Saturday, 22 August 2015

KEK LAPIS RED VELVET CHEESE

Assalamualaikum buat semua teman2 yg masih setiap disini dan selamat berhujung minggu yerr. Hari ni putri nak share satu resepi yg dah lama putri aim tau. Asyik tertangguh jerr nak buat kek lapis ni. Ishhh bila lama tak melapis ni rasa kaku laa pulakkk. Nasib baik laa menjadi tau dalam hati mmg duk terpikir...dah laa pandai sangat buat tengah2 malam buta...kalau tak menjadi mmg mengamuk abis laa mak nie tau hahaha. Ekceli awal2 dah kluarkan butter but then si kakak ain ajak jogging ard 8pm. Wahhh jogging nampakkkk hahaha mcm ya ya ohh nak fit kono...haa yerr laa tu balik jogging perut lapo wahahaha....ilang fit kemana mencekik kemana hahaha. Awal2 mmg real tau berpeluh2 dibuatnya tapi tu laa bahayanya bila terpandang lauk yg sedap2 tup2 TERmakan laa pulak muahahaha. Batal fit mak tau hahaha....alaa takpe laa esok masih ada gituuu hehehe. Then lepas TERmakan tu (wahahaha) mak terus buat kek lapis ni...bancuh punya bancuh masa nak bakar dah tengoka jam 11pm. Ok takpe tetap BERsemangat teruskan jugak....mula laa membakar dari jam 11pm sampaiiiiiii laaaaa naik penattt tungggu n tungggu...weiiiiiiii berapa punya lama nie nak game mata duk tengok time jerr last2 jam 4 pagi baru selesai...WHAT the hal huhuhu.....ni nanti jam 6am dah nak bangun gi keje....ishhh mmg keje gilerrr tau putri ni...dah laa nak keje paginya bole kan KONONnya bersemangat....yerr laaa tu amikkk kooo 2 jam tido. Mata mak yg ala2 ayu ni dah mcm panda tu pun panda tu lagi lawo dari mak muahahaha. Aduhhhaiii nasib baik laa pagi tu bila test potong...wahhhh menjadi juga walaupun tak secunnn mana kannnn. Almaklum laa buat malam2 timing asyik lari2 jerr terover bake...so takpe laa u know I know kan...apa pun KIPIDAP DONGIBAP okeyy hahahaha. Tang rasa kek ni mmg agak unik mungkin sbb ada rasa cheese n yogurt tu yg membuatkan kek ni lain. Haa nak tau camna rasanya try laa buat ek...tang timing tu mak pun masih lagi siasat awat sampai 5 jam hahahaha....banyak nah kerr lapisan dia? tengok cam tak banyak pun melapis....tu pun pakai 2 loyang...kalau satu loyang waduhhh mau meraung pagi2 buta hahaha. So jgn soal mak tau napa lama sangat mungkin agaknya ada laa masa2nya mak terover timing sbb penat tunggu hehehe....tapi hasilnya haaa TERBAIK wok!! Jgn pulak korg takut bila dengar  mak kata lama sangat...mmg kek lapis butuh kesabaran dan masa tuk menyelesaikannya...so guys KIPIDAP ok wahahaha. Ok jom kita selak resepinya ek...jom2




BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG SIZE 8" ATAU 9" INCI

LAPISAN R/V
  • 250 GM BUTTER
  • 170 GM GULA KASTOR
  • 1 SUDU BESAR OVALETTE
  • 5 BIJI TELUR GRED A
  • 150 GM SUSU PEKAT MANIS
  • 235 GM TEPUNG HONGKONG (RESEPI ASAL GUNA TPG GANDUM) DIAYAK
  • 25 GM SERBUK KOKO DIAYAK
  • 140 GM MIXED BERRIES YOGURT
  • SEDIKIT WARNA MERAH DAN WARNA PINK

LAPISAN CHEESE
  • 500 GM CREAM CHEESE
  • 120 GM GULA KASTOR
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 3 BIJI TELUR GRED A

*** PASTIKAN BUTTER DAN CREAM CHEESE PADA SUHU BILIK. KALAU IKUT RESEPI MENGGUNAKAN LOYANG SIZE 8" TAPI KAT RUMAH CARI2 TAK JUMPA SO PUTRI GUNA SIZE 7" DAN SIZE 5". YUP DAPAT 2 LOYANG SO PUTRI SERANKAN GUNA LOYANG SIZE 9" YERR TAPI TERPULANG GUNA JERR APA2 LOYANG YG ADA KAT RUMAH K.***








CARA2NYA

LAPISAN R/V

1. SATUKAN BUTTER, GULA DAN OVALETTE. PUKUL ADUNAN SEHINGGA KEMBANG BERSATU.

2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERKREM.

3. MASUKKAN PULA SUSU PEKAT DAN PUKUL LAGI.

4. MASUKKAN TEPUNG DAN SERBUK KOKO. PUKUL HINGGA RATA.

5. AKHIR SEKALI MASUKKAN YOGURT DAN 2 JENIS WARNA DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN RENDAH SEHINGGA ADUNAN BERSATU. KETEPIKAN

LAPISAN CHEESE

1. SATUKAN CREAM CHEESE, GULA DAN ESEN VANILA. PUKUL HINGGA RATA.

2. AKHIR SEKALI MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA KEMBANG BERSATU DAN BOLE LAA MULA MELAPIS.


CARA2 MELAPIS DAN MEMBAKAR ADUNAN

1. GRIS LOYANG DAN ALAS DENGAN PARCHMENT PAPER.

2. MASUKKAN ADUNAN RV SEBANYAK 4 SUDU BESAR DAN RATAKAN.

3. BAKAR PADA SUHU 200C MENGGUNAKAN API ATAS BAWAH SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. JGN LUPA TEKAN ADUNAN PADA SETIAP LAPISAN SUPAYA ADUNAN RATA DAN TIDAK GELEMBUNG ATAU SENGET SEBELAH.

4. KLUARKAN DAN MASUKKAN LAGI ADUNAN RV DAN BAKAR PULA PADA SUHU 190C MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJERR SELAMA 10-12 MINIT.

5. GUNAKAN API ATAS SAHAJERR SAMPAI KEDUA2 ADUNAN SELESAI. IAITU 3 KALI ADUNAN RV DAN 1-2 KALI ADUNAN CHEESE. BUAT SAMPAI HABIS (HANYA ADUNAN PERTAMA SAHAJERR MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH). BAGI ADUNAN CHEESE JGN BAKAR TERLALU LAMA...AGAK2 PERMUKAAN KERING DLM 9-10 MINIT BOLE ANGKAT.

6. ADUNAN YG TERAKHIR ADUNAN RV...SETELAH 12 MINIT BAKAR KELUARKAN DAN TUTUP ADUNAN DENGAN ALUMINIUM FOIL SUPAYA ADUNAN TIDAK HANGIT/HANGUS. MASUKKAN SEMULA DALAM OVEN DAN BAKAR SELAMA 20-30 MINIT LAGI.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : ORIGINAL BY SURY ABIL SHARED BY : ALONG ROZ 
OLAHAN : PUTERI MANJA












FOR THIS RECIPE


Wednesday, 12 August 2015

NUTELLA CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan2 tersayang yg masih ingat pada diri ini. Isshhh lama sungguh putri tak post apa2 dalam blog ni. Naik berhabuk rumah ni tau...almaklum laa bz yg sesungguhnya kebelakangan ni. Tau jerr laa kann bulan posa mmg lemau bebenor. Mana nak masak kemas umah buat kuih laa jahit laa aduhaiii tak menang tangan dibuatnya. Jadual sentiasa penuh dengan mcm2 benda yg nak dilakukan seblum Hari Raya kelmarin. Ni dah nak dekat sebulan raya so agak free laa sikit....free kerr tu...freee laa sangatt!!! hahaha. Tu pun merajinkan diri kalau tak ishhh lagi lamaaaa laaa blog mak ni terbiar huhuhu. Apa pun terimakasih pada yg masih lagi selalu singgah bagi mendapatkan resepi2 yg hendak dicuba. Thks yerr sudi mencuba resepi2 dalam blog ni. Hari ni mak nak share satu lagi resepi dengan u aollss. Resepi ni mak dapat dari youtube...fuhh sekali tengok dia buat cam senang jerr cam cepat jerr then bila mak lak buat terkial2nya..awat tak siap2 lembab cam siput lak nie wahahaha. Ohhh rupanyaa lama tak panaskan enjin membaking camni laa jadinyaa cam terkapai2 terkial2 tersemput2 hahaha. Kann kann sapa suruh lama tak baking...kan dan keras tangan hua3. Wahhh korg suka laa tu tengok tangan mak keras ek hahahaha yerr laa....tau laa korg tu terrer mak ni sapa laa kannn ngeee...alaaahaii tetiba nak sentap laa pulak apa kes seyy.....buang laa jauh2 sentap ni tak kuasa mak tau nyampas lerr muahahaahha ishh tak bole angsss seyy. Oklaa berbalik pada kek ni...hmmm mak tak reti nak ungkapkan lebih panjang sbbnya mak mmg bukan peminat cheese tapi kan kan kannn....bila tengok si ira makan...ishh ishh ishhh SERIOUS ni mak khabar...dia makan sampai tak hingat dunia....masuk2 jerr telan...telan2 jerr masukk wahahahahaha. Korg kalau nak tau macamna rasa dia yg mcm nie (thumbs up) hehehe korg try laa baru tau okeyy. Haa tunggu apa lagi tu...jom laa kita intai bahan2 dia...jgn lupa bawak bakul tu bole terus singgah kedai beli bahan2nya ngee...jom jom




BAHANNYA (MENGGUNAKAN LOYANG 7" INCI)

A

  • 180 GM OREO COOKIES TANPA CREAM (DI BLEND HALUS)
  • 70 GM BUTTER DICAIRKAN
B
  • 250 GM CREAM CHEESE
  • 50 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 40 GM GULA KASTOR
  • 1 SUDU KECIL RATA TEPUNG JAGUNG
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 BIJI TELUR
C
  • 40 GM NUTELLA
  • 1 SUDU KECIL WHIPPING CREAM NON DAIRY
TOPPING
  • 100 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 100 GM NUTELLA
  • 100 GM COKLAT MASAK
  • 1 SUDU BESAR MADU (OPTIONAL)





CARANYA2

1. BAHAN A, BLEND OREO DAN MASUKKAN BUTTER CAIR. KACAU HINGGA SEBATI DAN MASUKKAN DALAM LOYANG. TEKAN2 OREO SUPAYA MAMPAT. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12 MINIT. ANGKAT DAN SEJUKKAN.

2.  BAHAN B, CREAM CHEESE DAN W/CREAM DIPUKUL HINGGA SEBATI. MASUKKAN GULA, TEPUNG JAGUNG DAN VANILA, PUKUL LAGI HINGGA SEBATI. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR DAN PUKUL HINGGA ADUNAN SEBATI BERSATU. ADUNAN DIBAHAGI 2. PASTIKAN 1 BAHAGIAN ADUNAN LEBIH SEDIKIT DARI YG SATU LAGI. KETEPIKAN YG LEBIH SEDIKIT TU.

3. MASUKKAN BAHAN2 C KE DALAM ADUNAN YG KURANG SEDIKIT DARI YG SATU LAGI. PUKUL ADUNAN HINGGA RATA. 

4. TUANG SEMUA ADUNAN PUTIH KEDALAM LOYANG OREO TADI DAN RATAKAN DENGAN SUDU.

5. PERLAHAN2 TUANG PULA SEMUA ADUNAN NUTELLA MENGGUNAKAN SUDU KE ATAS ADUNAN PUTIH DAN RATAKAN. (BILA DAH MASAK AKAN NAMPAK 2 LAYER, PUTIH DAN COKLAT) (PUTRI TUMPOK2KAN KEDUA2 WARNA NI SO TAK BERAPA NAMPAK LAYERNYA..SO KALAU BUAT SELAPIS PUTIH DAN COKLAT AKAN NAMPAK LEBIH MENARIK).

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 150C SELAMA 45 MINIT. SETELAH 45 MINIT MATIKAN API OVEN DAN BIARKAN ADUNAN DALAM OVEN SELAMA 1 JAM.

7. KLUARKAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEKETIKA. SEMENTARA TU KITA BUAT BAHAN TOPPING.

8. BAHAN TOPPING, MASAK W/CREAM ATAS API SEHINGGA BAHAGIAN TEPI PERIUK MENDIDIH KECIL. MATIKAN API DAN MASUKKAN KEDUA2 COKLAT KEDALAMNYA. KACAU2 BAHAN SEHINGGA COKLAT MASAK CAIR SEPENUHNYA DAN SEJUKKAN DALAM ESBOK SELAMA 10 MINIT.

9. TUANG TOPPING KEATAS CHEESE TADI DAN SEJUKKAN SEMALAMAN SEBELUM DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : YOUTUBE
OLAHAN : PUTERI MANJA
















FOR THIS RECIPE