Tuesday, 7 August 2012

KEK LAPIS PELANGI WITH CHOCOLATE GANACHE

Assalamualaikum dan selamat mlm semuanya. Dah masuk 18 ramadhan pun kita berpuasa kan...kejap jerr masa berlalu. Nampak banyak kawan2 dah mula buat biskut raya....putri pun hihihi. Hari ni kan merupakan hari kelahiran anak bongsu putri yg bernama QADIRAH AYU. Genap 11 tahun umur dia...tapi perangai MANJA makkkk aiiii kalah putri tau huhuhu ^_*. Besday irah dengan Abah tak jauh...sbb tu mama buat kek ni share ngan abah sekali senang kan heheh. Apa pun moga anak mama ni menjadi anak yg solehah serta bertanggungjawap. Mama sentiasa doakan terbaik buat irah. Mama tau irah nak kek coklat mousse tapi tu nanti saturday kita celebrate masa along dah balik ek. Mama buat lagi kek for u wah!!! terlebih sudah tau sampai 2 kek. Oklah takpe...sbb along kata dia nak celebrate besday irah so mama buat laa juga. Tu pun kalau sempat ek kalau tak senyum jerr laa hehehe. Hari ni putri buat kek lapis pelangi ni haa...alaa resepi dari kek lapis tembikai tu lerr huhuhu. Putri suka rasa dia tu menepati citarasa ku gitu...huhu. Apa pun putri share sekali lagi resepinya kat sini yerr. Actually dengan creativiti yg kita ada....kita bole pelbagaikan resepi yg sedia ada tuk mencantikkan kek kita. Semua terpulang pada kita sendiri. Oklaa...putri share beberapa posing kek ni ek. Tak dapat nak citer panjang ni haa sbbnya bz yg amat nak siapkan tempahan. Jom intip resepi yg ada ni haa....


BAHAN2NYA

• 10 BJ TELUR (PUTRI GUNA GRED A)
• 16OZ(450GRM) BUTTER (SY GUNA GOLDEN CHURN BUTTER)
• 200GM GULA HALUS (KALAU X NAK MANIS BOLE KURANGKAN)
• 300GM TEPUNG HONG KONG (TEPUNG GANDUM PUN BOLE)
• 1 TIN KECIL SERI KAYA
• 1 TIN KECIL SUSU MANIS
• 1 PAKET SERBUK SANTAN (50GM)
• 1 BOTOL CHOCOLATE CHIPS (UTK DI JADIKAN BIJI TEMBIKAI)
• 1 SUDU MKN OVALLATE
• 1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
• SEDIKIT PEWARNA HIJAU, KUNING & MERAH



CARA-CARA (JGN LUPA LOYANG DIGRIS DAN LETAK BAKING PAPER KAT BAHAGIAN BAWAH LOYANG)

1. PUKUL BUTTER DAN SUSU MANIS SEHINGGA PUTIH DAN KEMBANG. KETEPIKAN.

2. DI TEMPAT YG BERASINGAN, PUKUL TELUR, OVALLETE, GULA HALUS DAN ESEN VANILLA HINGGA SEBATI.

3. SATUKAN KEDUA2 ADUNAN BUTTER TADI DAN TELUR. PUKUL HINGGA
BETUL2 SEBATI YER..

4. MASUKKAN SERI KAYA DAN SERBUK SANTAN, PUKUL HINGGA ADUNAN SEBATI.

5. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. GAUL HINGGA BETUL2 SEBATI MENGGUNAKAN SPATULA.


6. KEMUDIAN BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN LETAK SETIAP BAHAGIAN DENGAN WARNA PILIHAN ANDA.


7. KALAU NAK TIPIS GUNA 1 CAWAN SETIAPKALI MELAPIS. YG PUTRI BUAT TU 2 CAWAN NAK KASI TEBAL BIAR NAMPAK SIKIT WARNANYA HUHUHU.


8. BAKAR PADA SUHU 220C TUK LASPISAN PERTAMA SELAMA 5-7 MINIT ATAU HINGGA KEKUNINGAN…BERGANTUNG KEPADA KEPANASAN OVEN MASING2…MUNGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. LAPISAN SETERUSNYA SEHINGGA HABIS MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJA….SUHU DITURUNKAN KEPADA 200C DAN BAKAR SELAMA 10-15 MINIT…JUGA BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. BAKAR SEHINGGA HABIS KESEMUANYA....SETIAP LAPISAN YG TELAH MASAK DITEKAN2 SEDIKIT TUK MENGELUARKAN ANGIN SEBELUM MELETAKKAN LAPISAN SETERUSNYA.

SELAMAT MENCUBA!!!!








FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment