Sunday, 8 April 2012

DOUBLE CHOCOLATE COOKIES

Salam pada semua teman2....beberapa minggu ni mmg tak sempat nak buat apa2...putri bz sbb keje longggg hrs laa tu yg kadang sepi gitu huhuhu...ni disbbkan tempat keje tu memerlukan bantuan putri tu yg putri tlg tu....so timing ada lari sikit...off day pun tak menentu dah...anyway ptg ni putri ada try buat DOUBLE CHOCOLATE COOKIES...ni pakai cooking coklat tau!!.dari ari tu lagi nak try buat style martha...sbbnya masa putri tengok lam tv tu..dia buat bukan main senang sangat tapi masa tu baru bangun tido pagi2 buta lak tu...so tak berapa sempat nak tau apa sukatan2nya...alaaa nyampahhh tau....kalau tau rancangan dia start jam berapa dah tentu2 putri tape tau...i really love semua cookies yg dia buat simple yet delicious...tu yg redah2 try cari cam dia buat...aduhhh hampa seyyy then terjumpa lak resepi yg hampir sama...tak serupa tapi hampir sama...FUHHHHHH ni budak2 laaaa 1st kali line up depan kita nak makan cookies ni beb!!! wa cakap luuuuu cair kat mulutttttt....budak2 mak budak bapak budak....atok n nenek budakkk pun line up gak nak merasa cookies ni..hehehe....mmg sesuatu yg berlainan dari biskut2 kita pernah buat...rasa coklatnya sudah tentu TERSERLAH....haaa apa pun jom cuci mata dulu ek...^_^


DOUBLE CHOCOLATE COOKIES (MENGHASILKAN 80-90 KEPINGAN SEDERHANA)


BAHAN2NYA

1 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI -DIAYAK
½ CAWAN KOKO-DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING SODA (YG DALAM KOTAK PUNYA)-DIAYAK
SECUBIT GARAM
110 GM COOKING COKLAT -UNTUK DICAIRKAN
140GM BUTTER –UNTUK DICAIRKAN BERSAMA COKLAT
110 GM COOKING COKLAT –DICINCANG KECIL2
2 SUDU BESAR COKLAT CHIP
1 CAWAN GULA KASTOR
2 BIJI TELUR GRED ‘A’
1 SUDU KECIL VANILA


CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 AYAK BERSERTA GARAM DAN KETEPIKAN.

2. CAIRKAN 110GM COKLAT BERSAMA2 BUTTER SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH CAIR DIANGKAT DAN DIMASUKKAN ADUNAN COKLAT KEDALAM MANGKUK MIXER.

3.MASUKKAN GULA,TELUR DAN VANILA KEDALAM ADUNAN COKLAT PANAS TADI DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA ADUNAN RATA.

4.MASUKKAN TEPUNG DAN PUKUL PERLAHAN2 SEHINGGA SEMUANYA SEBATI.

5. AKHIR SEKALI MASUKKAN 110GM COKLAT CINCANG DAN COKLAT CHIP KEDALAM ADUNAN DAN GAUL RATA.

6. TUK DAPATKAN ADUNAN BULAT SAMA RATA…MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PAIPKAN ADUNAN DIATAS DULANG PEMBAKAR YG TELAH DIALAS DENGAN BAKING PAPER TERLEBIH DULU. BUAT SEHINGGA HABIS.

7.PASTIKAN JARANGNYA JAUH DIANTARA SATU SAMA LAIN. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 12-15MINIT ATAU HINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

8. ADUNAN BEGITU LEMBUT SEMASA PANAS. BIARKAN ADUNAN BETUL2 SEJUK BARU DIANGKAT…COOKIES NI AGAK TIPIS DALAM ¼ INCI TEBAL..TAPI SANGAT RANGUP DAN RASA COKLATNYA PULA TERSERLAH. PASTISKAN ANDA MENGIMPAN COOKIES DIDALAMBOTOL KEDAP UDARA. JGN BIARKAN COOKIES TERDEDAH LAMA DILUAR KERANA KERANGUPPANNYA AKAN HILANG…SO BILA DAH SEJUK CEPAT2 SIMPAN DLM BEKAS KEDAP UDARA OK. JGN LUPA NGAP PULAK HEHEHE….

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment