Tuesday, 18 June 2013

M SUITE HOTEL IN JOHOR BAHRU

Assalamualaikum semua. Bertemu kita sekali lagi disini tapi kali ni bukan pasal masakkan yerr. Buat pertama kalinya putri masukkan entry tentang hotel kat blog ni. Sajerr nak share sikit tentang Hotel tempat putri menginap beberapa hari lepas. Yup putri baru jerr pulang dari dari JB for a short break. Biasa laa cuti sekolah bulan June ni kan. Lagi pun ni sajerr waktu yg terbaik tuk berkumpul seramai 5 org anggota kami. Dah beberapa tahun lalu kami asyik terpisah peginya hanya 4 org sahajerr memandangkan anak bujang tu kena army. Sekarang ni dia dah pun selesai menjalani perhikmatan negara jadinya kami pun set laa hari yg sesuai tuk kami berlima berehat di JB sahajerr. Pilihan kami MSUITE HOTEL. Puteri rasa dalam banyak2 hotel...hotel ni agak besar keluasan dia dengan harga yg berpatutan. Ni bukan pertama kali putri duk hotel ni. Sebelum ni pun pernah beberapa kali menginap kat sini. Perhaps masa tu tujuan pertama ke lokasi ni sbb nak tengok AKADEMI FANTASIA 5. Masa tu kat spore takde lagi astro cam sekarang ni hehehe. Hotel ni waktu tu BEZA dari segi rupa dia yg sekarang ni. Kalau u guys surf kat internet wajah lama hotel ni atap dia mcm kampong style. Sekarang ni berwajah baru hotel ni nampak lebih trendy sikit laa. Kalau betul2 nak amik gambar depan dia tu agak payah terselindung banyak pokok2 yg lebat2 daun dia tu so terpaksa laa putri amik kat wedsite gambar depan ni huhu. Anyway dalam bilik dia semua putri petik sendiri gambarnya tau.   
Apa yg paling putri suka adalah sarapan pagi dia yg sangat mewah dengan bermacam2 hidangan. Dari roti bakar, roti croissant, roti pintal, salad, fruits, bermacam cereal like honey stars and so on, assorted yogurt, nasi bubur, nasi lemak, capatti, bacon, potato wedges, baked beans, scrambled eggs, hot drinks and cold drinks. Haiii sampai tak reti mana nak makan huhu. Putri tak sempat nak snap gambar makanan tu sbb takde kocek nak letak hp atau camera putri so takpe laa hmmm. Apa pun jom laa kita tengok ruangan dalam bilik hotel ni...jom jom.

Dari tempat balcony kami di tingkat 6 bole petik logo Msuite hotel ni. Bilik kami yg paling atas tepi sekali betul2 sebelah tempat makan LIDO. Tak besar kecil jerr tempat makan ni. Org2 jb tau kot tempat tu sbb kita tak masuk lagi kat tempat makan tu hanya tengok dari atas balcony kami.

Ruangan dalaman Hotel yg agak simple. Rasanya mereka kena tambahkan lagi reka bentuk dalaman hotel ni sbb terlalu besar dan nampak kosong.

Front desk dia pun sama nampak kosong kena perbaiki lagi huhu. Suka2 jerr nak komen ek putri ni. Anyway ni hanya sekadar pendapat putri laa. Biasa laa mana2 pun mesti ada pros and cons dia kan. Satu lagi hanya dikawasan lobby ni jerr ada wifi sementara dalam bilik hotel kalau nak guna wifi kena bayar Rm10 for 24 hrs...hmmm.

Bilik yg kami amik adalah Premier 2 bedroom apartment. 2 bilik dan 2 bilik air. Dengan keluasan 951 sqft, bilik ni terlalu besar dan amat selesa untuk 5 org. Kalau ikotkan 7-8 org pun bole muat hehehe. Gambar atas adalah kawasan ruang tamu semuanya diperbuat dari kayu. Belakang ruang tamu ada satu bilik dengan 2 katil super single setiap satu. Dengan harga $140 (Rm 350) selepas diskaun. Kalau betul2 harga bilik ni booked direct Rm 400++. Kami booked melalui Asiarooms tu yg diskaun banyak tu.

Ruangan dapur yg alaa2 mcm rumah sendiri siap dengan peti sejuk medium size. Dibenarkan memasak hidangan ringan sahajerr. Alaa tak kuasa mak nak masak tau ni laa masanya mak goyang kaki sakan kan hahahaha. Ni kira buat tayang jerr laa.

Ni dia bilik yg putri katakan tadi 2 katil super single dengan sebuah bilik mandi didalamnya.

Bilik air pertama dalam bilik kedua.

Bilik utama dengan katil king size. Juga dengan sebuah bilik air dan balcony yg luas siap dengan meja dan kerusi.

Bilik air di bilik utama dengan bathtub. Alahaiii hari kedua putri tergelincir pulak kat tepi lereng bathtub tu hua3. Adakah tinggi bathtub tu atau putri yg terkurang panjang kakinya muahahahahaha gelak sendiri ekekeke.

Haa ni laa dia kawasan depan katil utama bilik putri, balcony yg luas berdepan dengan jalanraya utama.

Kawasan balcony bahagian luar bilik utama. 

Haa nampak kan belakang cermin tu bilik putri beradu ok hehehe. Kat kawasan ni juga laa me and my girls kita suka lepak buat exercise giler2 kat sini hahaha.

Ada anak2 kecil yg ramai lagi best sbb kawasan balcony yg besar ni mengadap tepi jalan lagi. Kalau dulu sebelum tu nampak laut tapi dah ditambak sekarang ni nak buat project apa pun tak tau.

Putri petik gambar ni dari kawasan lift zoom kerr balcony bilik putri.

Ni 2 org budak yg terlebih over excited terutama si kakak.

Petikkan gambar balcony dari bahagian bawah hotel.

Gambar from the side of the balcony juga dipetik dari bawah.

Alaaa hanya nampak kawasan dapur kedai makan lido tu. Kalau kerr kanan sini petiknya dah bole nampak seluruhnya...lupa laa hmmm.

Suasana malam depan hotel jalanraya utama dari balcony bilik putri. Mmg cantik dan berangin jerr mlm tu. Mlm kedua hujan lebat sekali fuhhh nyenyak sekali beta beradu ngeee ~

Cam biasa apa yg ada kat toilet tu kita bawak balik laa sebagai souvenir (cenderamata) hehe.

Minuman tetap disediakan dimana2 hotel. Siap 2 kali tambah lagi...best2. InsyaAllah kalau ada rezeki kami nak cuba duduk hotel lain pulak dan post kan kat sini buat tatapan teman2 yg nak survey2 hotel ni. Apa2 pun happy holiday buat semua.

4 comments:

  1. salam puteri..

    bestnya dapat menginap di hotel..cantik dan nampak selesa hotelnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dearr...

      Yup2 sesekali duk bilik hotel cam ni mmg selesa sangat2...relax abis hehe

      Delete
  2. saya selalu lalu jek.. hahaha.. tp x pernah pegi pon . husband selalulah meeting sini.. :) sbb umah dekat jek. kat bandar baru uda.. hahaha~~~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa saya tengok banyak org meeting kat situ...oh rupa dekat jerr ni so gtak payah laa stay hotel ek hehehe

      Delete