Thursday, 15 May 2014

KEK LAPIS STRAWBERRY CADBURY

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua teman2 cayang. Sejak kebelakangan ni mmg terover bz sikit putri dengan pekerjaan. Almaklum kekurangan staff tu yg OT memanjang tu tapi takpe rezeki tu tau hehe. Apa pun insyaAllah putri sedaya upaya akan update kan blog putri dengan segala mcm resepi yg pernah putri cuba. Lagi pun kalau oven tak panas mmg tak sah kan camna pun mesti nak bake punya. Last week sempena hari ibu sedunia tak sempat putri nak buat kek sbb sibuk melayan family. Dengan anak2 blanja makan dan tengok wayang tu yg seharian diluar. Org kata meluangkan masa yg lebih tuk family tu lebih penting dari yg lain2 betul tak..haa siap hanguk pala lagi mak jemah tu hahahaha. Oh well kelmarin balik keje sempat laa buat kek lapis strawberry ni. Apa yg putri suka pasal kek ni...ianya simple dan tak banyak songeh. Satu lagi bahan pun sikit nak try buat pun tak takut. Berbanding dengan kek2 lapis yg sedia ada...kek lapis ni tak lembap. Texture seperti kek baulu gareng2 gitu. Tak reti nak story tau yg pasti mmg tersenarai dalam list raya putri tahun ni. Kalau u aollss perhatikan kebanyakkan kek lapis menggunakan banyakkkkk sangat telur kan...kita nak try pun cam takut betul tak? Seriously bagi putri kalau terlihan bahan dia banyak pakai telur mmg putri akan pikir banyak kali tuk mencubanya. Bukan apa kalau tak menjadi mmg sayang beb...bole melalak sebulan dibuatnya muahahaha. Sbb tu sedaya upaya putri akan adjust membuatkan adunan tu putri bahagi setengah dan guna loyang kecil. So nak cuba pun ADA BERANI kannnn hehehe tapi mostly banyak kek lapis yg payah nak buat setengah adunan memandangkan sukatan telurnya yg tak seimbang. Kalau korg tak paham apa putri cakap haa abaikan jerr ayat tu ek wahahahaha. Ok laa buat teman2 yg tak pernah jemu2 nak mencuba dan terus mencuba sepertimana putri...jom laa kita try buat kek ni pula yerr...jom jom.




BAHAN2NHYA (MENGGUNAKAN LOYANG 6 INCI)

A

- 3 BIJI PUTIH TELUR GRED A

B

- 5 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 80 GM GULA KASTOR
- 50 GM TEPUNG HONGKONG
- 20 GM TEPUNG SUSU
- 100 ML MINYAK MASAK ATAU MENTEGA
- 1 SUDU KECIL OVELETTE ATAU SPONGE GEL
- 1 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS

C

- 1 SUDU KECIL STRAWBERRY PASTE
- SEDIKIT WARNA PINK

D
- 1 KOTAK SETENGAH COKLAT CADBURY

*** SEMASA NAK KLUARKAN ADUNAN DARI LOYANG PASTIKAN TEPI LOYANG DIKIKIS TERDAHULU DENGAN PISAU. ***




CARA2NYA

1. PUKUL BAHAN A HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN KETEPIKAN

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 B DAN PUKUL HINGGA PEKAT KEMBANG. TAK PERLU TERLALU LAMA 2-3 MINIT SAHAJERR.

3 SETELAH BAHAN B SEBATI MASUKKAN SUKU BAHAN A KEDALAM B DAN GAUL KAUP BALIK DENGAN SENDUK ATAU SPATULA HINGGA RATA.

4. KEMUDIAN BAKI BAHAN A DIMASUKKAN KESEMUANYA SEKALI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA ADUNAN SEBATI DAN SEKATA. PASTIKAN ADUNAN TIDAK BERKETUL2 (LUMPS). GAUL SATU ARAH PERLAHAN2 HINGGA PUTIH TELUR TADI SEKATA DENGAN BAHAN B.

5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU BAHAGIAN DIBIAR WARNA ASAL DAN SATU LAGI LETAK BAHAN C DAN GAUL HINGGA RATA.

6. PANASKAN OVEN PADA SUHU 200C. LOYANG DIGRIS DAN DIALAS PARCHMENT PAPER BAHAGIAN BAWAH SAHAJERR. LETAK 3 ATAU 4 SUDU BESAR WARNA ASAL DAN RATAKAN. LAPISAN PERTAMA DIBAKAR SELAMA 8-10 MINIT MENGGUNAKAN KEDUA2 API ATAS DAN BAWAH. SETIAP 2 ATAU 3 LAPISAN SUSUN COKLAT CADBURY MENGIKUT KREATIVITI MASING2 SEPERTI DALAM GAMBAR. ULANGI PROCESS MELAPIS SEHINGGA HABIS.

7. LAPISAN SETERUSNYA MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJERR. HANYA LAPISAN PERTAMA MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. PLS TAKE NOTE YERR. SETIAP LAPISAN DIBAKAR SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

8. SETELAH LAPISAN TERAKHIR MASAK TUTUP ATAS LOYANG DENGAN ALIMINIUM FOIL DAN BAKAR LAGI SELAMA 5-7 MINIT MENGGUNAKAN API ATAS DAN BAWAH.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA

BAHAN A


BAHAN B


MASUKKAN SEDIKIT BAHAN A KE DLM BAHAN B DAN KAUP BALIK HINGGA RATA.


BAKI BAHAN A DIMASUKKAN SEMUA DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.


BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN SAMA BANYAK. JIKA PERLU TIMBANG OKAY.




















FOR THIS RECIPE

6 comments:

  1. salam puteri..

    singgah sini..nampak sedap dan cantik lapisan kek ni..kaler pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dearr....thks..putri main terjah jerr...lama2 buat cam ok kannn u pun tau bole try buat sama cam putri...try laa dearr..

      Delete
  2. sis texture kering ye...mcm mana if nk bagi texture bis moist skit?


    Maya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya resepi kek nie tidak menggunakan butter jadi texturenya mmg tidak berapa moist ianya masih lembut...bole try

      Delete
  3. loyang size bape sis?


    Maya

    ReplyDelete