Thursday, 7 May 2015

BISKUT GAJUS

Salam sejahtera semua. Harap semua teman sihat2 sajerr. Lama blog ni tak bersiaran sbb tuan tanah jatuh sakit. Terimakasih yg tak terhingga buat sahabat2 FB yg mendoakan putri hingga kerr hari ini. Syukur punya teman alam maya sebaik kalian semua. Sangat prihatin dan peduli pada putri. Walaupun kita tidak pernah bersua muka namun tu tak menghalang anda untuk berdoa buat putri. Moga Allah sajerr yg dapat membalas segala kebaikkan awak2 semua. Tak lupa pada sepupu ku yg di msia...terimakasih atas doa dan keprihatinan kalian. Alhamdulillah putri dah sihat sikit. InsyaAllah akan bertambah sihat dari masa ke semasa.

Ok laa nak citer sikit pasal resepi kali ni. Ari ni ptg tadi putri cuba lagi buat biskut ni sbbnya tka puas hati dengan hasil smlm. Setelah diuji kaji dan membuat beberapa perubahan hasilnya kali ni sangat puas hati. Wa cakap lu...wa muka ada senyum juga sbb wa kukis slimmm u aollss hahahahaha. Yup2 smlm punya kukis dia ada sikit naik cam tilam....mak tengok pun gerun sbb dia naik tak agak2 sampai tak nampak share badan nya muahahahaha. Haa kali ni selepas diet kukis mak slim melim tau hehehehe. Hasil dari meng google perbagai blog...maka mak gabungkan mana2 yg patut...mmg part gabung2 fav mak gituuu ngeee. So guys apa kata u try buat...tak buat mmg nak kena pelangkung hahaha. Ok laa jom ke istana beta di kayu land jom jom....




BAHAN2NYA (MENGHASILKAN LEBIH KURANG 60-65 KEPING BERGANTUNG KEPADA ACUAN)

A
  • 125GM BUTTER
  • 50 GM GULA ICING
  • 1 SUDU BESAR BROWN SUGAR
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 BIJI KUNING TELUR 
  • 30 GM KACANG GAJUS DIBAKAR SEBENTAR DAN DITUMBUK HALUS
  • 180 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
  • 60 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
  • ¼ SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK

BAHAN HIASAN
  • SECUKUP GAJUS DIBAKAR SELAMA 5-6 MINIT DAN DIBELAH DUA
  • 1 BIJI KUNING TELUR + 1 SUDU KECIL SUSU SEGAR

*** PERHATIAN YERR SEKIRANYA GULA ICING BERKETUL2 HENDAK LAA DIAYAK SEBELUM MENGGUNAKANNYA. SEMUA GAJUS HARUS DIBAKAR SEBENTAR SEBELUM DIGUNAKAN DALAM ADUNAN. KACANG GAJUS LEBIH ENAK DITUMBUK DARI DIBLEND HALUS.  TUK PENGETAHUAN SEMUA PUTRI GUNAKAN GAJUS PAKET CAMEL BRAND. TERUS GUNAKAN TANPA PERLU DIBAKAR. ADA 2 JENIS GAJUS DALAM PAKET PUTRI GUNAKAN YG GAJUS PUTIH. KALAU BELI GAJUS MENTAH INGAT YERR HARUS DIBAKAR TERDAHULU. ***




CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 B DAN KETEPIKAN.

2. PUKUL BAHAN2 A HINGGA SEBATI. TIDAK PERLU TERLALU LAMA.

3. MASUKKAN BAHAN2 B DAN PUKUL LAGI HINGGA ADUNAN MENJADI DOH.

4. ULI PULA DENGAN TANGAN DAN PASTIKAN MANGKUK LICIN DOH MENJADI LEMBUT. SEKIRANYA LEMBIK TABURKAN SEDIKIT SAHAJERR TEPUNG KEDLM ADUNAN. REHATKAN ADUNAN SELAMA 10 MINIT. ADUNAN AKAN LEBIH PADAT SEDIKIT BILA KENA ANGIN.

5. BOLE LAA MENCANAI ADUNAN DAN TERAP MENGGUNAKAN ACUAN PILIHAN. BUAT SAMPAI HABIS.

6. SAPUKAN KUNING TELUR DIATAS BISKUT DAN LETAK GAJUS.

7. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERIMANJA



















FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment