Monday, 15 October 2012

COCONUT MACAROONS

Aduhaiiii tadi ptg kan putri sepatutnya dah masukkan resepi COCONUT MACARONS ni tapi bz menghabiskan tempahan dari teman rapat putri tu. Tu yg tergendala kejap. Dah tu mulut ni tak stop2 mengunyah mak aron kelapa...kruk krak kruk krak. Ishhh kalau tau cam ni punya sedap...dari DULU tahun jepun putri dah buat hahaha terlebih sudah huhuhu. Putri ek banyak sekali project nak mencuba tau...haa putri tau u guys pun suka jugak nak tengok hasil dari putri kan kan. Nampak tu ada yg "hangguk kepala"...siap kata ha'ar lagi muahahaha. Sesuatu yg dan menjadi hobi tu tak bole nak stop separuh jalan. Takde erti kata TERBANTUT nak membaking...tu semua bisikkan MR.M huhuhuhu. So jgn didengar...kalau didengar alamat tak jadi laa keje2 membaking ni. Semangat nak kembali normal mmg payah tau hahaha apa jerr kan mak merepek huhuhu. Anyway nak citer sikit kisah mak aron kelapa ni. Putri tak sure laa...dipahamkan coconut macarons ni dah terkenal sejak dulu lagi. Tak tau laa zaman bila tu tapi sangat terkenal serata dunia. Kita kat sini jerr masih ada yg belom tau wujudnya cookies ni. Kalau kat negara2 barat benda ni dibuat dengan cara yg berbeza2...tengok pada kawasan2 tertentu. Ada resepi mereka meletakkan tepung, gula, kacang dan sebagainya. Yg letak coklat pun ada...semuanya terpulang pada citarasa kita. Bagi putri plain lebih enak tapi tu laa girl2 sibok nak coklat gak atas tu huhu. Kalau kita surf kat net ni punyaaaaa laaa banyak resepi yg terpapar. Cam biasa putri hanya PILIH YG TERBAIK sahajerr wah gitu hehehe. Setiap sudut blogs putri terokai...teliti semua resepi2 mereka. Pening lalat jugak sbb berbeza2 cara mereka menyediakan cookies ni. Akhirnya putri terpaut dengan salah satu resepi yg terdapat kat net ni. Thks to ina garten for the PERFECT recipe. Putri ada ubah suai sikit mengikot citer rasa sendiri. Yg pastinya mak aron kelapa ni SANGAT2 MUDAH!!! yes mmg termudah dan tersedap. Dah laa tak cerewet cam mak aron almond tu. Tak perlu pakai skirt2 pun hehehe...pasti menjadi punya laa huhu. Sekeping mak aron kelapa ni ringan dia cam tisu tau hahaha over lakk ayat ku hua3. Apa kata kita gi cari bahan2 dia ok...jom laa pimpin tangan gi dapur kita ekekeke.


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 100-110 KEPING)

BAHAN2 A

- 260 GM KELAPA KERING (SHREDDED COCONUT) PUTRI GUNA 2 PKT KELAPA KERING DARI BRAND BAKE KING

- 260 GM SUSU PEKAT
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- SECUBIT GARAM


BAHAN2 B


2 BIJI PUTIH TELUR GRED A - (ROOM TEMPERATURE)
1 SUDU BESAR GULA PASIR



*** PERHATIAN YERR...SEMASA MEMBAKAR ADUNAN...TERPULANG PADA KITA NAK LAMA YG MACAM MANA. JGN PUTIH YER. COOKIES NI LAGI LAMA KITA BAKAR LAGI RANGGUP DAN RINGAN. JGN LAK HANGUS...HEHEHE AGAK2 LAA SO TERPULANG PADA ANDA. KALAU DAH MASAK KITA TEST MAKAN KURANG RANGGUP MASUKKAN SEMULA DAN BAKAR LAGI.***


CARANYA2

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 'A' DAN GAUL HINGGA RATA. PASTIKAN SEMUANYA TERSALUT SUSU. KETEPIKAN.

2. BAHAN 'B', PUKUL PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH DAN MASUKKAN GULA. PUKUL HINGGA KEMBANG BERTANDUK. ADUNAN BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH TU DAH KIRA KEMBANG KAKU.

3. MASUKKAN ADUNAN 'A' KEDALAM ADUNAN TELUR TADI DAN GAUL MENGGUNAKAN SPATULA ATAU SENDUK. GAUL HINGGA RATA. ADUNAN KELIHATAN BERDERAI2 SIKIT.


4. GUNAKAN AIS KREM SCOOP ATAU APA2 SCOOP SEPERTI DALAM GAMBAR ATAS NI. GUNAKAN SIZE 1 SUDU KECIL YG TENGAH TU. KALAU BESAR NANTI DIA MORE TO CAKE TASTE KURANG RANGGUP. PUTRI NAK CRISPY TASTE SO PAKAI YG KECIL TU OK.

5. SEDIAKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PAPER. SCOOPKAN ADUNAN DAN SUSUN DI ATAS LOYANG TADI. MASA SCOOP TU TEKAN2 SIKIT PADA TEPI MANGKUK DAN KETUK SEDIKIT KETIKA NAK MENGELUARKANNYA. BUAT SAMPAI HABIS. ATAS ADUNAN TU PUTRI TEKAN SIKIT BIAR DIA TAK MAMPAT. HATI2 JGN SAMPAI BERDERAI LAK.

6. BAKAR PADA SUHU 150C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. SETELAH ADUNAN SEJUK BOLE LAA DIPAIPKAN COKLAT DIATASNYA ATAU APA SAJERR JENIS JEM PUN BOLE.

SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment