Tuesday, 17 July 2012

BISKUT IRISH

Assalamualaikum semuanya...dah makan mlm kerr ni. Putri baru jerr lepas makan dan terus kerr blog ni nak share satu lagi resepi yg menjadi kesukaan anak2 mahu pun org dewasa bila tiba nak menjamah kuih raya.. Kuih ni menurut yg putri tengok dah lama dalam pasaran cuma putri tak perasan kot ianya dah kluar. Dengarnya kuih ni sangat laku dipasaran mungkin sbb namanya yg sungguh unik kot. Tang mana dtgnya nama tu pun tak tau. Anyway resepi ni putri dapat dari blog Naz dan resepi asal dari Noor Baya. Mekasih banyak pada kedua2nya yg dah sudi share resepi sedap ni kat kita semua. Putri pun tak mau ketinggalan nak gak merasa kuih Irish ni. Mmg ternyata tak syak lagi bukan setakat nama saja cantik malah RASA nya yg amat lazat. Barangkali juga sbb adanya cornflake tu kot menambahkan lagi keenakkan pada kuih ni. Keharuman pada kopi dan nescafe aduhhh tak terkata wa cakap sama lu hehehe. Tadi tu cari punya cari nescafe rupanya dah abis huhu pakai lerr coffee 3 in 1...haaa gasak menjadi jugak hehehe. Apa pun yg dah serang biskut ni irah. Katanya tak tahan tengok coklat tu hehehe. Anak2 kecil mmg suka akan kehadiran coklat. Tak kira sikit kerr banyak kerr dorg tetap suka tanpa ada rasa jemu...putri pung huhu. Apa kata kita selongkar satu rumah putri tuk dapatkan resepinya ek...muahahaha. Ayuhh jgn tunggu lagi esok juga gi cari bahan2 ek...Puasa dah nak dekat ni...bole laa mencuba resepi ni pulak.


BAHAN A:

180 GM MENTEGA
20 GM VEGE SHORTENING
130 GM GULA KASTOR
1 BIJI KUNING TELUR
1 SUDU KECIL SERBUK NESCAFE
1 SUDU KECIL ESEN KOPI/COFFEE EMULCO



BAHAN B:

200 GM TEPUNG GANDUM-DIAYAK
100 GM TEPUNG UBI-DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING POWDER-DIAYAK
40 GM NESTUM ATAU CORNFLAKE-DIKISAR

BAHAN HIASAN:
COKLAT MASAKKAN SECUKUPNYA.



CARA2NYA:

1. SATUKAN SEMUA BAHAN A KE DALAM MIXING BOWL DAN PUKUL HINGGA SEBATI DAN BERKRIM.

2. MASUKKAN BAHAN B DAN ULI HINGGA RATA. BOLE LAH DICANAI DAN DITERAP MENGIKUT ACUAN PILIHAN.

3. BAKAR BISKUT PADA SUHU 170'C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

4. SETELAH MASAK DAN DISEJUKKAN BOLE LAH PIPEKAN COKLAT YG TELAH DICAIRKAN KE ATAS BISKUT TADI. SEDIA TUK DIHIDANG PADA HARI RAYA ATAU PADA BILA2 MASA.


***PERHATIAN....MENURUT KATA NAZ SEKIRANYA KITA TAK MAU BISKUT KITA KEMBANG SETAMAN...MASA DAH SIAP ULI BOLE LAA SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA BEBERAPA JAM SEBELUM MENERAP. INI BAGI MENGELAKKAN BISKUT KEMBANG SETAMAN GITU MUAHAHAHA. *** (AS FOR PUTRI...PUTRI TAK MAU TUNGGU2 SO TAK LAA SIMPAN DALAM PETI SEJUK TERUS TERAP JERR DAN HASILNYA TETAP TERBAIK!!!)


SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. jika xterletak telur tu mcm mne?hehe,,al maklumlah puasa la katakan,,warna biskut ni masak pula mcm mne?kehitaman?kegaringan@ap??:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My dearr u can always try..tapi hasilnya putri tak tau laa sbb tak pernah derhaka. Seperti yg disyorkan dalam cara2nya ada had nberapa lama masak bergantung pada oven masing...^__^

      Delete