Monday, 30 March 2015

STRAWBERRY CREAM CHEESE MILLE CREPE

Haiii laaa...setiap kali terpandangnya crepe ni mmg meleleh2 air liur mak ni. Sekali upload sekali tu juga menitis air liur..aduhhhh apa nak jadi laa. Ni gara2 sos dia yg meleleh2 tu lerr....lupa nak lap laa tu ngeee. Oh well apa pun putri nak cakap sikit ttg crepenya. Kalau ikut dalam buku yg putri ada ni crepe dia buat berbagai2 jenis dan berbagai sukatan yg berbeza2. Namun kesemua crepenya mudah diterbalikkan. Perhaps sbb kandungan tepung yg lebih tu yg buat crepe ni stable. Dia tak tebal ok tetap lembut bila kita makan. Crepe ni lebih kepada kestabilannya....apakan tidak mudah kita terbalikkan dia mcm lempeng. Kalau dulu masa baru2 kluar crepe ni mmg banyak yg nipis sampai ada yg terkoyak rabak pun ada sbb baru2 kan mmg tak reti pun hehehe, Yg kali ni tak perlu laa bimbang bila nak buat tu ok. Gerenti tak koyak rabak hehehe...tapi kalau u guys ganas2..jgn kata koyak dia terus jadi roti kirai muahahahaha. So tangan tu pls yerr longlai sikit ok...so sebelum buat tu menari lenggang kangkong sikit ok hahahaha. Perhaps tarian mak yong membantu kot...wahahaha. Alaa guyss jgn risau laa...cer try buat gerenti bangkit..kalau tak pun bingit jerr dohh LOL...yg bestnya bila makan sepotong..aduhhhh mmg SAKITnya TU disini!!! hahahaha. So u aolllsss tunggu apa lagi try laa buat baru tau senang kerr tidak kannn...kerr mmg malas ni...haa gasakkkk hahahaha. Ok laaa jom kita telek resepinya...jom jom





BAHAN2 MILLE CREPE
  • 220 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
  • 30 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
  • 50 GM GULA KASTOR
  • 5 BIJI TELUR
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 520 ML SUSU SEGAR
  • 50 ML BUTTER CAIR/MINYAK SAYUR

BAHAN2 FILLING
  • 250 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 150 GM CREAM CHEESE
  • 50 GM ICING SUGAR
  • 3 SUDU BESAR JEM STRAWBERRY
  • SEDIKIT WARNA PINK

BAHAN2 SOS STRAWBERRY
  • 3 SUDU BESAR JEM STRAWBERRY
  • SETITIK DUA PEWARNA ROSE PINK
  • 1 SUDU BESAR AIR MASAK
*** MASAK BAHAN2 SOS KEDLM MICROWAVE SELAMA 3-4 SAAT SAJERR. SIAP TUK DIGUNAKAN. SEKIRANYA SOS TERCAIR, SIMPAN DLM PETI SEJUK SEBENTAR HINGGA DIA PEKAT SEDIKIT. ***






CARA MILE CREPE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI BUTTER CAIR/MINYAK KEDLM BLENDER DAN BLEND HINGGA SEMUANYA BERSATU.

2. TUANG ADUNAN KEDLM MANGKUK DAN MASUKKAN BUTTER CAIR/MINYAK KEDLM ADUNAN. KACAU RATA MENGGUNAKAN SENDUK.

3. TUTUP ADUNAN DENGAN PLASTIK CLING DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA 30 MINIT.

4. PANASKAN NON STICK PAN DAN GUNAKAN BRUSH SAPU KELILING PAN DENGAN SEDIKIT MINYAK. 

5. SUKAT ADUNAN SEBANYAK 50 ML (BERGANTUNG KEPADA SIZE PAN ANDA). TUANG KEDLM NON STICK PAN YG TELAH PANAS TADI DAN CEPAT2 LENGGANGKAN SEKELILING PAN. PASTIKAN API KECIL YERR.

6. PERHATIKAN SEKELING TEPI ADUNAN DALAM PAN TADI. BILA BERTUKAR WARNA KECOKLATAN BOLE LAA TERBALIKKAN ADUNAN DAN MASAK LAGI 10 SAAT. BUAT SAMPAI HABIS.

7. SEJUKKAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) SELAMA 30 MINIT.




CARA2 FILLING

1. PUKUL WHIPPING CREAM NON DAIRY HINGGA KEMBANG BERTANDUK. 

2. MASUKKAN GULA ICING DAN CREAM CHEESE. PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

3. AKHIR SEKALI MASUKKAN JEM STRAWBERRY DAN SETITIK DUA WARNA PINK. PUKUL LAGI HINGGA SEMUA TERGAUL RATA. 

4. BOLE LAA MULA MELAPISKAN CREPE. LAPISAN PERTAMA SAPU CREAM DAN LETAK CREPE. BEGITU JUGA YG KEDUA. LAPISAN KETIGA LETAK CREAM THEN SUSUN HIRISAN BUAH STRAWBERRY. BUAT HINGGA HABIS. 

5. SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK SELAMA 3-4 JAM SEBELUM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA !!!
SUMBER : KOLEKSI BUKU RESEPI 
OLAHAN : PUTERI MANJA
























FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment