Wednesday, 27 November 2013

BANGKIT NYONYA

Hari tu pegi jemputan kat melaka tak sempat nak singgah mana2 sempat singgah kat Mydin jerr ngeee. My gerl suka sangat kuih bangkit tu yg beli tu tapi dapatnya 2 bungkus jerr sbb kelam kabut punya hal. Tu laa kan timing lari tu pasal laa tak dapat nak jalan2 sangat. Anyway smlm terpanggil nak buat kuih ni. Bongkar punya bongkar putri terjumpa laa buku lama delicious nyonya ni...tu yg resepi kuih bangkit ada kat dalam tu. Belek sana belek sini wow ada banyak resepi mengancam sanubari ku laa hehehe. Berpinar2 mata duk tengok semua masakkan nyonya ni. Eh bila cakap perkataan nyonya ni dah mcm cakap ngan apek nyonya lak muahahaha. Ni nyonya more on katagori baba tau. Berciter pasal kuih bangkit ni...texturenya begitu halus dan rangup serta cair dimulut. Ada yg kata lum masuk mulut lagi tengok jerr dah cair camna tu hehehe. Mmg bangkit ni kegemaran ramai sejak dari dulu lagi. Tak perlu laa tunggu raya nak menikmatinya kan. Bila2 masa pun bole makan. Napa nama dia bangkit?? sbb dia memBANGKIT kan semangat org tuk makan kot tu pasal nama dia bangkit...eh eleehhh asal bole jerr putri tau wahahaha. Kuih bangkit ni banyak tul terjual dipasaran terutamanya di m'sia. Kat sini pun ada jual gak tapi bukan buatan tangan kebanyakkan dari factory kot. Kalau nak muai dan puas makan apa kata kita buat sendiri....haaa puas hati beb makan sampai mintak ampun hehehe. Oklaa apa kata kita intai2 apa barang yg perlu kita gunakan tuk buat kuih ni...jom jom..


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 150-60 KEPING)

A
- 350 GM TEPUNG UBI (TAPIOCA FLOUR)
- 350 GM TEPUNG SAGU (SAGO FLOUR)
- BEBERAPA HELAI DAUN PANDAN

B
- 3 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 260 ML SANTAN PEKAT (PUTRI GUNA SANTAN KOTAK KARA)
- 250 GM GULA ISING DIAYAK

*** SEKIRANYA TAKDE ATAU PAYAH JUMPA TEPUNG SAGU BOLE JERR GANTIKAN TEPUNG UBI SELURUHNYA. SEBELUM MENGGORENG ATAU MEMBAKAR TEPUNG DIAYAK TERDAHULU BARU DIBAKAR. KEMUDIAN DISEJUKKAN DAN DIAYAK LAGI. KATANYA LEBIH LAMA KITA BAKAR TEPUNG NI LEBIH BAIK. ***





CARA2NYA

1. BAHAN A DIAYAK DAN DIBAKAR PADA SUHU 150C SELAMA 1 JAM. SETELAH MASAK SEJUKKAN DULU SEBELUM DIAYAK LAGI. KETEPIKAN.

2. SATUKAN BAHAN B DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA ADUNAN SEBATI.

3. MASUKKAN BAHAN A (TEPUNG2 YG TELAH SEJUK TADI) SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN KACAU GUNAKAN SPATULA DULU KEMUDIAN NANTI GUNAKAN TANGAN UNTUK MENGULI. JGN HABISKAN TEPUNG SEKIRANYA ADUNAN BOLE MEMBENTUK MENJADI DOH.

4. BAHAGI 2 ADUNAN. SATU ADUNAN SIMPAN DALAM PLASTIK SATU LAGI BOLE LAH MENCANAI DIATAS LAPISAN PLASTIK JUGA. ADUNAN TAK BOLE TERLALU TERDEDAH PADA UDARA SBB IANYA MUDAH KERING DAN MENGERAS.

5. CANAI DOH SETEBAL SUKU INCI DAN TERAP MENGGUNAKAN ACUAN PILIHAN. PUTRI SEPIT BAHAGIAN ATASNYA. SO TERPULANG PADA U GUYS NAK SEPIT ATAU PUN BIARKAN GITU JERR. KALAU NAK LETAK BIJAN PUN BOLE.

6. BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KALAU NAK GARENG DAN RANGUP BAKAR SELAMA 22 MINIT.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BUKU DELICIOUS NYONYA
OLAHAN : PUTERI MANJA

TEPUNG YG TELAH DIBAKAR SELAMA 1 JAM

DAH SEJUK DAN DIAYAK LAGI.

PUKUL BAHAN2 B DAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. TAK PERLU HABISKAN SEKIRANYA ADUNAN BOLE JADI DOH LICIN.



DOH TAK BOLE TERDEDAH PADA UDARA NANTI IANYA AKAN KERING DAN MENGERAS SO SBB TU KENA SIMPAN DALAM PLASTIK.


















FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. gebunya sekut ni put3 akak nak try la buat....terimakasih put3 dah share resepinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih dearr try laa insyaAllah menjadi...^__^

      Delete
  2. APA BEZA BISKUT BANGKIT SANTAN DGN BISKUT BANGKIT NYONYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DARI SEGI RESEPI KOT...BOLE BANDINGKAN ISI KANDUNGANNYA

      Delete