Tuesday, 25 June 2013

CHOCOLATE HERSHEY KISSES

Salam buat teman2 cayang yg tak pernah lupa tuk singgah kat umah putri ni...mekasih banyak2 tau. Tanpa kunjungan anda sapa laa putri disini kan. Haa ari ni putri nak share satu resepi baru buat putri. Pertama kali cuba buat cookies gunakan coklat hershey yg dicairkan. Fuhhhh terkesima kejap bila mana tergigit cookies ni....terus mata naik juling sawan beb muaahahahaha. Tul ni tau sebenarnya putri buat ni mlm smlm...ingat nak share mlm2 ari tapi alaa putri duk ngadap makan kukis ni sampai kabur mata hehehe. Terbaik betul laa sampai sakit dada bila terpandang cookies ni. Anak2 jgn cakap lagi lajuu jerrr dorg sambar. Ranggup dan mewah dengan coklat didalam dan diluar. Resepi gabungan dari apa yg putri pernah buat then buat kajian sikit then buat laa test...fuhhhh menjadi2 laaa yeeehaaaaa hapi wok!!! Ni carta no.1 dalam hati mak tau hehehe. So guys jgn lupa harus dan wajib mencuba resepi ni tanpa ragu2 ok. Ni putri kena cut short story mory sbb putri tau U aollss pun tak sabar nak serbu tengok bahan2 kan kan kan. Haa betul laa tu dah kelam kabut scroll tu nampak...hehe. Okayy laaa jom ramai2 kita cuba resepi terbaru ni ek...yg pastinya akan menjadi REBUTAN anak2 dihari raya nanti barangkali jugak jadi rebutan mak2 datin mak timah mak limah mak jemah dan segalam mak2 sedunia hehehhe.. Ok jom jom...



BAHAN2NYA (MENGHASILAKAN 110-120 KEPING BEBOLA KECIL)


- 110 GM BUTTER
- 60 GM GULA KASTOR
- 100 GM BROWN SUGAR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 BIJI TELUR
- 140 GM COKLAT HERSHEY DICAIRKAN SEKEJAP DALAM MICROWAVE 
- 100 GM PEANUT BUTTER (CREAMY OR CHUNCHY)
- 160 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 80 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
- 250 GM COKLAT RICE@SECUKUPNYA

*** SELEBIHNYA COKLAT HERSHEY BUAT HIASA ATASNYA NANTI SO SIMPAN DALAM PETI SEJUK DULU. AGAIN ADUNAN NI SANGAT2 LEMBUT DAN MOIST SO JGN GUNA TANGAN TUK MENGULI. GUNAKAN SPATULA DAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. JGN TAMBAH TEPUNG OK. ***





CARA2NYA

1. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERSATU.

3. MASUKKAN PEANUT BUTTER DAN COKLAT HERSHEY YG TELAH DICAIRKAN TADI. PUKUL DENGAN KELAJUAN PERLAHAN HINGGA ADUNAN BERSATU.

4. SATUKAN SEMUA TEPUNG DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT. GAUL DENGAN SPATULA DAN JADIKAN SATU DOH LEMBUT SEPERTI DALAM GAMBAR.

5. PASTIKAN LOYANG DIALAS DENGAN BAKING PAPER. BULAT2KAN ADUNAN DAN GOLEKKAN DALAM COKLAT RICE SEKELILINGNYA. TEKAN SEDIKIT ADUNAN BIAR LEPER AGAR BISKUT LEBIH GARENG.

6. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK DAN MASIH LAGI PANAS2 TEKANKAN COKLAT HERSHEY DIATAS COOKIES. SIAP DISERBU OLEH MEREKA2 YG MINAT COKLAT HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA









HAA NI LAA DIA TEPUNG HONGKONG...BOLE CARI KAT KEDAI BAHAN2 BAKING YERR


FOR THIS RECIPE

Sunday, 23 June 2013

PEANUT BUTTER BLOSSOMS

Alhamdulillah keadaan jerebu hari ni berkurangan dari hari2 sebelomnya...amin2. Harap2 esok lusa jerebu semakin menurun lagi dan terus hapus sepenuhnya insyaAllah. Dah seminggu tak jogging ni resah bin gelisah dibuatnya tau. Tak keruan hidup mak ni hehehe. Sikit2 pandang luar kejap2 jengah tingkap. Jadang2 tak sampai seminit jengah lagi hahaha mcm apa jerr kan. Ni laa sbb haze yg teruk beberapa hari lalu sampai bangunan cosway point kabur tau...bole nampak dari tingkap rumah putri. Bila tengok luar dah berapa hari lalu kurang betul org lalu lalang. Sangat lengang keadaan tepi2 jalan gara2 jerebu. Hari ni bermula kembali operasi BERjogging. Sejak tak berjogging duk umah gasak lapar setengah maut jerr muahahahahaha. Bila dah tak bole nak kluar pikiran tak menentu asyik dok pikir apa nak makan jerr hehehe. Anak2 pun asyik tanya nak makan apa ek...hahaha dahsyat betul laa. Tu yang duk bako kukis ni. Aduh sepatutnya kukis ni dileperkan jadi bila kita tekan dengan coklat chip atau m&m dia akan lebih cantik ni tidak dia jadi cam kejang ekekek dan tu tekan2 pun dia cam terbonjol...eh betul kerr mak cakap ayat tu ek muahahahhaha...alaa janji korg buat2 paham pun takpe laa ek hehehe. Well for now takpe 1st time buat...mak ada satu lagi resepi yg hampir sama tapi lain sikit laa dari yg ni....nanti mak share ek...tungguuuu. Ok for now mak share yg ni dulu yer...jom laa kita salin resepinya...jom jom.


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 90-95 KEPING)

- 170 GM PEANUT BUTTER (CREAMY OR CHUNKY BOTOL KECIL)
- 120 GM BUTTER
- 75 GM GULA KASTOR
- 75 GM BROWN SUGAR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 BIJI TELUR
- 2 SUDU BESAR SUSU SEGAR
- 120 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 80 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 PACKET COKLAT CHIP/M&M

*** ADUNAN AKAN KELIHATAN SANGAT2 LEMBUT DAN BOLE MENGGENTEL DITAPAK TANGAN. SEKIRANYA MASIH LEMBIK TAMBAH 1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM DAN ULI DENGAN SPATULA. JGN TAMBAH LAGI TEPUNG. ***

INGAT TAU BILA DAH BULAT2KAN DIA TEKAN SIKIT ATAS DIA THEN BARU BAKAR.

CARA2NYA


1. BUTTER,GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA KEMBANG BERSATU.

2. MASUKKAN PEANUT BUTTER DAN PUKUL SEKEJAP.

3. MASUKKAN PULA SUSU DAN TELUR. PUKUL HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG YG TELAH DIAYAK BERSAMA DAN ULI MENGGUNAKAN SUDU DULU KEMUDIAN DENGAN SPATULA JADIKAN SATU DOH LEMBUT. SEKIRANYA ADUNAN LEMBIK TAMBAH HANYA 1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM DAN ULI LAGI.

5. KETIKA NI PASTINYA ADUNAN BOLE DI BULAT2KAN. ADUNAN MMG LEMBUT SANGAT2 SBB TU KENA GUNAKAN SPATULA TUK ULI.

6. MEMANDANGKAN ADUNAN SANGAT MOIST MUDAH TUK DIBULAT2KAN SEPERTI DALAM GAMBAR. SUSUN DALAM LOYANG DAN TEKAN SIKIT ATASNYA. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 10 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

7. SETELAH KLUAR DARI OVEN DAN MASIH LAGI PANAS2 TEKANKAN COKLAT CHIP PULAK DIATAS SETIAP COOKIES. KALAU GUNA M&M KENA RAJIN SIKIT EK CAIRKAN COKLAT TUK LEKATKAN DIA PADA COOKIES KALAU TAK NANTI TERTANGGAL HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!


SUMBER : SWEETS TREATS
OLAHAN : PUTERI MANJA








FOR THIS RECIPE


Tuesday, 18 June 2013

M SUITE HOTEL IN JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua. Bertemu kita sekali lagi disini tapi kali ni bukan pasal masakkan yerr. Buat pertama kalinya putri masukkan entry tentang hotel kat blog ni. Sajerr nak share sikit tentang Hotel tempat putri menginap beberapa hari lepas. Yup putri baru jerr pulang dari dari JB for a short break. Biasa laa cuti sekolah bulan June ni kan. Lagi pun ni sajerr waktu yg terbaik tuk berkumpul seramai 5 org anggota kami. Dah beberapa tahun lalu kami asyik terpisah peginya hanya 4 org sahajerr memandangkan anak bujang tu kena army. Sekarang ni dia dah pun selesai menjalani perhikmatan negara jadinya kami pun set laa hari yg sesuai tuk kami berlima berehat di JB sahajerr. Pilihan kami MSUITE HOTEL. Puteri rasa dalam banyak2 hotel...hotel ni agak besar keluasan dia dengan harga yg berpatutan. Ni bukan pertama kali putri duk hotel ni. Sebelum ni pun pernah beberapa kali menginap kat sini. Perhaps masa tu tujuan pertama ke lokasi ni sbb nak tengok AKADEMI FANTASIA 5. Masa tu kat spore takde lagi astro cam sekarang ni hehehe. Hotel ni waktu tu BEZA dari segi rupa dia yg sekarang ni. Kalau u guys surf kat internet wajah lama hotel ni atap dia mcm kampong style. Sekarang ni berwajah baru hotel ni nampak lebih trendy sikit laa. Kalau betul2 nak amik gambar depan dia tu agak payah terselindung banyak pokok2 yg lebat2 daun dia tu so terpaksa laa putri amik kat wedsite gambar depan ni huhu. Anyway dalam bilik dia semua putri petik sendiri gambarnya tau.   
Apa yg paling putri suka adalah sarapan pagi dia yg sangat mewah dengan bermacam2 hidangan. Dari roti bakar, roti croissant, roti pintal, salad, fruits, bermacam cereal like honey stars and so on, assorted yogurt, nasi bubur, nasi lemak, capatti, bacon, potato wedges, baked beans, scrambled eggs, hot drinks and cold drinks. Haiii sampai tak reti mana nak makan huhu. Putri tak sempat nak snap gambar makanan tu sbb takde kocek nak letak hp atau camera putri so takpe laa hmmm. Apa pun jom laa kita tengok ruangan dalam bilik hotel ni...jom jom.

Dari tempat balcony kami di tingkat 6 bole petik logo Msuite hotel ni. Bilik kami yg paling atas tepi sekali betul2 sebelah tempat makan LIDO. Tak besar kecil jerr tempat makan ni. Org2 jb tau kot tempat tu sbb kita tak masuk lagi kat tempat makan tu hanya tengok dari atas balcony kami.

Ruangan dalaman Hotel yg agak simple. Rasanya mereka kena tambahkan lagi reka bentuk dalaman hotel ni sbb terlalu besar dan nampak kosong.

Front desk dia pun sama nampak kosong kena perbaiki lagi huhu. Suka2 jerr nak komen ek putri ni. Anyway ni hanya sekadar pendapat putri laa. Biasa laa mana2 pun mesti ada pros and cons dia kan. Satu lagi hanya dikawasan lobby ni jerr ada wifi sementara dalam bilik hotel kalau nak guna wifi kena bayar Rm10 for 24 hrs...hmmm.

Bilik yg kami amik adalah Premier 2 bedroom apartment. 2 bilik dan 2 bilik air. Dengan keluasan 951 sqft, bilik ni terlalu besar dan amat selesa untuk 5 org. Kalau ikotkan 7-8 org pun bole muat hehehe. Gambar atas adalah kawasan ruang tamu semuanya diperbuat dari kayu. Belakang ruang tamu ada satu bilik dengan 2 katil super single setiap satu. Dengan harga $140 (Rm 350) selepas diskaun. Kalau betul2 harga bilik ni booked direct Rm 400++. Kami booked melalui Asiarooms tu yg diskaun banyak tu.

Ruangan dapur yg alaa2 mcm rumah sendiri siap dengan peti sejuk medium size. Dibenarkan memasak hidangan ringan sahajerr. Alaa tak kuasa mak nak masak tau ni laa masanya mak goyang kaki sakan kan hahahaha. Ni kira buat tayang jerr laa.

Ni dia bilik yg putri katakan tadi 2 katil super single dengan sebuah bilik mandi didalamnya.

Bilik air pertama dalam bilik kedua.

Bilik utama dengan katil king size. Juga dengan sebuah bilik air dan balcony yg luas siap dengan meja dan kerusi.

Bilik air di bilik utama dengan bathtub. Alahaiii hari kedua putri tergelincir pulak kat tepi lereng bathtub tu hua3. Adakah tinggi bathtub tu atau putri yg terkurang panjang kakinya muahahahahaha gelak sendiri ekekeke.

Haa ni laa dia kawasan depan katil utama bilik putri, balcony yg luas berdepan dengan jalanraya utama.

Kawasan balcony bahagian luar bilik utama. 

Haa nampak kan belakang cermin tu bilik putri beradu ok hehehe. Kat kawasan ni juga laa me and my girls kita suka lepak buat exercise giler2 kat sini hahaha.

Ada anak2 kecil yg ramai lagi best sbb kawasan balcony yg besar ni mengadap tepi jalan lagi. Kalau dulu sebelum tu nampak laut tapi dah ditambak sekarang ni nak buat project apa pun tak tau.

Putri petik gambar ni dari kawasan lift zoom kerr balcony bilik putri.

Ni 2 org budak yg terlebih over excited terutama si kakak.

Petikkan gambar balcony dari bahagian bawah hotel.

Gambar from the side of the balcony juga dipetik dari bawah.

Alaaa hanya nampak kawasan dapur kedai makan lido tu. Kalau kerr kanan sini petiknya dah bole nampak seluruhnya...lupa laa hmmm.

Suasana malam depan hotel jalanraya utama dari balcony bilik putri. Mmg cantik dan berangin jerr mlm tu. Mlm kedua hujan lebat sekali fuhhh nyenyak sekali beta beradu ngeee ~

Cam biasa apa yg ada kat toilet tu kita bawak balik laa sebagai souvenir (cenderamata) hehe.

Minuman tetap disediakan dimana2 hotel. Siap 2 kali tambah lagi...best2. InsyaAllah kalau ada rezeki kami nak cuba duduk hotel lain pulak dan post kan kat sini buat tatapan teman2 yg nak survey2 hotel ni. Apa2 pun happy holiday buat semua.

Wednesday, 12 June 2013

BISKUT PELANGI

Assalamualaikum teman2 cayang. Lagi rehat2 kerrr tu kerr tengah duduk depan pc ni tunggu putri ek...kannn kannn hehehe. Apa2 pun yg u aollss lakukan...lakukan dengan senyuman ewahh2 mula dahh hahaha. Hari ni lebih ceria seceria biskut ku yg berwarna warni menyinari diri ku umpama bercahaya walau pun di dalam gua yg gulap gulita...hua3 ayat apa jerr tu kah3. Ok putri serious ni ek biskut yg putri nak share kali ni mmg terbaik. Thks sangat2 pada kak wan dari citarasawan yg sudi share resepi terbaik ni. Kalau tengok resepinya dia menggunakan emplex sebagai perangup biskut manakala putri tak letak bahan tu. Melalui pengalaman membaking putri tukar emplex pada baking soda. Kalau bole dapatkan baking soda yg cap hammer tu lebih baik mmg tuk cookies tu. Kalau takde takpe bole jerr guna bicabonate of soda. Baking soda ni juga peranggup biskut so kalau rasa2 ada biskut yg u pernah buat tak berapa nak ranggup cuba letak baking soda insyaAllah rangup. Rasa pada kukis ni agak plain tapi tetap sedap sbb kerangupan dia yg begitu gareng. I really luv the texture. Cuma add satu jerr lagi bahan ia akan lebih wangi dan sedap dimakan. So tak pe not to worry putri akan letak resepi siap dengan satu bahan tu sekali yerr. Apa2 pun MUST try resepi ni terbaikk wookkk. Jgn2 ada diantara u guys yg nampak biskut ni guna emplex terus tak jadi nak try ek hehehe so takpe ikut cara putri ek...gunakan bahan yg ada dalam umah. Haa tunggu apa lagi gi laa bongkar satu umah cari bahan2 nak buat biskut ni. Best woo tengok warna dia yg bermacam2 ni. Bak pelangi timbul dikala senja sambil tersenyum tersipu2 melihat wajah siDIA ehem2 muahahahaha...apa jerr huhu. Ok laa apa tunggu lagi yuk kerr kolam renang...yuk yuk. Bukan nak berenang tau kita nak baking depan kolam biar nyaman gitu loh hehehe...jom jom...


BAHAN2NYA

- 125 GM BUTTER (SETENGAH BUKU)
- 90 GM GULA KASTOR
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 50 ML PUTIH TELUR
- 100 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 30 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
 ½ SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK


*** SEPERTI YG PUTRI ADA TULIS KAT ATAS EMPLEX TU PUTRI TUKAR PADA BAKING SODA YG JUGA PERANGUP COOKIES. MANAKALA TEPUNG JAGUNG JUGA ADALAH SALAH SATU BAHAN YG MERANGUPKAN BISKUT. PASAL TELUR PULAK PUTRI BARU PERASAN GUNA ML HUA3...PUTRI GI TIMBANG 50 GM MENJADI JUGA SELAMAT HEHEHE ***


P.S JGN LUPA BAKAR GUNA API BAWAH SAJERR. KALAU GUNA ATAS BAWA NANTI WARNA PADA BISKUT TAK CANTIK. SATU LAGI KALAU BAKAR KURANG LAMA NANTI BISKUT TAK RANGUP SBB TU KENA BAKAR GUNA API BAWAH KALAU KURANG GARENG BAKAR LAMA SIKIT. KIRANYA WARNA ATAS TAK LAA RENTUNG KANN HEHEHE...






CARA2NYA

1. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HUNGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN PUTIH TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL. PASTIKAN BUTTER DAN TELUR BERSATU DENGAN SEMPURNA.

3. AKHIR SEKALI MASUKKAN SEMUA BAHAN2 TEPUNG DAN KACAU DENGAN SENDUK HINGGA RATA.

4. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN. PUTRI GUNA 4 WARNA SAHAJERR. MERAH, KUNING, HIJAU DAN OREN. BANCUH ADUNAN DENGAN SEMPURNA SECARA BERASINGAN.

5. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG. SEDIAKAN LOYANG CUPCAKE SEPERTI DALAM GAMBAR. SEBAIKNYA GUNAKAN LOYANG NON-STICK.

6. PIPEKAN SETIAP WARNA KEDALAM LOYANG SEPERTI DALAM GAMBAR DAN BAKAR PADA SUHU 150C MENGGUNAKAN API BAWAH SAHAJERR SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : CITARASAWAN
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE