Tuesday, 10 July 2012

ALMOND LONDON

Smlm tu terlebih rajinnya tu yg buat sekali 2 jenis biskut. Kebetulan ada yg order so tlg buatkan sikit kasi dia rasa. Tuk putri pun ada gak....buat test2 dan nak share sekali resepinya pada u aollss. Jgn tak tau ek almond london ni lama dah bertapak dan terkenal disana sini kan kan. Sapa yg tak kenal dengan bentuk dan rupanya semua org tau nama biskut ni. Yg paling sukakan biskut ni anak2 kecil. Mereka pantang nampak coklat...abis semuanya mereka ngap tak toleh kiri dan kanan...hehe. Apa pun cara dan bahan2 yg terdapat dalam biskut ni....ianya tetap menepati cita rasa anak2 kecil. Cam smlm tu tengah2 buat aduhaiiii anak putri tengah panas2 biskut ni dia nak makan. Sampai tak tunggu balut coklat dia dah ngap. Mmg bole makan cam tu jerr sedap tau hehe. Sampai putri ingat2 lupa berapa lama ek putri bakar...hahaha. Cekik darah betul laa budak ni....dah laa benda tu sikit mama nak simpan nak snap gambo pun susah tau. Tak tenteram mama lerr mana nak jgn kuih dan mana nak jaga si irah tu muahahahahaha. Kalau tak tengok2 kuih tu mmg abis lerr tak sempat nak balut coklat dah licin pulak huhuhu. So bole laa u aollsss bayangkan betapa sedapnya biskut ni kan kan kan...tak caya sudah nyampah tau hahahaha. Oklahhh apa lagi...amik lerr pen ngan kertas ok...siap tulis besok pagi2 pi beli bahan2nya ek...wahhh cam nak raya lak tau huhu. Jgn lupa kalau buat tuk raya simpan tempat tinggi ek...takot lom raya dah tinggal botol jerr kang. Lupa lak nak bagitau...resepi asal ni dari buku resepi Mami Asmah Laili tau. Semua resepi2 dia powerr beb...banyak kuih dan masakkan. Masa putri beli tka terpikir laak nak buat masa tu lom active cam sekarang...siap nak buat koleksi lagi tau...yerr laa tuk diri sendiri gak buat bahan rujukkan. Nanti putri tunjukkan buku dari Mami Asmah tu ek...next time ek. For now kita buat kuih ni dan makan dulu hehehe.


BAHAN2NYA

- 250GM MENTEGA 

- 80GM GULA ICING
- 100GM BADAM KISAR
- 350GM TEPUNG GANDUM-DIAYAK(RESEPI ASAL MENGGUNAKAN TEPUNG HONG KONG…SO BOLE PILIH MANA NAK GUNA EK)
- 60G TEPUNG BERAS-DIAYAK
- 1 SUDU TEH VANILLA
- SECUKUP ALMOND DIBAKAR
- SECUKUP CHOCOLATE & CHOCOLATE PUTIH (IKUT SUKA)DICAIRKAN
- SECUKUP CHOCOLATE RICE & KACANG (UNTUK DITABUR DIATAS COKLAT)

CARA2NYA

1. PUKUL MENTEGA,GULA ICING,VANILLASEHINGGA KEMBANG DAN PUTIH.

2. MASUKKAN BADAM SERBUK,TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG BERAS.GAUL SAMPAI RATA. SEKIRANYA ADUNAN LEBIK BOLE DITAMBAH TEPUNG GANSUM SEDIKIT LAGI.

3. BULAT2KAN ADUNAN DAN LETAK ALMOND YG TELAH DIBAKAR TADI KEDALAMNYA. BUAT SAMPAI HABIS.

4. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. PASTIKAN BISKUT NI MASAK KEKUNINGAN. KALAU MASIH PUTIH BIARKAN LAMA SEDIKIT TAPI JGN SAMPAI HANGUS RENTUNG LAK EK MUAHAHAH. SETELAH MASAK DISEJUKKAN DULU.

5. BISKUT YANG TELAH SEJUK BOLE LAH DI SALUTI DENGAN COKLAT YANG DICAIRKAN MENGGUNA KAEDAH DOUBLE BOILER. JGN LETAK ADUNAN DIDALAM PETI SEJUK BIARKAN DILUAR SAHAJA. COKLAT AKAN KERAS DENGAN SENDIRINYA. SETELAH KERAS BOLE LAH DI SIMPAN DIDALAM BOTOL KEDAP UDARA.


SELAMAT MENCUBA!!!









FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. Aduh, cantik sekali kejadian biskut ni. Nasib baik saya tak berapa gemar coklat. Kalau tak mesti dah nak buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii Azie...thks dearr...tu laa kan kalau org minat coklat mmg tak bole kalau tak buat ni hehehe...

      Delete