE

Assalamualaikum dan selamat malam teman2 cayang. Harap2nya masih ada yg setia menanti resepi dari putri ni. Banyak pic2 yg perlu putri edit dulu so ambil masa sikit tuk nak menghabiskan semuanya. Mlm ni laa baru semuanya dapat dikongsikan. Donut yg dikata turun termurun dari resepi sang ibu kepada puan Peggy ni sangat lembut, ringgan dan gebu. Menurut citer beliau pernah memasuki pertandingan membuat donut ni dan mendapat ribon biru(tempat pertama kot) dalam katagori ni dan telah disiar di akbar diseluruh U.S. Beliau juga ada menyatakan yg ibunya pernah memiliki buku masakkan yg beliau masih simpan sehingga kerr hari ini. 

Setelah putri amati dan membaca kisah beliau serta membaca review komen2 dari org ramai yg telah mencubanya...banyak komen positif. Tu yg berkobar2 putri nak buat. Pada mulanya adalah sikit terpinga2 sbb nak memahami apa yg diperkatakan. Almaklum dalam bahasa omputih so bisasa laa nak kena translate kerr bahasa melayu dan nak cuba paham terutama cara2 dia membuat donut. Kalau tuk putir sendiri takpe laa kes belasah tapi sekarang ni nak sahre dengan teman2 so putri nak pastikan putri tak miss satu pun cara2nya.



Ni laa kalau mlm2 duk membaca..jawapnyaa berkali2 laa baca sbb blurr susah nak masuk hahaha. Last skali mak dah penat letih baca ulang2 kat situ jerr dan mak pun dah ngantuk kot hahahaha...terus mak agak2 laa ikot cara mak. Then bila tengok dan baca balik haa betul pun cara mak buat hehehe. Mmg takot jugak tak menjadi tapi tawakal jerr laa. Tak tau laa mana silapnya...mak termiss baca kerr atau mak blurr kerr sbb dah mlm2 buta tulis resepi kerr atau alaa apa2 pun alasannya yg penting dah menjadi wok!!! tengok laa donut mak BESAU2 cam tayar BULLDOZER muahahahaha. Terlebih sudah naiknya kembang setempayan ni namanya hehehe. Anyway donut yg telah siap ni bole dibedakkan mengikot citarasa masing2 laa nak letak gula kerr coklat kerr haa suka hati. Dalam rumah ni tak abis2 dengna coklatnya. InsyaAllah dimasa2 akan datang putri akan menggunakan resepi ni....next round nak buat yg bulat2 laa puas hati bila kembang nanti jadi cam bola sepak muahahahaha. Ok guy sikit lagi nak bagitau ni...sekiranya u aolls buat tak menjadi....haa jgn salahkan resepi tau salahkan tangan tu ek hehehe. Puan Peggy ada menyatakan mereka yg buat tak menjadi tu adalah salah teknik dan bukan salah resepi yg diberi. Ok tak note yerr pastikan yeast yg digunakan adalah dalah keadaan baik dan lom expired lagi tau. Well jom laa kita pi siasat tengok apa bahan2 yg kita perlukan...jom jom!


Puas hatikan coklat banyak...amik ko makan laa puas2 hehehe...

BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 24 KEPING)

A
- 100 ML AIR SUAM (50ML AIR PANAS MENDIDIH+50ML AIR BIASA)

- 1 PAKET YEAST OF 11G
- 1 SUDU KECIL GULA PASIR

B

- 80 ML SUSU SEGAR
- 80 GM SHORTENING

C
- 70 GM GULA KASTOR + SEDIKIT GARAM

D

- 2 BIJI TELUR SIZE A
- 500 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK


*** TIMBANG DAN SEDIAKAN BAHAN2 LAIN DULU BARU SUKAT AIR PANAS. YEAST YG BAIK AKAN MENENTUKAN NAIKNYA DONUT TU NANTI. SEPERTI KATA TUANNYA TEMPERATURE AIR TU PUN MAINKAN PERANAN. TERLALU PANAS AKAN MEMATIKAN YEAST TU. TU YG PUTRI SUKAT IKOT CARA PUTRI LAA...HOPEFULLY MEMBANTU. ***




PUTRI ADA SERTAKAN BEBERAPA STEP BY STEPNYA BAGI MEMBANTU MEREKA YG INGIN MENCUBANYA. NANTI TENGOK YERR...


CARANYA2

1. SATUKAN BAHAN2 'A' KACAU DAN DIBIARKAN SELAMA 8-10 MINIT. BIAR DIA KEMBANG DAN BERBUIH2 NAIK NANTI.

2. SATUKAN PULAK BAHAN2 'B' KERR DALAM PERIUK KECIL DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA SEHINGGA SHORTENING LARUT DAN SUSU BERBUIH KECIL DITEPINYA. MATIKAN API DAN KETEPIKAN.

3. MASUKKAN BAHAN 'C' KERR DALAM SUSU PANAS TADI DAN KACAU2 HINGGA GULA LARUT. DIBIARKAN SEJUK SEDIKIT SELAMA 5 MINIT.

4. SATUKAN BAHAN 'A' TADI KEDALAM SUSU. MASUKKAN SEKALI TELUR DAN 1 CAWAN TEPUNG DAHULU. PUKUL ADUNAN DENGAN KELAJUAN RENDAH HINGGA RATA.

5. MASUKKAN LEBIHAN TEPUNG TADI DAN ULI DENGAN TANGAN SEHINGGA MENJADI DOH. ADUNAN KELIHATA MELEKAT2 SEDIKIT. JGN TAMBAH TEPUNG.

6. TABUR SEDIKIT TEPUNG PADA PERMUKAAN BERSIH DAN KLUARKAN DOH DARI MANGKUK. TABUR SEDIKIT LAGI TEPUNG PADA DOH DAN ULI DIATAS PERMUKAAN TERSEBUT SEHINGGA DOH MENJADI BULAT DAN ELASTIK SEPERTI DALAM GAMBAR. (PERMUKAAN TU KIRA TEMPAT LUAS ATAU ATAS PAPAN CANAI)

7. PERAP DOH DALAM MANGKUK YG TELAH DIGRIS SELAMA 1½ JAM.

8. SETELAH DOH NAIK DUA KALI GANDA KLUARKAN DOH DAN TUMBUK2 BUANG ANGINNYA.

9. CANAI DOH SETEBAL ½ INCI DAN TERAP DENGAN ACUAN DONUT BERSIZE 3½ INCI DAN LETAK DALAM LOYANG YG JUGA TELAH DIGRIS SEDIKIT. PERAP LAGI 30-40 MINIT SEHINGGA DOH NAIK DAN KERING DIPERMUKAANNYA

10. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG ADUNAN DENGAN API YG KECIL SEHINGGA KEKUNINGAN. ANGKAT DAN TOSKAN MINYAKNYA. DIBIARKAN SEJUK SEPENUH SEBELUM MENABUR GULA ATAU COKLAT.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : PEGGY ANNE
OLAHAN : PUTERI MANJA





NAMPAK KAN DIA BERBUIH NAIK...NI KIRA JADI PUNYA LAA HEHE...

SUSU DAN SHORTENING DIMASAK ATAS DAPUR DENGAN API SEDERHANA BESAR SEHINGGA SHORTENING LARUT DAN SUSU BERBUIH KECIL DITEPI. MATIKAN API.


DALAM GAMBAR PERTAMA NI GULA TU KACAU DULU HINGGA LARUT THEN SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUK BAHAN2 LAIN TAU.


ADUNAN AGAK LEMBUT DAN ELASTIK...INGAT JGN TERLALU BANYAK TABUR TEPUNG. WALAUPUN LEMBUT DAN ELASTIK IANYA TAK MELEKAT PADA TANGAN.






KETIKA MENCANAI ADUNAN ALASKAN DENGAN PLASTIK BARU CANAI.


ACUAN DONUT YG DIGUNAKAN SIZE 3½ INCI.








PUTIH MULUS DAN GEBUKANNN....



















FOR THIS RECIPE


6 comments:

  1. sedapnya donut yang ada topping tu..em, mau 2-3 ketul juga masuk mulut tu..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau bole mau semua lalinkkk....mmg sedapp makan dengan coklat tu...tyr laa dearr...

      Delete
  2. makkkk aiiiiiii tingggiiinyaa donut awak....terkezuttt I tngk haha...mekasih sudi share resepi...awak mmg best lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thks awak sudi komen kat sini...nanti bole laa awak try yerr...^__^

      Delete
  3. Salam puteri...woww..gebunya donut. Thanks sudi kongsi resepi dan step by step. Suka sangat saya tengok donut puteri ni..cantik, InsyaAllah boleh cuba buat nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali my dearr...

      sama2 kasih...nanti dah try tunjuk putri tau yangg...mmg donut ni terover naiknya hehehe

      Delete